nuffnang ads

Showing posts with label Bavani Ratnam. Show all posts
Showing posts with label Bavani Ratnam. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Thursday, June 10, 2010

Baby Amirul…

Gile lame aku janji nak cite pasal baby ni. Haha…Amirul, ni Cik Yus dah buat entry khas untuk awak…

Rasenye 2 minggu yang lepas kot, gi tengok Amirul yang cute & montel ini. Huhu..bertambah lagi anak sedara aku..

 amirul 1amirul2 Amirul..!

baby1 Abishek & Amirul nak dekat sama saiz.. Beza dalam 2 bulan.

amirul & ayahSame tak muke Amirul dengan Ayah dia…

santulus santulus2 Style ka..?

Haha..mase aku , Alice & Kakak aku Uji ni gi gerai kuih kat area umah mak aku ni, kakak yang meniaga kuih tu tanye dia.. “Yang dua orang tadi tu kakak ke..?”

Dia punye suka hati…tak terhingga. Tu yang tak sabar-sabar suh aku buat entry pasal ni. Yelah pergi beli kuih vogue gile dengan make up..aku sekeh lehee je. Nasib baik dia ingat kakak je..bukan bibik… Lagi sadis!

Lepas tu Abang aku, ayah kepada Amirul ni ajak beli laksa. Sedap gile ye PLUS pekat and pedas… rugi beli kat kakak yang cakap aku kakak kepada Santulus tadi. Cair.. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi kat Ukay Perdana lah.. Memang sedap!

bdkbdk2Aktiviti tambahan anak-anak..Bongkar dan menang!

  bdk3bdk4Abdul Rahman & Dameer cari port best untuk main + makan…

  bdk5“Hani..What r u doing here..?”

bdk6Hani konon-konon tak nak tangkap gambar..tapi lepas tu, “Tengok gambar Hani ma..”

 bdk7 Hani bersama Irfan & Akmal (abang2 Amirul)

Ok setel.. Balik tu Hani & Abdul Rahman tidur awal. Keletihan… ZzzZzzzz……………..

Friday, May 14, 2010

Jalan-jalan Cari Pasal Part 3

Sambungan dari Part 2(seperti yang di janjikan..)

Setelah penat berjalan.. Kiteorang pun pergi Kizsports & Gym. Tampat dia memang best utk family yang ramai anak.. atau pun adik2 yang kecik, tak pun anak2 sedara..

Kat dalam ni sume ade.. Cafe, Toilet, Playground besar ye, sesuai utk mak bapak n anak2… Sambil2 makan kat cafe dalam Kidsport tu, boleh jeling2 tgk anak2 tgh main..

Lokasi: Kizsports & Gym, One Utama, Level 2, Old Wing.. Berdekatan dengan Pizza Hut & Kedai Buku Popular….

 Picnik collage

See..mak budak yang paling suka hati.. Nasib baik bateri handphone aku habis. Kalau tak banyak jugak gambar mak2 yang sibuk dok main.. Haha…

 

 

Di ingatkan.. kalau nak pergi sini, silalah pergi waktu kerja..orang tak ramai. Semua bende bleh try.. Bayaran utk bdk bwh 3tahun hanya serendah RM9.90..manakala atas 3tahun ialah RM19.90.. Parents yang teman free sahaja.. Digalakkan bawak sock sendiri… Sebab kena pakai sock kalau nak masuk. Takde kalau, boleh beli pada harge RM5.90.. So anda dapat jimatkan duit utk makan kat cafe dalam tu. Harge ni semua hanye utk weekday sahaja. Maaflah ye..weekend punye harge lupe nak gi survey. Hehe…

Lokasi: Charms Cafe, One Utama, Level 2, New Wing..Depan F.O.S

makan

Lepas main sampai boring… Kiteorang balik. tapi bile tgk jam dah pukul 6.30pm. Kalau balik time ni, confirmed! Jalam jam punye.. Perut pun macam dah lapar.. Singgah makan kat Charms Cafe.. Nasi goreng nenas dia kureng sket.. Nasib baik bukan aku yang order. Cik Bavani punye menu!

 

Aku order asam laksa n ais kacang. Ermm layan.. Harge dia pun tak mahal. Cubelah…

Habis makan teman Hani main semua mainan yang masuk2kan duit tu.. sepanjang jalan nak balik, kalau ade..semua dia nak try.. Budak ni! Sekali aku debik kang..ishh. Dah ajak main tadi pun tak puas2. Haha..aku kecik2 pun camni jugak rasenye… Layankan jelah..

