nuffnang ads

Showing posts with label suri rumah. Show all posts
Showing posts with label suri rumah. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Sunday, June 13, 2010

Apa itu Suri Rumah?

 

Bile aku dah tak kerja ni, aktiviti seharian hanyalah di rumah. Makanya hari-hari pun buat bende yang sama. Selain aku keluar pergi berjalan-jalan atau bershopping dengan adik beradik aku di siang hari, atau mungkin selain dari aktiviti menjelajah & melawat rumah-rumah adik-beradik aku yang juga suri rumah sepenuh masa.. Seperti Alice, Giema & Santulus.

Pernah jugak aku berangan nak buat biz secara online seperti INI.

Ini adalah aktiviti suri rumah yang mempunyai anak-anak yang masih kecik dah tidak bersekolah..

Basuh kain:

Kain & pakaian untuk solat harus di asingkan dari pakaian yang lain. Hah.. yang ni nenek aku belah bapak aku yang ajar. I love u nenek! Muahhhh……

Baju kerja, baju baby, seluar & baju harus di asingkan. Contohnya, kalau basuh seluar ..seluar je. Baju..baju je. Senang kata..pakaian atas & bawah badan mesti di asingkan. Untuk kebersihan yang maksimum. Pernah jugak, sekali tu aku malas, campurkan je seluar keje husband aku dengan baju2 yang di pakai kat umah.. lepas tu tersa macam ade kegatalan di badan. Haha..tak tahulah sama ada atas faktor kebersihan atau psikologi aku semata-mata… tapi sampai sekarang aku masih amalkan cara ini.

Sebelum membasuh kain, aku akan pastikan anak2 aku mandi terlebih dahulu. Sebab baju yang malam tadi dorang pakai tu aku bleh terus basuh.. Pagi jelah. Time petang xdelah aku membasuh jugak. Tersangat lah rajin & membazir api dan air namanye tu.

Basuh pinggan:

Sinki umah aku ade dua. Satu sinki untuk basuh cawan-cawan + botol susu budak-budak. Satu lagi untuk pinggan mangkuk & periuk belanga. (macam ade je belanga kat umah aku). Selalunye aku akan mule dengan basuh pinggan mangkuk & clearkan bahagian dapur masak. Sebab part ni paling kotor dan berminyak aku rase. Kemudian baru aku basuh tangan bersih2 dengan dettol dan seterusnya bersihkan bahagian cawan-cawan & botol-botol susu budak2. Sebab lepas tu tangan aku takdelah minyak sangat dan tak perlu basuh tangan lagi.

Secara kebiasaannya, aku sambil masak dan akan terus basuh pinggan & peralatan masak yang aku telah gunakan. Senang.. Sinki bersih..masak pun siap..

Memasak:

Aku suka kupas bawang merah & bawang putih siap2. Pastu masuk kan dalam bekas tertutup sebelum di masukkan dalam fridge. Kalau tak berbaulah fridge aku jawabnye.. Aku tak suke blend terus bawang2 tersebut. Rasenye macam kurang same. So aku biarkan bawang2 tu seketul2 kat dalam bekas. Seterusnye sebelum aku menyiapkan bahan untuk di masak, aku pastikan nasi di masak terlebih dahulu. Just nice je, bile lauk dah siap masak..nasi pun siap masak jugak. Boleh terus sental…

Mengemas rumah:

Harus pandai membahagikan masa antara tugas2 yang nak di buat. Ni pun aku belajar dari nenek aku mase duduk kat kampung dulu. Darjah 6 pun dah pandai buat kerja-kerja rumah tau. Cube bace SINI. Contoh..sekiranya dalam mase yang sama, hari tu kebetulan nak basuh kain + basuh pinggan & kemas umah Selalunye aku akan asingkan baju , kemudian masukkan dalam washing macine. Settle! In between nak tunggu kain habis basuh, aku akan basuh pinggan & kemas rumah. Selalunye lepas aku kemas2 rumah, kain yang aku basuh tadi dah siap untuk  di sidai… Kadang kalau lambat pun, sempat jugak aku main internet. Hahaha…

Aku akan kemas rumah dahulu, kemudian barulah aku vacuum atau menyapu & mengemop lantai. Selalunye ini adelah part yang terakhir dalam aktiviti seharian aku di rumah.

Lipat Kain:

Seeloknye selepas angkat kain tu, terus di lipat. Jangan di kumpul sehinga trip yang seterudnye, Kerana anda telah mengumpul tahap kemalasan anda bersama. Aku selalu jadi macam ni. Kadang2 penuh satu bakul.. lepas tu akan jadi berbakul-bakul… Huh, time ni lah memang terasa malas gile nak melipat kain. Yang seksanya bile time nak cari baju. Mulelah memaki-maki… I hate this job!

Bile semua dah settle:

Bile semua dah siap..barulah aku ade mase nak update blog ke.. Tengok FB aku ke.. Check email.. & IM dengan husband dan kawan… bergosip secara maya namanye..

Kerja-kerja dalam turutan teratur.

Bangun tidur > Kemas tempat tidur > Lepak-lepak jap > Mandikan budak-budak > Basuh Kain (rumah masih bersepah ye masa ni) > Masak + basuh pinggan > Kemas rumah > Sidai kain > Suap budak-budak makan > Vacuum atau sapu > Mop lantai (ni bile budak-budak dah tido) > Rest & Relax > Internet time..!

Sekian saja coretan untuk hari ini.

nuffnang ads