nuffnang ads

Showing posts with label Santulus. Show all posts
Showing posts with label Santulus. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Sunday, May 30, 2010

Digi Break Free Party..!!

 

Baru balik dari party Digi. Mase Dalam kereta, konon2 nak terus tidur. Tapi bile sampai rumah, bersemangat kobar pulak nak updte blog. Muahahaa….

Best party ever… Punyelah semangat nak pergi Costume Party ni, dua hari sebelum tu dok sibuk plan nak pakai baju ape. Last2 pinjam coverall dari Mr Dinesh Alwan (husband alice). Haha..baju keje dia. Thanks ya…

Tadaa..inilah dia hasil costume kami setelah melakukan beberape alteration pada coverall tersebut

Terima kasih jugak kepada my bloved mother in law, Pn Nor Azian Tajudin kerana melakukan kerja2 menjahit. Xie2 ni….

  Hani..alah syian. Dia ingat dia ikut jugak. Next time..on your birthday party ye..!

Haha..happy prisoner!

Jamie! Our team leader for that nite..Brookly Blood. Jamie datang dengan mommy dia yang sporting. Antara ahli team kami ialah Zaffril, Epul, Esop & Daphne.

 

Aku & Santulus telah berjaya di pilih untuk Top 12 for best costume malam tu. Haha..tapi tak menang. Catwalk tak menjadi..hahaha lagi. Kiteorang kurang berbakat bab2 ni. Cubelah suruh memasak ke..menyanyi ke..ok lah jugak. Terpilih untuk 12 costume terbaik pun kire oklah…

 

 

 

Bersama bloggers yang sporting!

 

Hehe..gambar ni aku amek dari En. Esop..Thanks ye.

Nak tido…esok nak pergi convo adik, Suraya… Bye!

Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti Ibu2 Di rumah..

Sambungan entry sebelum ni. Aku ni kalau tak lari tajuk..memang tak sah. Sebab tangan tu kalau dah start menaip..bende jadi merepek2. So straight to d point. Sebab dah janji nak publish entry untuk ibu2 punye aktiviti semalam..

So, setelah keadaan tenang..di mana semua anak2 ibu2 telah berjaya di tidurkan..kami bertiga iaitu Bavani, Santulus dan aku buat aktiviti pembersihan rumah.

Kemudian, terasa macam nak makan ais krim nenas. Mana nak cari kat KL ni? perisa nenas? Ade ke..? Selalu aku minum air nenas je.


04052010967 Bavani Alice sedang menggunting lebihan hujung plasti aiskrim..

04052010968 Tadaa…siap untuk di frozenkan..
 

Kalau di teliti betul2, saiz aiskrim ni betul2 pendek. Haha..ni namanye penjimatan hebat. Memandangkan askar2 ramai yang akan menyerang..sbb kebetulan nenas sebiji je.


Kemudian sesi masak memasak. Kali ni adik aku Bavani yang masak dan di monitor oleh Chief Santulus.  Menu: Telur Dada berbwg. Senang kan..? Tutup mata bleh buat. Lokasi: Dapur Rumah Santulus..

04052010971 Bavani Ratnam sedang potong bahan2…sambil di perhatikan pemerhati kecik. Danish Farhat!
KEMUDIAN>>>>>

04052010970 Ermm..dah siap goreng. Cepatnye! Mudahkan? 
 p/s:macam tak menarik je telur goreng ko
04052010969 Aik……kenape bawang masih di sini?

Rupenye, bawang dia tak letak..garam aku tak pasti. Sebab aku tak makan. Puase ganti lagi hari ni. Kenapa ?
1. Sbb sibok dok ngumpat n bergosip..
2. Mungkin dia ingat bawang tu tabur kat  atas telus lepas gorang..
3. Dah nyanyuk..sebab baru lepas 2 bulan bersalin.
4. Bile sume ibu2 kat dapur..konsertasi nak masak telur xde.
    Hilang tumpuan..! .Ke hilang ingatan? Haha..maap
5. Hahahaha.. atau mungkin sebab tak pandai masak.

Ape pun untuk ko Alice a.k.a Bavani, prestasi anda harus di pertingkatkan..Usaha lagi. Haha..esok ko nak masak ape plak..? Telur lagi ke? Tolonglah….

Selesai………….

Monday, May 3, 2010

Monday Mood..

Sekejap je mase berlalu..ni dah hari Isnin. Hari ni macam bosan sket..Nak lipat kain lagilah…mood tu memang selalu xde. Kain kat bakul tu dah berapa hari tak berlipat..Bilelah assistant nak besar n pandai tolong aku lipat kain n buat keje2 umah..

Ingat nak berjalan umah kakak aku, Santulus..tapi tahap kemalasan yang amat sangat. Tengoklah petang skit, ku gagahkan jugak pergi sane..

uji

Inteprem kaum kerabat jap..Ni lah dia kakak aku Santani Luji a.k.a Santulus with her family. Unik kan name dia..

Ni kat depan umah dia..Cantikkan? Hehe..bukanlah. Ni kat depan resort mase bercuti kat Cameron Highlands dulu.  Selalunye rumah dia menjadi tempat lepak2 aku, sementara tunggu Mr Aizat balik dan antara rumah yang selalu di kunjungi oleh adik beradik yang lain. Kira pangkalan utamalah (HQ)..

Sebelah dia tulah husband dia, Abang gary atau nama sebenar Gary Ranjit Singh dan Muhammad Khairi Abdullah, nama setelah menganut agama Islam.. Dia ni lah yang tanye pasal sungai dalam laut tu. Kalau keluar pergi keluar makan tempat mahal2, best kalau ade dia. Haha..sebab dia rajin belanje. Kalau keluar makan reramai pun selalunye dia yang belanje, walaupun plan asal adalah “share ko share…”.Namapak beg hitam yang dia galas tu? Hah…Duit tu memang reserved untuk belanje orang, bagi pinjam duit kat orang dan untuk charity.  Haha..best2.

Kakak aku, Santulus ni..memang giler shopping. Kalau boleh hari2 dia ni nak shopping. Tapi sebab tahap kemalasan dia pun leh tahan, so seminggu sekali pun jadilah.  Kalau nak gi shopping kena bawak dia. Sebab makan fully provided. Kalau rase xnak bayar lepas dah amek baju ke kasut ke..mase dia sampai kaunter tu letak je, pastu lari. Dah sampai umah baru ambik..Selalunye aku kalau xde duit, tapi nak jugak ikut dia berjalan, aku buat advance kat dia. So bile nak mintak Mr Aizat time nak bayar balik, aku kasik up sket jumlah pinjaman. sebelum tu dah “kautim” ngan kakak aku. Sebab kadang2 husband aku akan tanye lagi kat kakak aku ni, berapa jumlah sebenar yang aku pakai. Hahaha…baik punye plan. So, duit lebih, aku simpan utk shopping akan datang. Muahahaa…

Padahal tadi nak cerita betapa bosannye aku hari ni. Tapi tetiba cite lain plak..Takpelah, sekurang2nye ade jugak bende jugak nak cerita. Buat ape nak cerita bende bosan yang aku lalui hari ni. Bosanlah kan…

p/s: Santulus jom pegi Midvalley.

nuffnang ads