Balik.. mandi2… Tidur… Penat sungguh! Lepas ni nak ajak daddy dorang pergi sekali. Taklah penat sangat. Hehe…

 ….THE END….

Monday, May 10, 2010

Jalan-jalan Cari Pasal..

Semalam lepas balik dari family day tu..terus pergi umah Kak Mas. Sambung lagi makan petang kat sana..

09052010783 
Dalam pukul 9pm macam tu..keluar dgn adik beradik aku gi The Curve..Jalan-jalan cari pasal..pasal ape ko pegi sane? Huh..itu sebab kena jalan2,  nak cari pasal ape nak kena datang sini.. ( ko mesti tak paham kan Alice..huh kalau terer betulkanlah..).

Mereka adalah..Siti n d family, Dinesh n d family, aku n d family..n Buraya (Suraya)….. Santulus tak nak ikut, sbb dr pagi dia dah buat lawatan kat Midvalley . Giema..tak ajak. Haha..sbb anak2 dia kecik2, esok nak sekolah..(gud excuse huh..).

   
See..sempat lagi nak bergambar!
Special request dari mereka2 ini utk ‘mengintepremkan’ diri.. So, yang baju purple nilah Siti, kakak sulung aku..Ibu tunggal... Yang perempuan berbaju long sleve hitan & lelaki itu adalah anak2 nya..Mira duk2 &  Afiq d poy.

Si kurus berbaju hitam itu, adalah Bavani( Alice nama dia), Alice d pro….

09052010797 Hah..Abishek Bachan! Nilah husband bavani d pro ! Mr Dinesh Alwan….
Buraya!! Adik bongsu aku…..
Si Suraya ni spesis kelawar…siang baru tido. Malam keluar cari makanan…..

Jalan2 cari pasal..:
1.pasal nak cari aiskrim..
2.pasal nak jalan2 tgk baju n wallet..
3.pasal tak puas jalan kat family day tu..
4.pasal nak abiskan duit minyak…
5.pasal ape ko nak tahu….aku punye pasallah!!

Sebenarnye..xde beli ape2 pun selain aiskrim dari Chocolate Cafe yang berharga RM 1.10 itu… Pastu jalan2. Cari penat je…. Cuci2 mate.  Temankan kakak aku ni. Anak2 dia dok berulang kali ajak pergi situ.
“ Umii…jomlah…”  “Ummii…Ummiii…”  “Ummiii..jomlah pergi d Curve……”
Dah penat jalan2, kiteorg balik. Itupun sebab lampu kat dalam d curve tu dah tutup. Kalau tak marathon jugak sampai ke pagi ni…

Ermm…boooringgg!


BYE...

Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti Ibu2 Di rumah..

Sambungan entry sebelum ni. Aku ni kalau tak lari tajuk..memang tak sah. Sebab tangan tu kalau dah start menaip..bende jadi merepek2. So straight to d point. Sebab dah janji nak publish entry untuk ibu2 punye aktiviti semalam..

So, setelah keadaan tenang..di mana semua anak2 ibu2 telah berjaya di tidurkan..kami bertiga iaitu Bavani, Santulus dan aku buat aktiviti pembersihan rumah.

Kemudian, terasa macam nak makan ais krim nenas. Mana nak cari kat KL ni? perisa nenas? Ade ke..? Selalu aku minum air nenas je.


04052010967 Bavani Alice sedang menggunting lebihan hujung plasti aiskrim..

04052010968 Tadaa…siap untuk di frozenkan..
 

Kalau di teliti betul2, saiz aiskrim ni betul2 pendek. Haha..ni namanye penjimatan hebat. Memandangkan askar2 ramai yang akan menyerang..sbb kebetulan nenas sebiji je.


Kemudian sesi masak memasak. Kali ni adik aku Bavani yang masak dan di monitor oleh Chief Santulus.  Menu: Telur Dada berbwg. Senang kan..? Tutup mata bleh buat. Lokasi: Dapur Rumah Santulus..

04052010971 Bavani Ratnam sedang potong bahan2…sambil di perhatikan pemerhati kecik. Danish Farhat!
KEMUDIAN>>>>>

04052010970 Ermm..dah siap goreng. Cepatnye! Mudahkan? 
 p/s:macam tak menarik je telur goreng ko
04052010969 Aik……kenape bawang masih di sini?

