nuffnang ads

Showing posts with label Sental. Show all posts
Showing posts with label Sental. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Friday, May 21, 2010

Bile punye cerita daa…

Haha..ni semalam punye semalam punye cerita. Sejak kes pecah rumah hari tu, aktiviti nak mengepost cerita agak terbantut. Sekadar mambayar hutang tag & ambik award je..

Makanye hari ini, nak share gambar2 aktiviti budak2 kecik sepanjang selepas kejadian x best tu.

drawingArt Time…!!

Lukisan ni hasil kerja tangan Hani.. lukisan bermotifkan ape pun aku tak pasti. Tapi sekali pandang nampak macam ayam kat sebelah kiri gambar.. dua kali pandang nampak macam muke budak tengah sedih.. tiga kali pandang macam…Macam2 daa..

Dah puas dia conteng kat situ.. dia sambung conteng dinding pulak. Erm.. betul lah budak ni menguji kesabaran.

 

movietime Movie Time…!!

Hah.. time ni ibu2 boleh berehat sekejap. Makan2… layan internet… gosip2…

playground2

playground Play Time…!!

Petang… ajak anak2 kecik ni pergi bermain di luar. Ambik udara yang segar tak segar tu.. Mula2 main playground, tapi macam banyak nyamuk pulak sebab rumput2 tak potong lagi. Akhirnye main kat Badminton court je.. Jadilah..

makan time Makan Time…!!

Malam pergi makan kat Ikea punye cafe. Nom..nom….nommm.. Brkk….

ZzzzzzzzZzz…

p/s: hari tu shopping watermark kat eya. cantik2..rambang mata nak pilih yang mane.. last2 aku amek yang kat atas tu je… harge berpatutan. kalau nak sila click sini ya…

Friday, May 14, 2010

Jalan-jalan Cari Pasal Part 3

Sambungan dari Part 2(seperti yang di janjikan..)

Setelah penat berjalan.. Kiteorang pun pergi Kizsports & Gym. Tampat dia memang best utk family yang ramai anak.. atau pun adik2 yang kecik, tak pun anak2 sedara..

Kat dalam ni sume ade.. Cafe, Toilet, Playground besar ye, sesuai utk mak bapak n anak2… Sambil2 makan kat cafe dalam Kidsport tu, boleh jeling2 tgk anak2 tgh main..

Lokasi: Kizsports & Gym, One Utama, Level 2, Old Wing.. Berdekatan dengan Pizza Hut & Kedai Buku Popular….

 Picnik collage

See..mak budak yang paling suka hati.. Nasib baik bateri handphone aku habis. Kalau tak banyak jugak gambar mak2 yang sibuk dok main.. Haha…

 

 

Di ingatkan.. kalau nak pergi sini, silalah pergi waktu kerja..orang tak ramai. Semua bende bleh try.. Bayaran utk bdk bwh 3tahun hanya serendah RM9.90..manakala atas 3tahun ialah RM19.90.. Parents yang teman free sahaja.. Digalakkan bawak sock sendiri… Sebab kena pakai sock kalau nak masuk. Takde kalau, boleh beli pada harge RM5.90.. So anda dapat jimatkan duit utk makan kat cafe dalam tu. Harge ni semua hanye utk weekday sahaja. Maaflah ye..weekend punye harge lupe nak gi survey. Hehe…

Lokasi: Charms Cafe, One Utama, Level 2, New Wing..Depan F.O.S

makan

Lepas main sampai boring… Kiteorang balik. tapi bile tgk jam dah pukul 6.30pm. Kalau balik time ni, confirmed! Jalam jam punye.. Perut pun macam dah lapar.. Singgah makan kat Charms Cafe.. Nasi goreng nenas dia kureng sket.. Nasib baik bukan aku yang order. Cik Bavani punye menu!

