nuffnang ads

Showing posts with label Ice cream. Show all posts
Showing posts with label Ice cream. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Monday, May 10, 2010

Jalan-jalan Cari Pasal..

Semalam lepas balik dari family day tu..terus pergi umah Kak Mas. Sambung lagi makan petang kat sana..

09052010783 
Dalam pukul 9pm macam tu..keluar dgn adik beradik aku gi The Curve..Jalan-jalan cari pasal..pasal ape ko pegi sane? Huh..itu sebab kena jalan2,  nak cari pasal ape nak kena datang sini.. ( ko mesti tak paham kan Alice..huh kalau terer betulkanlah..).

Mereka adalah..Siti n d family, Dinesh n d family, aku n d family..n Buraya (Suraya)….. Santulus tak nak ikut, sbb dr pagi dia dah buat lawatan kat Midvalley . Giema..tak ajak. Haha..sbb anak2 dia kecik2, esok nak sekolah..(gud excuse huh..).

   
See..sempat lagi nak bergambar!
Special request dari mereka2 ini utk ‘mengintepremkan’ diri.. So, yang baju purple nilah Siti, kakak sulung aku..Ibu tunggal... Yang perempuan berbaju long sleve hitan & lelaki itu adalah anak2 nya..Mira duk2 &  Afiq d poy.

Si kurus berbaju hitam itu, adalah Bavani( Alice nama dia), Alice d pro….

09052010797 Hah..Abishek Bachan! Nilah husband bavani d pro ! Mr Dinesh Alwan….
Buraya!! Adik bongsu aku…..
Si Suraya ni spesis kelawar…siang baru tido. Malam keluar cari makanan…..

Jalan2 cari pasal..:
1.pasal nak cari aiskrim..
2.pasal nak jalan2 tgk baju n wallet..
3.pasal tak puas jalan kat family day tu..
4.pasal nak abiskan duit minyak…
5.pasal ape ko nak tahu….aku punye pasallah!!

Sebenarnye..xde beli ape2 pun selain aiskrim dari Chocolate Cafe yang berharga RM 1.10 itu… Pastu jalan2. Cari penat je…. Cuci2 mate.  Temankan kakak aku ni. Anak2 dia dok berulang kali ajak pergi situ.
“ Umii…jomlah…”  “Ummii…Ummiii…”  “Ummiii..jomlah pergi d Curve……”
Dah penat jalan2, kiteorg balik. Itupun sebab lampu kat dalam d curve tu dah tutup. Kalau tak marathon jugak sampai ke pagi ni…

Ermm…boooringgg!


BYE...

Saturday, May 1, 2010

Saya nak buat bussines Online!

Hari ni macam dapat idea nak buat show biz..haha layak ke? Bukanlah..buat perniagan secara online. Wah..menarik tertarik tak? Nak tahu biz ape? Ingat nak buat biz jual ice cream….
ice cream
                                       Bukan yang macam ni….
cupcakeEh, ni cupcake…Tak boleh nanti AMF marah aku. Sebab potong line dia. Lagi pun takut aku buat lagi shantekk. Waa..boleh ke?


Alamak..ice cream yang aku nak buat biz tu dah takde dalam freeze akulah, macam nak tunjuk. Ni sume keje Hani, Danish pahat kayu, Bavani a.k.a Alice, Mira duk duk, dan juga turut terlibat Mr Dinesh Alwan, daddynye Abhishek. Korang habiskan semua..camne nak buat biz macam ni? Belum ape2 dah licin. Ini dia orang2 tersebut..

 marissa
                         Hani Marissa..Juara ! Paling banyak makan..

dinesh
Yang ini Mr Dinesh Alwan N Bavani a.k.a Alice, di mase2 kemasyuran dorang..

mira
Syarifah Amirah a.k.a Mira du duk..Muke senang hati. Ko dah habis kan ice cream aku!

danis
Muhammad Danish Farhat. Muke tension..sebab suruh petik strawberry kat belakang umah. Nak buat ice cream yang dia dah habiskan..

Yang heran tu sanggup drive jauh2, semate-mate nak amek ice cream kat freezer aku. Pergilah singgah Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke..kalau tak cukup duit time2 hujung bln ni..beli ice cream paddle pop ke….
Aishh……Ingat nak datang melawat, rupenye nak amek ice cream je. Free huhh…..? Drive jauh2 pun xde hal.
Makanya, aku ingat nak buat ice cream macam ni..
aiskrim                                                    Tadaa…………..
Handmade..free postage. Order within Klang Valley only. Ermm..tak boleh. Takut cair, buatnye uncle postmen hantar 2 atau 3 hari lepas tu, basi pulak. Ok, macam ni.. Aku ingat nak buat utk jiran2 sebelah umah aku lah. Tapi yang pasti customer aku mesti bdk2 je.
Pergh..name pun bdk2. Ikut dan je nanti nak ketuk umah aku, iaitu pada waktu2 yang tak sesuai seperti:
Pertama:
Aku baru je tidurkan Abdul Rahman yang seharian dok buat perangai. Tetibe..Ting tong..Bukan dua tiga kali. Berkali-kali. Ting..tong…ting..tong.tonggggg..Sampailah aku bukak pintu baru dorang ni puas ati. Mase tu bukan aku sorang je bukak pintu, tapi di temani oleh Abdul Rahman. Ermm…..
Kedua:
Time aku ngan anak2 tgh tido…Tido lagi. Sebab selalu aku lewat tido, so dalam kul 2pm tu aku kadang2 join bdk2 ni tido sekali. Oleh kerana, kami tutup pintu bilik, kemungkinan tak berapa dengar door bell plus mengantuk sangat. So bdk2 sekarang bijak2, dorang pergi kat tingkap bilik aku sambil jerit “Makcik..makcik..(Hape..? Makcik? Dahlah korang kacau aku tido, korang panggil aku makcik pulak!)Makcik oo makcik…Makcik……..Makcik tak dengar ke ? (huh..pulak?) Tak ke termasuk dalam mimpi tu..
Ketiga:
Tengah2 malam..Ah, sudahhh…
Keempat:
“Makcik masuk buku lima2 ye..” Kalau mcmni bile nak untung. Takkan nak gi ketuk umah dorang mintak hutang. “Encik..anak encik hutang saya 20sen”. Buat malu je. Lainlah kalau mcm ni, '”Encik, anak encik hutang ice cream saya 2,000hinggit, saya datang nak buat collection”. Sedap skit bunyi..
Kelima:
“Makcik..bagi saya ice cream special satu, saya nak topping choc chip satu, cream lebih… , susu lebih…”. Haha..lebih ar ni. Kang sedar2 benjol je kepala anak orang aku debik sekali. Dah jadi kes polis. Mcm mane dgn mase depan anak2 aku?
Keenam:
Kalau nak bagi alasan memang banyak ye..
Makanye, aku cadang tak jadilah nak buat biz ni. Aku kena pikir yang lainlah. Orang kalau dah malas, seribu alasan pun bleh bagi. Muahaaahaaa…

nuffnang ads