Rupenye, bawang dia tak letak..garam aku tak pasti. Sebab aku tak makan. Puase ganti lagi hari ni. Kenapa ?
1. Sbb sibok dok ngumpat n bergosip..
2. Mungkin dia ingat bawang tu tabur kat  atas telus lepas gorang..
3. Dah nyanyuk..sebab baru lepas 2 bulan bersalin.
4. Bile sume ibu2 kat dapur..konsertasi nak masak telur xde.
    Hilang tumpuan..! .Ke hilang ingatan? Haha..maap
5. Hahahaha.. atau mungkin sebab tak pandai masak.

Ape pun untuk ko Alice a.k.a Bavani, prestasi anda harus di pertingkatkan..Usaha lagi. Haha..esok ko nak masak ape plak..? Telur lagi ke? Tolonglah….

Selesai………….

Saturday, May 1, 2010

Saya nak buat bussines Online!

Hari ni macam dapat idea nak buat show biz..haha layak ke? Bukanlah..buat perniagan secara online. Wah..menarik tertarik tak? Nak tahu biz ape? Ingat nak buat biz jual ice cream….
ice cream
                                       Bukan yang macam ni….
cupcakeEh, ni cupcake…Tak boleh nanti AMF marah aku. Sebab potong line dia. Lagi pun takut aku buat lagi shantekk. Waa..boleh ke?


Alamak..ice cream yang aku nak buat biz tu dah takde dalam freeze akulah, macam nak tunjuk. Ni sume keje Hani, Danish pahat kayu, Bavani a.k.a Alice, Mira duk duk, dan juga turut terlibat Mr Dinesh Alwan, daddynye Abhishek. Korang habiskan semua..camne nak buat biz macam ni? Belum ape2 dah licin. Ini dia orang2 tersebut..

 marissa
                         Hani Marissa..Juara ! Paling banyak makan..

dinesh
Yang ini Mr Dinesh Alwan N Bavani a.k.a Alice, di mase2 kemasyuran dorang..

mira
Syarifah Amirah a.k.a Mira du duk..Muke senang hati. Ko dah habis kan ice cream aku!

danis
Muhammad Danish Farhat. Muke tension..sebab suruh petik strawberry kat belakang umah. Nak buat ice cream yang dia dah habiskan..

Yang heran tu sanggup drive jauh2, semate-mate nak amek ice cream kat freezer aku. Pergilah singgah Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke..kalau tak cukup duit time2 hujung bln ni..beli ice cream paddle pop ke….
Aishh……Ingat nak datang melawat, rupenye nak amek ice cream je. Free huhh…..? Drive jauh2 pun xde hal.
Makanya, aku ingat nak buat ice cream macam ni..
aiskrim                                                    Tadaa…………..
Handmade..free postage. Order within Klang Valley only. Ermm..tak boleh. Takut cair, buatnye uncle postmen hantar 2 atau 3 hari lepas tu, basi pulak. Ok, macam ni.. Aku ingat nak buat utk jiran2 sebelah umah aku lah. Tapi yang pasti customer aku mesti bdk2 je.
Pergh..name pun bdk2. Ikut dan je nanti nak ketuk umah aku, iaitu pada waktu2 yang tak sesuai seperti:
Pertama:
Aku baru je tidurkan Abdul Rahman yang seharian dok buat perangai. Tetibe..Ting tong..Bukan dua tiga kali. Berkali-kali. Ting..tong…ting..tong.tonggggg..Sampailah aku bukak pintu baru dorang ni puas ati. Mase tu bukan aku sorang je bukak pintu, tapi di temani oleh Abdul Rahman. Ermm…..
Kedua:
Time aku ngan anak2 tgh tido…Tido lagi. Sebab selalu aku lewat tido, so dalam kul 2pm tu aku kadang2 join bdk2 ni tido sekali. Oleh kerana, kami tutup pintu bilik, kemungkinan tak berapa dengar door bell plus mengantuk sangat. So bdk2 sekarang bijak2, dorang pergi kat tingkap bilik aku sambil jerit “Makcik..makcik..(Hape..? Makcik? Dahlah korang kacau aku tido, korang panggil aku makcik pulak!)Makcik oo makcik…Makcik……..Makcik tak dengar ke ? (huh..pulak?) Tak ke termasuk dalam mimpi tu..
Ketiga:
Tengah2 malam..Ah, sudahhh…
Keempat:
“Makcik masuk buku lima2 ye..” Kalau mcmni bile nak untung. Takkan nak gi ketuk umah dorang mintak hutang. “Encik..anak encik hutang saya 20sen”. Buat malu je. Lainlah kalau mcm ni, '”Encik, anak encik hutang ice cream saya 2,000hinggit, saya datang nak buat collection”. Sedap skit bunyi..
Kelima:
“Makcik..bagi saya ice cream special satu, saya nak topping choc chip satu, cream lebih… , susu lebih…”. Haha..lebih ar ni. Kang sedar2 benjol je kepala anak orang aku debik sekali. Dah jadi kes polis. Mcm mane dgn mase depan anak2 aku?
Keenam:
Kalau nak bagi alasan memang banyak ye..
Makanye, aku cadang tak jadilah nak buat biz ni. Aku kena pikir yang lainlah. Orang kalau dah malas, seribu alasan pun bleh bagi. Muahaaahaaa…

Wednesday, April 21, 2010

Tersebutlah Kisah......