 

Aku order asam laksa n ais kacang. Ermm layan.. Harge dia pun tak mahal. Cubelah…

Habis makan teman Hani main semua mainan yang masuk2kan duit tu.. sepanjang jalan nak balik, kalau ade..semua dia nak try.. Budak ni! Sekali aku debik kang..ishh. Dah ajak main tadi pun tak puas2. Haha..aku kecik2 pun camni jugak rasenye… Layankan jelah..

Balik.. mandi2… Tidur… Penat sungguh! Lepas ni nak ajak daddy dorang pergi sekali. Taklah penat sangat. Hehe…

 ….THE END….

Monday, May 10, 2010

1Superkids Family Day…

image Family Day Sempena Hari Ibu..
Aku dengan poyonye telah menghadirkan diri ke family day ini. Seronok jugak.. Yang best n poyonye..siap bawak bekal utk berbuka puase..haha..xdelah. aku bawak potluck! Sememangnye aku ni begitu protokol….

Okay..Let the picture tell d story!
09052010974 09052010978
Si poyo ini telah membawa nasi lemak dan brownies….brownies tak sampai 5 minit licin. Nasi Lemak aku letak time nak dekat2 balik, orang pun tak ramai..…lagi satu senduk nak habis..aku bawak balik! Muahaha…lambat sgt korang nak habiskan. Aku dah nak balik.. ( sampai umah aku belasah lagi ngan Santulus).
 
Aku bersama nadnye
 
 Aku dengan Azizah Ariffin…
Aku jumpe nia, ciklilyputih..ramai..tapi sume busy.  Takpelah..
09052010979 09052010987 09052010981   090520101001
Gambar kiteorang tengah berseronok2 di sini….
Hani mule2 sampai, macam orang kebingungan sekejap…. tak tahu nak start dari mana.
0905201098009052010984                  Ni tengah nak warm up..Tgk2 tempat yang best utk start main…
09052010989 Ok..dah jumpe….nak tgk clowns ni buat joke..
Clown ni buat macam2 pertandingan. Salah satunye..sape jerit paling kuat utk soalan yang di bagi, akan menang……
“1 + 1 berape? “ So semua pun menjerit.. “DUA……!!” Termasuk Hani. Nak tahu sape pemenangnye…Haha..AbdulRahman! Sebab dia jerit dalam hati.. Pandai ko clown ek buat lawak.
100520101019 Goodies bag dari Playhouse Disney..!
Dan yang paling penting..sape yang paling Happy & Seronok ! Semestinye juara bertahan untuk segala permainan. Hani Marissa..
090520101008090520101010  090520101011 Buat sand art…
 090520101013 090520101014 090520101012                           Main buble dengan anak2 nadnye..
090520101017 090520101018
Haha..balik time! “Hani nak tido sini ke? Mama nak balik umah Hanilah…”.
~~THE END~

Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti Ibu2 Di rumah..

Sambungan entry sebelum ni. Aku ni kalau tak lari tajuk..memang tak sah. Sebab tangan tu kalau dah start menaip..bende jadi merepek2. So straight to d point. Sebab dah janji nak publish entry untuk ibu2 punye aktiviti semalam..

So, setelah keadaan tenang..di mana semua anak2 ibu2 telah berjaya di tidurkan..kami bertiga iaitu Bavani, Santulus dan aku buat aktiviti pembersihan rumah.

Kemudian, terasa macam nak makan ais krim nenas. Mana nak cari kat KL ni? perisa nenas? Ade ke..? Selalu aku minum air nenas je.


04052010967 Bavani Alice sedang menggunting lebihan hujung plasti aiskrim..

04052010968 Tadaa…siap untuk di frozenkan..
 

Kalau di teliti betul2, saiz aiskrim ni betul2 pendek. Haha..ni namanye penjimatan hebat. Memandangkan askar2 ramai yang akan menyerang..sbb kebetulan nenas sebiji je.


