Testing..testing..ehemm..ehemm. Sakit tekak & suara xde sejak Jumaat lepas. Maka sebab itulah dah lama tak update blog (padahal menaip pakai jari je…). Dengan kuih tart & air milo panas di depan PC ni, ku gagahkan jugak diri mengupdate blog yang lame bersarang.
Nak di pendekkan cerita, hari Ahad yang lepas (5hb Jun 2010), sepupu sebelah ayah aku, Cik Zaiton atau lebih di kenali sebagai Along Jai telah selamat di ijabkabulkan di rumahnya.
Majlis Akad Nikah Abnaz & Zaiton…
Majlis persandingan pada 6hb Jun 2010 Di Kota Tinggi, Johor..
Persandingan pihak lelaki akan di adakan pada 12hn Jun ni d Gombak plak.. kalau aku pergi bleh ar upload gambar lagi. Hahaha…
Family sebelah ayah aku..+ cucu & cicit… Haha, ni baru separuh je.
p/s:perenggan ini telah di edit>>>Hehe..ampun tuan punye gambar..gambar ni aku ambik dari fb pakcik aku, Cik Am. Waaa..luoe nak meng kreditkan name dia. Dah amek buat dek plak ek. hehe…
Malam rewang…
Kiteorang hari Jumaat petang dah sampai Kota Tinggi. Haha..konon2 nak gerak pagi-pagi lepas Subuh, kemas ini itu..Abdul Rahman boleh plak bantai muntah kat dalam kereta, nak taknak kena patah balik rumah mandi & salin-salin baju. Lepas kerja-kerja pembersihan diri & kereta selesai di jalankan, dalam kul 8.30am baru gerak..
Berhenti makan kat Pagoh, tak boleh tahan..lapar sangat. Niat kitreorang nak makan kat umah Mak Andak je. Macam terbau asam pedas. Huuhu..memang betul ade asam pedas. Erk sedapnye…
Siang tu Hani sibuk rewang telur masin dengan makcik-makcik kat taman perumahan Mak Andak.. Kira penghibur team telur petang tu. Daddy Hani jakun naik lori hujan-hujan… Abdul Rahman buat huru hara kat team Wajik & Bunga Telur… Aku buat dek! Haha..takdelah lepas berjaya menidurkan Abdul Rahman, aku tolonglah sikit-sikit..
Malam tu. kiteorang beramai-ramai tidur di rumah Mak Andak. Tapi keesokan harinye, disebabkan orang ramai.. Hani pun dah buat ragam. Kiteorang tidur hotel.. Bilik free punye. Thanksss…
Katil yang telah berjaya di transformkan menjadi Super-super King!
i am not a chef with Suraya..
Aku, Alice & Abishek, Santulus & My Father!
Aku & Suraya ( adik bongsu aku)
My Family
Me & Abdul Rahman..
Hani Marissa…d Kumbangan!
Petang sampai ke malam Mr Aizat rewang.. aku xdelah rewang sangat. Tolong tengok je. Konon2 nak gerak malam, tapi sebab dah kepenatan, dalam kul 3am esoknye baru bertolak. Sedang orang lain sedang nyenyak tidur… Kalau tak hari Isnin tu Aizat cuti, tapi di sebabkan cutinye di tolak.. te rpaksa jugak gerak pagi2 buta.
Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Zaiton & Abnaz.. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amin…
Selamat Tinggal Kota Tinggi! Semoga ketemu lagi…