Hari ni rase macam nak masak asam pedas ikan parang. Asam pedas ni aku belajar mase duduk ngan nenek aku kat Johor. Asam pedas paling sedap aku pernah rase. Meh nak kongsi bahan-bahan dia. Dulu kan time arwah atuk aku hidup, dia suke makan asam pedas ikan parang, pastu goreng ikan kapak masin, buat sambal belacan (hah..ambik. Dah asam pedas lagi ade sambal belacan) pastu ulam kacang botol kat belakang rumah. Sume main petik-petik je kat belakang rumah. Nak ape? Kelapa,bunga kantan, cili api, limau kasturi, limau purut, serai, kunyit..Macam-macam ada.
 
Buah pun macam-macam jenis. Buah durian, manggis, duku, rambutan, tebu, jambu, durian belanda, mangga, epal..Hah,epal? Hehe..tu xdelah. Seronok woi..duduk kampung. Mule-mule tinggal kat kampung rase cam sedih je. Tapi lame-lame jadi seronok. Macam-macam boleh buat.
 
Mase tu aku, Alice (adik aku), Boboy (abang aku), Giema (kakak aku) tinggal kat kampung dengan bapak aku a.k.a Wak Jajak, bersama-sama dengan tuan rumah tersebut iaitu arwah atuk aku, nenek dan pak yan(pak su  aku). dalam keadaan yang kami pun tak tahu apa masalahnye. Mase tu budak-budak lagi. Sedih sekejap je, selebihnye main lah..
 
So, hari-hari kami ade satu jadual atau perkara rutin yang mesti di buat. Mesti...pukul 6.30 bgn Solat subuh(lkalau tak solat arwah atuk aku marah dan bising. Dia selalu kate kalau x solat jgn makan, duduk bawah pokok pisang je! Sebab monyet tak solat. So nak jd mcm tu ke. Org dulu-dulu byk kiasan nye.), buat sarapan pagi, basuh kain, kemas rumah, sidai kain, tgh masak utk lunch,lunch (Zohor dulu, kalau tak xleh makan) ptg mase utk bermain, pastu buat makan ptg, sapu-sapu halamn rumah, siap2 nak maghrib, mengaji, tgk tv, pukul 9pm masuk tido. Sangat displin ye..Besoknye ulang lagi, kecuali waktu sekolah.
 
Time Asar n Isyak selalu skip solat. Sebabnye, arwah atuk aku kurang monitor time ni. Sebab kiteorg bile tak tanye, tak buatlah..Ish..ishh..ape nak jadi. Pastu kakak aku Giema ni, selalu main ngelat. Dia amek keje- keje yang senang je. Kalau dia masak kite orang kemas meja n basuh pinggan. padahal bukan dia yang masak pun. Dah tentu-tentu, nenak yang masak. Dia basuh kain aku ngan Alice sidai kain n lipat kain. Tipu lagi...padahal bukan bukan basuh pakai tangan pun. Mesin basuh tau..Rumah nenek aku serba moden dan canggih ye.Siap ada aircond lagi. Tapi time tengah malam jelah, tu pun xde switch off on, original punye. Pastu kalau time suruh solat, bendera merah je memanjang..mentang-mentanglah kite org kecik lagi. Betul-betul kakak aku berkuasa time ni. Aku baru terpikir, ape dia selalu buat time kiteorg buat sume keje-keje ni.
 
Jadi, hari-hari kami masih sempat bermain, walaupun ade jadual displin ni. Asal ade mase terluang, main je memanjang. Tak kira pagi ke tgh ke atau petang. Ade satu hari ni, time tu waktu maghrib. Kiteorg (aku, Alice, Boboy), lari-lari kat atas umah, padahal nak tutup tingkap je. Budak-budak..kalau tak lari tak sah. Berebut-rebut nak tutup tingkap lah kononnye. Hah..tengok, nak tutup tingkap pun berebut. Bile sume tingkap dah tertutup, sebab tadi dah alang-alng berlari, kiteorg pun terus sambung berlari-lari. Kali ni main kejar-kejar plak. Boleh plak bantai main kejar-kejar time-time maghrib ni.
 