Kemudian sesi masak memasak. Kali ni adik aku Bavani yang masak dan di monitor oleh Chief Santulus.  Menu: Telur Dada berbwg. Senang kan..? Tutup mata bleh buat. Lokasi: Dapur Rumah Santulus..

04052010971 Bavani Ratnam sedang potong bahan2…sambil di perhatikan pemerhati kecik. Danish Farhat!
KEMUDIAN>>>>>

04052010970 Ermm..dah siap goreng. Cepatnye! Mudahkan? 
 p/s:macam tak menarik je telur goreng ko
04052010969 Aik……kenape bawang masih di sini?

Rupenye, bawang dia tak letak..garam aku tak pasti. Sebab aku tak makan. Puase ganti lagi hari ni. Kenapa ?
1. Sbb sibok dok ngumpat n bergosip..
2. Mungkin dia ingat bawang tu tabur kat  atas telus lepas gorang..
3. Dah nyanyuk..sebab baru lepas 2 bulan bersalin.
4. Bile sume ibu2 kat dapur..konsertasi nak masak telur xde.
    Hilang tumpuan..! .Ke hilang ingatan? Haha..maap
5. Hahahaha.. atau mungkin sebab tak pandai masak.

Ape pun untuk ko Alice a.k.a Bavani, prestasi anda harus di pertingkatkan..Usaha lagi. Haha..esok ko nak masak ape plak..? Telur lagi ke? Tolonglah….

Selesai………….

Monday, May 3, 2010

Monday Mood..

Sekejap je mase berlalu..ni dah hari Isnin. Hari ni macam bosan sket..Nak lipat kain lagilah…mood tu memang selalu xde. Kain kat bakul tu dah berapa hari tak berlipat..Bilelah assistant nak besar n pandai tolong aku lipat kain n buat keje2 umah..

Ingat nak berjalan umah kakak aku, Santulus..tapi tahap kemalasan yang amat sangat. Tengoklah petang skit, ku gagahkan jugak pergi sane..

uji

Inteprem kaum kerabat jap..Ni lah dia kakak aku Santani Luji a.k.a Santulus with her family. Unik kan name dia..

Ni kat depan umah dia..Cantikkan? Hehe..bukanlah. Ni kat depan resort mase bercuti kat Cameron Highlands dulu.  Selalunye rumah dia menjadi tempat lepak2 aku, sementara tunggu Mr Aizat balik dan antara rumah yang selalu di kunjungi oleh adik beradik yang lain. Kira pangkalan utamalah (HQ)..

Sebelah dia tulah husband dia, Abang gary atau nama sebenar Gary Ranjit Singh dan Muhammad Khairi Abdullah, nama setelah menganut agama Islam.. Dia ni lah yang tanye pasal sungai dalam laut tu. Kalau keluar pergi keluar makan tempat mahal2, best kalau ade dia. Haha..sebab dia rajin belanje. Kalau keluar makan reramai pun selalunye dia yang belanje, walaupun plan asal adalah “share ko share…”.Namapak beg hitam yang dia galas tu? Hah…Duit tu memang reserved untuk belanje orang, bagi pinjam duit kat orang dan untuk charity.  Haha..best2.

Kakak aku, Santulus ni..memang giler shopping. Kalau boleh hari2 dia ni nak shopping. Tapi sebab tahap kemalasan dia pun leh tahan, so seminggu sekali pun jadilah.  Kalau nak gi shopping kena bawak dia. Sebab makan fully provided. Kalau rase xnak bayar lepas dah amek baju ke kasut ke..mase dia sampai kaunter tu letak je, pastu lari. Dah sampai umah baru ambik..Selalunye aku kalau xde duit, tapi nak jugak ikut dia berjalan, aku buat advance kat dia. So bile nak mintak Mr Aizat time nak bayar balik, aku kasik up sket jumlah pinjaman. sebelum tu dah “kautim” ngan kakak aku. Sebab kadang2 husband aku akan tanye lagi kat kakak aku ni, berapa jumlah sebenar yang aku pakai. Hahaha…baik punye plan. So, duit lebih, aku simpan utk shopping akan datang. Muahahaa…

Padahal tadi nak cerita betapa bosannye aku hari ni. Tapi tetiba cite lain plak..Takpelah, sekurang2nye ade jugak bende jugak nak cerita. Buat ape nak cerita bende bosan yang aku lalui hari ni. Bosanlah kan…

p/s: Santulus jom pegi Midvalley.

