nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

Online Grocery

Hi.. Pernah tak korang shopping grocery secara online? Sambil2 tengok2 TV, layan anak-anak & sambil bergosip pun bleh shopping. Gosip baru pun dapat dengar..barang2 dapur pun dapat beli. Huh.. memang berbaloi.

Dalam banyak2 survey yang aku buat, aku berminat untuk cube salah satu online grocery yang ade kat Malaysia ni, iaitu virgrocery.com. Ade special promotion, belanje RM30 dapat free delivery (valid sampai December 2010). Tapi kalau habis promotion pun, delivery charges dia masih pada kadar berpatutan seperti berikut:

Pembelian RM100 ke atas - FREE DELIVERY

Pembelian RM30 - RM99 - RM4.00

Pembelian di bawah RM30 - RM10.00

Pembayaran secara COD atau PayPal. Waktu penghantaran pulak seawal 10pagi. Harge ade yang lebih murah dari hypermarket. So, banyak yang dapat di jimatkan. Yang best, kalau ape yang korang nak takde dalam catalog, dorang ade tawarkan khidmat “Buy-On-Your-Behalf” dari hypermarket Carefour atau Cold Storage tanpe mark up sesen pun dari harge sebenar. Syaratnye cume kena beli barang dalam catalog dorang, minimum RM30. Best kan..

Kalau nak info lanjut sila pergi SINI.

Korang jugak boleh cuba tengok harge di web page ni; doorstep.com.my

Harge barang2 dia pun boleh tahan jugak.

Kepada ibu2 & bapak2 yang suka suruh anak-anak kecik & anak dara dorang pergi kedai sendirian dekat kedai yang nun jauh di sana, bolehlah gunekan kaedah ini. Keselamatan mungkin lebih terjamin dengan kehendak-Nya.

Kepada sesiapa yang rajin menulis list sebelum pergi hypermarket, pun boleh gune kaedah ni. Sebab aku pun rajin tulis list (cukup syarat utk tunjuk kat husband yang aku dah buat list & bersedia nak pergi shopping), tapi bile sampai..mesti terlebih dari list yang nak beli. Ermm,tu yang selalu lebih budget.

Ape-ape pun, ni pandangan aku je. Nanti kalau aku dah cube pakai service ni, akan ku updatekan pandangan aku yang sterusnye mengenai online grocery ni.

Sekian.

Test

cikgu suka main bola.. hari-hari cikgu main bola..

nuffnang ads