nuffnang ads

Showing posts with label kesibukan. Show all posts
Showing posts with label kesibukan. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Rumah Baru…Perabot Baru…

 

Sabtu lepas, pergi Ikea. Ermm..cari perabot baru. Tengok je. Haha…tak beli pun. Dok survey dulu. Puas jugak pujuk Mr Aizat pegi sini. Sebab bukan feveret dia kalau buat “Window Shopping” ni. Tapi aku suka…tak dapat beli, tengok dulu pun takpe. Penyakit!

Ingat nak pergi makan kat cafe dia, tapi orang punya ramai…macam pasar malam daa… Huh, makanan dia sedap2 & murah jugak. Memang berbaloi.. Sebab cafe@Ikea ni mengamalkan konsep ‘angkat pinggan selepas makan’. Jadi kos tampung gaji pekerja dapat di kurangkan, sekaligus dapatlah kite harge murah jugak. Tapi ramai yang jenis buat dek jugak. Makan & tinggal…. Ish ish.. Tak sportinglah rakyat Malaysia ni.

hani3“Tangkap gambar Hani Daddy…” 

 

hani1“Tangkap gambar Hani Daddy…” 

 

Setelah puas cuci-cuci mata kat sini.. kiteorang pergi The Curve plak cari tempat makan. Haha… yang penting aku tahu nak beli perabot yang mana. Simple & murah. Tengoklah bulan depan kalau aku berjaya beli. Alangkah seronoknye kalau duit nuff aku cukup untuk beli perabot2 yang aku nampak tu terus. Huh….

Ape-ape pun, aku tak sabar nak pindah rumah baru. Bestnye… Kak Mas, Santulus, Kak Ju & Alice…. We will join d club.

Nak continue packing barang… See u all real soon..!

 

Wednesday, June 16, 2010

Entah ape-ape je..

 

Entah ape- ape je.. ini pun nak update. Ni kalau abang ipar aku bace, sure dia geleng2 kepale. Haha… jelezlah tu.

Anak aku Hani & Abdul Rahman demam lagi.. Dari hari Sabtu lepas, dok sihat kejap & datang lagi demam tu. Mungkin sebab selesema & batuk yang tak berkurangan yang menyebabkan dorang ni tak baik-baik. Kalau sampai semiggu macam ni, kena jumpe doctor lagi jawabnye.

hanihani Sabtu lepas, mase jumpe Dr Din..  main tetap di hati.

  abdrahman Abdul Rahman.. demam, tapi masih aktif bermain

Sehingga akhir bulan ni, mungkin aku bz dengan anak-anak yang dok demam ni. Padahal anak dua je. Tapi sebab dorang ni dok pas-pas demam anatara satu sama lain tu yang tak larat.

Akhir bulan ni. kiteorang akan ke rumah baru. Yahoo..! Dekat dengan umah adik beradik aku. Satu kawasan perumahan, cuma berlainan blok je. Sekarang tengah sibuk packing barang2 masuk dalam kotak. Volunteer di alu-alukan…

Kepada para pengunjung2 yang setia dan di hormati, harap maap ye.. atas entri2 aku yang bakal tak di update selama beberape minggu. Harap maklum jugak kepada pelawat2 blog ini, kerana tidak dapat menjejaki anda semula dalam beberapa minggu ini. Kalau dah boring dok bace entri ni berhari-hari… silalah semak & baca arhive ku yang lama2.

Terima kasih.

nuffnang ads