Saturday, May 1, 2010

Saya nak buat bussines Online!

Hari ni macam dapat idea nak buat show biz..haha layak ke? Bukanlah..buat perniagan secara online. Wah..menarik tertarik tak? Nak tahu biz ape? Ingat nak buat biz jual ice cream….
ice cream
                                       Bukan yang macam ni….
cupcakeEh, ni cupcake…Tak boleh nanti AMF marah aku. Sebab potong line dia. Lagi pun takut aku buat lagi shantekk. Waa..boleh ke?


Alamak..ice cream yang aku nak buat biz tu dah takde dalam freeze akulah, macam nak tunjuk. Ni sume keje Hani, Danish pahat kayu, Bavani a.k.a Alice, Mira duk duk, dan juga turut terlibat Mr Dinesh Alwan, daddynye Abhishek. Korang habiskan semua..camne nak buat biz macam ni? Belum ape2 dah licin. Ini dia orang2 tersebut..

 marissa
                         Hani Marissa..Juara ! Paling banyak makan..

dinesh
Yang ini Mr Dinesh Alwan N Bavani a.k.a Alice, di mase2 kemasyuran dorang..

mira
Syarifah Amirah a.k.a Mira du duk..Muke senang hati. Ko dah habis kan ice cream aku!

danis
Muhammad Danish Farhat. Muke tension..sebab suruh petik strawberry kat belakang umah. Nak buat ice cream yang dia dah habiskan..

Yang heran tu sanggup drive jauh2, semate-mate nak amek ice cream kat freezer aku. Pergilah singgah Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke..kalau tak cukup duit time2 hujung bln ni..beli ice cream paddle pop ke….
Aishh……Ingat nak datang melawat, rupenye nak amek ice cream je. Free huhh…..? Drive jauh2 pun xde hal.
Makanya, aku ingat nak buat ice cream macam ni..
aiskrim                                                    Tadaa…………..
Handmade..free postage. Order within Klang Valley only. Ermm..tak boleh. Takut cair, buatnye uncle postmen hantar 2 atau 3 hari lepas tu, basi pulak. Ok, macam ni.. Aku ingat nak buat utk jiran2 sebelah umah aku lah. Tapi yang pasti customer aku mesti bdk2 je.
Pergh..name pun bdk2. Ikut dan je nanti nak ketuk umah aku, iaitu pada waktu2 yang tak sesuai seperti:
Pertama:
Aku baru je tidurkan Abdul Rahman yang seharian dok buat perangai. Tetibe..Ting tong..Bukan dua tiga kali. Berkali-kali. Ting..tong…ting..tong.tonggggg..Sampailah aku bukak pintu baru dorang ni puas ati. Mase tu bukan aku sorang je bukak pintu, tapi di temani oleh Abdul Rahman. Ermm…..
Kedua:
Time aku ngan anak2 tgh tido…Tido lagi. Sebab selalu aku lewat tido, so dalam kul 2pm tu aku kadang2 join bdk2 ni tido sekali. Oleh kerana, kami tutup pintu bilik, kemungkinan tak berapa dengar door bell plus mengantuk sangat. So bdk2 sekarang bijak2, dorang pergi kat tingkap bilik aku sambil jerit “Makcik..makcik..(Hape..? Makcik? Dahlah korang kacau aku tido, korang panggil aku makcik pulak!)Makcik oo makcik…Makcik……..Makcik tak dengar ke ? (huh..pulak?) Tak ke termasuk dalam mimpi tu..
Ketiga:
Tengah2 malam..Ah, sudahhh…
Keempat:
“Makcik masuk buku lima2 ye..” Kalau mcmni bile nak untung. Takkan nak gi ketuk umah dorang mintak hutang. “Encik..anak encik hutang saya 20sen”. Buat malu je. Lainlah kalau mcm ni, '”Encik, anak encik hutang ice cream saya 2,000hinggit, saya datang nak buat collection”. Sedap skit bunyi..
Kelima:
“Makcik..bagi saya ice cream special satu, saya nak topping choc chip satu, cream lebih… , susu lebih…”. Haha..lebih ar ni. Kang sedar2 benjol je kepala anak orang aku debik sekali. Dah jadi kes polis. Mcm mane dgn mase depan anak2 aku?
Keenam:
Kalau nak bagi alasan memang banyak ye..
Makanye, aku cadang tak jadilah nak buat biz ni. Aku kena pikir yang lainlah. Orang kalau dah malas, seribu alasan pun bleh bagi. Muahaaahaaa…

