nuffnang ads

Showing posts with label Budak-budak. Show all posts
Showing posts with label Budak-budak. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Monday, November 14, 2011

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Thursday, June 10, 2010

Baby Amirul…

Gile lame aku janji nak cite pasal baby ni. Haha…Amirul, ni Cik Yus dah buat entry khas untuk awak…

Rasenye 2 minggu yang lepas kot, gi tengok Amirul yang cute & montel ini. Huhu..bertambah lagi anak sedara aku..

 amirul 1amirul2 Amirul..!

baby1 Abishek & Amirul nak dekat sama saiz.. Beza dalam 2 bulan.

amirul & ayahSame tak muke Amirul dengan Ayah dia…

santulus santulus2 Style ka..?

Haha..mase aku , Alice & Kakak aku Uji ni gi gerai kuih kat area umah mak aku ni, kakak yang meniaga kuih tu tanye dia.. “Yang dua orang tadi tu kakak ke..?”

Dia punye suka hati…tak terhingga. Tu yang tak sabar-sabar suh aku buat entry pasal ni. Yelah pergi beli kuih vogue gile dengan make up..aku sekeh lehee je. Nasib baik dia ingat kakak je..bukan bibik… Lagi sadis!

Lepas tu Abang aku, ayah kepada Amirul ni ajak beli laksa. Sedap gile ye PLUS pekat and pedas… rugi beli kat kakak yang cakap aku kakak kepada Santulus tadi. Cair.. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi kat Ukay Perdana lah.. Memang sedap!

bdkbdk2Aktiviti tambahan anak-anak..Bongkar dan menang!

  bdk3bdk4Abdul Rahman & Dameer cari port best untuk main + makan…

  bdk5“Hani..What r u doing here..?”

bdk6Hani konon-konon tak nak tangkap gambar..tapi lepas tu, “Tengok gambar Hani ma..”

 bdk7 Hani bersama Irfan & Akmal (abang2 Amirul)

Ok setel.. Balik tu Hani & Abdul Rahman tidur awal. Keletihan… ZzzZzzzz……………..

Wednesday, June 9, 2010

Special Entry for Mohd Aidil Azwan

Haha..ni aku nak buat entry pasal mandikan budak-budak… Khas utuk Abang Wan! Ceritanye begini, beberapa minggu yang lepas semasa acara memandikan Hani & Abdul Rahman di rumah mak mentua aku, Pn Azian..yakni mak kepada Mr Aizat & Mr Mohd Aidil Azwan ni. Tetiba abang ipar aku ni berkata-kata…

Abang Wan: Yus..taknak buat tangkap gambar, upload kat blog. Haha…(perli akulah tu…)

Saya: Melampau ar..kalau mandi pun nak publishkan.

Abang Wan: Manalah tahu…. Haha.. ( seronok eh gelakkan aku…takpe..takpe…)

020620101266 020620101269 020620101268 020620101264 Abdul Rahman & Dameer

Haha…mesti kali ni, dia gelak tak habis tengok aku upload gambar ni. Yang sebenarnye ade banyak cerita nak stori. tapi tak cukup mase nak buat editing. Sorilah..dah lame tak update blog.. Terutamanye kepada IZ, siap jerit kat shout box aku suh update. Mentang-mentanglah dia dah update banyak cerita kat blog dia.

nuffnang ads