 
Ni kakak aku , Giema. Yang suke mengelat tu. Sekarang active bela burung.
 
Boboy dah kawen sekarang, dah 4 orang anak pun..sebelah tu wife dia, Siti Raudhah.
 
 
Paling kanan sekali, adik aku yang bongsu, Suraya (Single), Alice (dah ade anak satu) and Mira duk duk (masih bersekolah..BDK BDK)
 
Tengah-tengah syok main kejar-kejar, aku terdengar bunyi kerengkot kayu rumah papan arwah atuk aku ni.Bunyi ni memang familiar..aku tahu sape dtg. So, aku tengah lari-lari tu, terus duduk bukak majalah pakcik aku yang ade kat bawah meja. Si Alice dgn Boboy masih lagi berlari-lari, siap gelak-gelak lg..Seronok betul mereka.Tiba-tiba..Zaaaasssssss. Auuuuuu.....Aduhhhh.. Hahaha..atuk aku sampai daa..bwk rotan panjang, terus kasik satu kali kat dorang dua orang ni. Aku terselamat, sebab mase tu arwah atuk aku dah jeling aku tgh bace buku, dan ingat aku tak terlibat sama. Hahaha...kesian dorang.
 
Terus terduduk, diam terus...Haha..aku tak bleh lupe kejadian ni. Dorang siap marah kat aku, sebab tak bgtahu, arwah atuk aku menuju kat arah mereka. Hishh..mane bleh bgtahu, kang tetibe dia sampai tgk kiteorg sume diam, kantoilah. Sape plak yg buat bising tadi..Huh..xpasal-pasal aku pun kena jugak. Betul tak?
 
Arwah atuk aku ni tegas n garang orangnye. Tapi dia baik. Aku tahu dia sayang kat kiteorang sume walaupun selalu marah-marah. Kalau tak , tak jadi oranglah aku sekrang ni.Aku dah khatam dua kali tau..kalau aku duduk KL, agaknye tak khatam2. Sebab selalu melencong kat tempat lain.
 
Tadi sebenarnye, nak kongsi resepi asam pedas nenek aku kan? Haha..dah tersasar jauh dah cite aku ni. Lain kali jelah aku cite pasal masak-masak ni.
 
Kesempatan ni, aku doakan semoga roh atuk aku di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org-org yang soleh, Amin. Al-fatihah........
 
Arwah atuk bersama nenek tercinta

Saturday, April 17, 2010

Jalan-jalan @ Ikea

Testing..testing....hahahhehhah..Eh,assalamualaikum. Lupe plak nak bagi salam. Semalam tetibe terase cam boring je dok layan facebook. Dah macam tak menarik. Jadi,tetibe rase nak menjenguk blog yang iz telah buatkan utk aku. Setelah sekian lame, aku cube meng'editkan blog aku. Tapi masih nampak memboringkan. Lalu aku membuat keputusan untuk menghubungi pakar IT sedunia..Cik Iz. Pap..Pup..pup..tadaa..jadilah mcm ni.

Tengah-tengah dok syok blogging,tetibe adik aku,Alice a.k.a Bavani Ratnam ajak gi Ikea. Erm.."seperti orang mengantuk di sorongkan bantal",(betul ke peribahasa ni?)yang memang tengah sudah lame tidak keluar berjalan, terus bersiap-siap. Last minute punye plan kenkadang best jugak..

Ini namenye,jalan-jalan cari pasal. Sebab para daddy tidak men'jointkan diri. Agak meletihkan..

penempatan sementara hani

Masuk je Ikea, Hani terus meluru masuk playland.

satu jam selepas itu..

Huh..tu dia, hani keluar dengan penuh keriangan.

cube untuk berkongsi pengalaman dengan adiknye, Abdul Rahman


kakak mira pun ade..

 mama abisyek..

Mama nye abisyek ni baru je habis 44hari pantang, terus ajak keluar berjalan. Betul-betul balas dendam ni. Mengidam nak makan kat cafe Ikea. Memang best & sedap + Murah..

Abisyek a.k.a Umar,sayang cik yus ni..

Lepas makan sempat jugak pergi shopping sket..sangat sikit ye. Sedar-sedar dah pukul 10pm. Sekejap je mase berlalu kalau jalan-jalan kat shopping complex ni.

Arghh..mau tido sudah,bye. See u real soon.




 

nuffnang ads