Friday, April 30, 2010

Aktiviti Melawat....

Hari ni rase free sket, disebabkan kes tido lambat semalam. Keje2 rumah dah banyak beres. Name pun suri rumah, hari2 buat keje yang same je. Takpelah, sementara anak2 kecik2 lagi ni, biarlah aku jaga dulu. Tunggu dorang ni dah pandai mengadu atau beritahu ape2 yng terjadi kat dorang, baru rase lega sket nak keje semula.

Pagi2 lagi dah siap masak, mandikan bdk2 n bg makan.  Satu je belum, lipat kain..keje paling xbest sekali nak buat. Satu bakul penuh dah tak berlipat, hahaha..campur yang semalam-semalam punye kain baju. Ade sesiapa nak volunteer buat keje ni?

Melihat keadaan rumah yang agak tenang (Abd Rahman tido balik lepas makan, Hani main barbie dolls) dan selesa, aku pun meng’on kan pc. Ting..! Dekat depan komputer sudah…..

Setelah dok lame lepak n ulang alik kat blog kawan2, tibe2 terasa cam nak buat lawatan sambil belajar kat blog2 orang lain. Wahhh…banyak nye cerita menarik, Seharian jugaklah aku dok bz buat lawatan, sambil cuci2 mata…komen2..gelak2 jap..sob sob jap..

Sampailah aku terjoin nak ikut satu aktiviti 1SUPERKIDS FAMILY DAY pada 9Mei ini(2pm-6pm), sempena Mother’s day. Macam seronok je. So nanti dah pergi, will update to you all.

Banyak jugak blog aku singgah lepak, hingga sampai satu blog ni, Great Teacher Onizuka (bukanTakashi Sorimachi yang berlakon cite G.T.O tu, dia die hard fan pelakon ni)cerita pasal Subway Sandwich..terliur nye tgk gambar sandwich tu. Lantas mandail no phone Mr Aizat (dengan gaya penuh dramatis)mintak tolong belikan satu. Sebenarnye, hari ni aku puase ganti, so tadi berbukak dgn minum air je, sebab nak tunggu sandwich punye pasal. So dalam 9.30pm baru dapat (ade cerita di sebalik kelewatan ini, tunggu lain post, takut korang tertido bace panjang2).

RM30 untuk satu Big Foot Foot Long Subway Melt. Tak tahulah ape yang husband aku tambah, sampai hargenye jadi begitu HEBAT.! Ermm..bukan makan sorang2 ye. Dulu bleh..sekarang kena limit kan, takut sedar2 badan macam tong drum je. Erk..Alhamdulillah,sedapnye. Berbaloi-baloi tunggu lame2 untuk makan sndwich ini. Jemput makan….

Friday, April 23, 2010

Boleh ke diet?

