nuffnang ads

Showing posts with label Hani. Show all posts
Showing posts with label Hani. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Monday, November 14, 2011

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Wednesday, June 16, 2010

Entah ape-ape je..

 

Entah ape- ape je.. ini pun nak update. Ni kalau abang ipar aku bace, sure dia geleng2 kepale. Haha… jelezlah tu.

Anak aku Hani & Abdul Rahman demam lagi.. Dari hari Sabtu lepas, dok sihat kejap & datang lagi demam tu. Mungkin sebab selesema & batuk yang tak berkurangan yang menyebabkan dorang ni tak baik-baik. Kalau sampai semiggu macam ni, kena jumpe doctor lagi jawabnye.

hanihani Sabtu lepas, mase jumpe Dr Din..  main tetap di hati.

  abdrahman Abdul Rahman.. demam, tapi masih aktif bermain

Sehingga akhir bulan ni, mungkin aku bz dengan anak-anak yang dok demam ni. Padahal anak dua je. Tapi sebab dorang ni dok pas-pas demam anatara satu sama lain tu yang tak larat.

Akhir bulan ni. kiteorang akan ke rumah baru. Yahoo..! Dekat dengan umah adik beradik aku. Satu kawasan perumahan, cuma berlainan blok je. Sekarang tengah sibuk packing barang2 masuk dalam kotak. Volunteer di alu-alukan…

Kepada para pengunjung2 yang setia dan di hormati, harap maap ye.. atas entri2 aku yang bakal tak di update selama beberape minggu. Harap maklum jugak kepada pelawat2 blog ini, kerana tidak dapat menjejaki anda semula dalam beberapa minggu ini. Kalau dah boring dok bace entri ni berhari-hari… silalah semak & baca arhive ku yang lama2.

Terima kasih.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Abnaz & Zaiton

Testing..testing..ehemm..ehemm. Sakit tekak & suara xde sejak Jumaat lepas. Maka sebab itulah dah lama tak update blog (padahal menaip pakai jari je…). Dengan kuih tart & air milo panas di depan PC ni, ku gagahkan jugak diri mengupdate blog yang lame bersarang.

Nak di pendekkan cerita, hari Ahad yang lepas (5hb Jun 2010), sepupu sebelah ayah aku, Cik Zaiton atau lebih di kenali sebagai Along Jai telah selamat di ijabkabulkan di rumahnya.

050620101275Majlis Akad Nikah Abnaz & Zaiton…

 

Majlis persandingan pada 6hb Jun 2010 Di Kota Tinggi, Johor..

Persandingan pihak lelaki akan di adakan pada 12hn Jun ni d Gombak plak.. kalau aku pergi bleh ar upload gambar lagi. Hahaha…

32129_1304844108558_1454181042_30704086_2281630_n

Family sebelah ayah aku..+ cucu & cicit… Haha, ni baru separuh je.

p/s:perenggan ini telah di edit>>>Hehe..ampun tuan punye gambar..gambar ni aku ambik dari fb pakcik aku, Cik Am. Waaa..luoe nak meng kreditkan name dia. Dah amek buat dek plak ek. hehe…

040620101270 040620101271 040620101273 Malam rewang…

Kiteorang hari Jumaat petang dah sampai Kota Tinggi. Haha..konon2 nak gerak pagi-pagi lepas Subuh, kemas ini itu..Abdul Rahman boleh plak bantai muntah kat dalam kereta, nak taknak kena patah balik rumah mandi & salin-salin baju. Lepas kerja-kerja pembersihan diri & kereta selesai di jalankan, dalam kul 8.30am baru gerak..

Berhenti makan kat Pagoh, tak boleh tahan..lapar sangat. Niat kitreorang nak makan kat umah Mak Andak je. Macam terbau asam pedas. Huuhu..memang betul ade asam pedas. Erk sedapnye…

Siang tu Hani sibuk rewang telur masin dengan makcik-makcik kat taman perumahan Mak Andak.. Kira penghibur team telur petang tu. Daddy Hani jakun naik lori hujan-hujan… Abdul Rahman buat huru hara kat team Wajik & Bunga Telur… Aku buat dek! Haha..takdelah lepas berjaya menidurkan Abdul Rahman, aku tolonglah sikit-sikit..

Malam tu. kiteorang beramai-ramai tidur di rumah Mak Andak. Tapi keesokan harinye, disebabkan orang ramai.. Hani pun dah buat ragam. Kiteorang tidur hotel.. Bilik free punye. Thanksss…

060620101276 060620101277 Katil yang telah berjaya di transformkan menjadi Super-super King!

 

 060620101299 i am not a chef with Suraya..

Aku, Alice & Abishek, Santulus & My Father!

Aku & Suraya ( adik bongsu aku)

My Family

Me & Abdul Rahman..

060620101287  Hani Marissa…d Kumbangan!

Petang sampai ke malam Mr Aizat rewang.. aku xdelah rewang sangat. Tolong tengok je. Konon2 nak gerak malam, tapi sebab dah kepenatan, dalam kul 3am esoknye baru bertolak. Sedang orang lain sedang nyenyak tidur… Kalau tak hari Isnin tu Aizat cuti, tapi  di sebabkan cutinye di tolak.. te rpaksa jugak gerak pagi2 buta.

Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Zaiton & Abnaz.. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amin…

Selamat Tinggal Kota Tinggi! Semoga ketemu lagi…

Monday, May 31, 2010

Konvokesyen Nory Suraya

Haha,,adik aku akhirnye konvo jugak. Nanti kalau amek degree buat kat oversea lah..sejuk sikit. Panas cuaca kat Shah Alam hari tu. Nak masuk dewan, tak boleh plak..kena ade pass la bagai. Kalau tahu, agak2 ko nak habis upacara konvo tu baru datang. Penat tunggu kat luar..

 

Macam biasa, walau pun penat semalam, pergi Digi party pun tak habis..sentiasa girang & seronok kalau dapat jalan2. Mata dah lebam ye..

 

Bile dah penat berdiri, cari port untuk duduk..tepi longkang pun jadilah..

 

Port kedua..lonkang tadi macam ade bau.

DSC_0250 DSC_0254

“Kopi hani satu ma…’.

DSC_0247 DSC_0242

Hani dah mula fed up menungu..'”Nak umah Hani ma..”. Abdul Rahman plak cube bace signboard macam mane nak balik umah dia…

DSC_0267 DSC_0268

Seronok Daddy & Abdul Rahman main panas… Ni mesti kes kecik2 tak puas main panas.

  

Setelas berbalas-balas sms dengan si penerima scroll ini, akhirnye dia akur untuk keluar dewan. Nak tunggu sampai habis tak laratlah..Panas giler kat luar dewan ni… kat belakang kitaorang ni, Pak Guard tengah tengok2.

Time aku dulu, lepas je amek scroll..terus balik. Penatlah nak tunggu sampai habis. Ruginye ialah tak dapat tangkap gambar ngan kawan2lah.

 

Ko main tipulah Aya..pakai heel tinggi sgt! Dahlah Yus pendek..makin pendek plak tengok. Ape2 pun, tahniah di ucapkan. Semoga mndapat perkejaan yang best lepas ni. Boleh belanja Hani & Abdul Rahman beli toys.

nuffnang ads