Cite-cite nak kurus, tapi merealisasikan bende yang kite impikan tu kadang2 rase susah nak buat. Cakap je nak diet.Tapi nak start tu..Aku ingat lagi, azam konon nak diet dari tahun lepas lagi, dok postpone je. Last2 awal bln ni baru aku start.

Bukan ape,pantang nampak makanan. Selalu je ade selera..Ade sesetengah orang, dia makan banyak mane pun  xkan naik punye badan. Contohnye kakak aku, uji a.k.a Santulus dan kawan aku, izketambola. Dorang ni makan banyak mane pun, confirm2 xkan gemuknye. Tak tahu dorang ni sorok kat mane bahan makanan yang dorang dah kunyah tu

Cara-cara diet aku adalah sepertio seperti berikut:
-Pagi - mesti breakfast, sama ada Milo panas dengan roti atau Quaker oat sahaja.
Tengahari- makan buah buahan, sup-sup sayur atau sup tulang (Haha..konon2 kalau makan sup tulang boleh kurus arr..)
Petang - Minum air...minum lagi...Lapar? Aku tetap minum air.
Malam - Zzzzz..tak makan langsung.
Hahaha..boleh caye ke aku follow sume ni? Hanya bertahan utk 2 hari sahaja..lepas tu, dah tak sanggup. Last2 aku makan je..tapi dalam kuantiti yang betul2 sket. Asal dapat makan je. So xde lah terliur sangat sume bende takleh makan. Tapi malam aku cube tak makan, kadang2 termakan jugak. Xde displin lah nak diet.

Tapi, kira menjadi jugaklah idet tu.Aku start dekat2 akhir bulan March..Dulu aku punye berat dalam 58kg, tinggi aku dalam..Ermm..berape ek?Iz berape tinggi aku ni? Dalam 160cm kot. Pendek dan gemuk? Kesian kan..Sekarang aku punye berat adalah...52kg. Muahahahhaa.

Boringg......

Saturday, April 17, 2010

Jalan-jalan @ Ikea

Testing..testing....hahahhehhah..Eh,assalamualaikum. Lupe plak nak bagi salam. Semalam tetibe terase cam boring je dok layan facebook. Dah macam tak menarik. Jadi,tetibe rase nak menjenguk blog yang iz telah buatkan utk aku. Setelah sekian lame, aku cube meng'editkan blog aku. Tapi masih nampak memboringkan. Lalu aku membuat keputusan untuk menghubungi pakar IT sedunia..Cik Iz. Pap..Pup..pup..tadaa..jadilah mcm ni.

Tengah-tengah dok syok blogging,tetibe adik aku,Alice a.k.a Bavani Ratnam ajak gi Ikea. Erm.."seperti orang mengantuk di sorongkan bantal",(betul ke peribahasa ni?)yang memang tengah sudah lame tidak keluar berjalan, terus bersiap-siap. Last minute punye plan kenkadang best jugak..

Ini namenye,jalan-jalan cari pasal. Sebab para daddy tidak men'jointkan diri. Agak meletihkan..

penempatan sementara hani

Masuk je Ikea, Hani terus meluru masuk playland.

satu jam selepas itu..

Huh..tu dia, hani keluar dengan penuh keriangan.

cube untuk berkongsi pengalaman dengan adiknye, Abdul Rahman


kakak mira pun ade..

 mama abisyek..

Mama nye abisyek ni baru je habis 44hari pantang, terus ajak keluar berjalan. Betul-betul balas dendam ni. Mengidam nak makan kat cafe Ikea. Memang best & sedap + Murah..

Abisyek a.k.a Umar,sayang cik yus ni..

Lepas makan sempat jugak pergi shopping sket..sangat sikit ye. Sedar-sedar dah pukul 10pm. Sekejap je mase berlalu kalau jalan-jalan kat shopping complex ni.

Arghh..mau tido sudah,bye. See u real soon.




 

nuffnang ads