nuffnang ads

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Thursday, June 16, 2011

My Best Friend’s Wedding.

 

Jun 2011, Aku dan keluarga telah pergi ke Kuantan untuk majlis pernikahan Iz Yahya & Syaiful di Masjid Besar Kuantan, Pahang. Iz ni dah macam sebahagian dari family aku, family dia pun dah aku anggap macam family aku sendiri jugak.

Time same2 belajar dengan Iz, Jojet,& dura dulu, kiteorang ade buat betting sape yang kawen dulu. Betting pertama memang mengenalah, sebab memang aku yang kawen dulu. Yang kedua, seingat aku..kiteorg bet si Jojet yang akan kawen.. Rupenye Iz dulu yang menyusul. So sekarang tinggal Jojet & Dura je. Siapa dulu ek?

 5 Jun 2011,Majlis Persandingan Iz Yahya & Syaiful

 Kawan-kawan lain yang turut hadir. Jojet, Dura & Anis (Sumber: Album FB Anis)

253549_207256365978420_100000821752089_498169_2760078_n Kakak-kakak ku pun pegi jugak…

 Mak saye jugak….

Ape2 pun,tahniah Puan Iz & Encik Syaiful. Semoga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin….

Monday, June 21, 2010

Hey hey.. It’s Saturday!

 

Waa.. seawal pukul 5am aku dah bangun Sabtu lepas. Hey hey… it’s not Saturday today! Monday daa… Back to date ni. Haha..takpelah. aku nak cite jugak. Sabtu tu aku bangun awal sebab Mr Aizat punye kentut pagi tu agak berbau. Pergh..loya tekak aku ni. Terus takleh sambung tidur. Kebetulan perut ni macam tak berapa selesa. Terus bangun buat ape2 yang patut.

Pukul 7am macam tu, aku dah kejut husband aku & d kidz bangun. Sebab dah plan hari ni nak jumpe doktor O&G aku.. untuk buat Paps Smear pukul 9am. Dalam pukul 8.30am kiteorang sume dah sampai depan klinik. Agak awal… klinik pun belum bukak lagi. So we decided to go for breakfast dulu dekat The Chawan.

dchawandchawan1Kakak Hani tidur mase ni.. sebab kena paksa bangun & mandi pagi-pagi.  

Makanan kat sini macam tak berapa sedap.. bolehlah. Nak sedap masak sendirilah. Syok..sebab orang tak ramai lagi time ni. Bajet kalau sarapan kejap masih awal lagi sampai klinik. Ngam2 pukul 9am, kiteorang sampai balik kat klinik tadi. Sekali orang sudah ramai daa.. Aku adalah orang yang kelima. Pukul berapa agaknye orang2 ni sampai?

Agak lama jugaklah aku tunggu..dalam satu jam lebih. Sebab Dr. Kamaljit ni rajin & suka berborak dengan patient dia. Very friendly doctor..

Bile dia check2 record aku dulu… dia tengok Abdul Rahman. Then tetiba menjerit..terkejut aku. “Hey.. dialah yang i scan dulu kan?'” “Unbelievable..so cute of u!'” “Look at u..dah besar.” See..dia punya cakap & soalan sampai kiteorang pun tak sempat jawab. Lama juga kiteorang berborak. Kalau layan lagi.. sure patient kat luar tu, besok baru boleh jumpe.

Kalau u all kaum-kaum wanita & ibu-ibu di luar nak buat pemeriksaan kesihatan, bolahlah cube buat kat sini. Doktor ni pasti check korang sume betul-betul. Takde main tanye-tanye nye.. Dia mesti akan buat pemeriksaan yang teliti sebelum bagi ubat. Nama klinik dia, Women’s Specialist Centre dekat bangsar. Klinik husband dia kat sebelah je.. tapi dia general physician.

Cubelah…

Sunday, June 13, 2010

Apa itu Suri Rumah?

 

Bile aku dah tak kerja ni, aktiviti seharian hanyalah di rumah. Makanya hari-hari pun buat bende yang sama. Selain aku keluar pergi berjalan-jalan atau bershopping dengan adik beradik aku di siang hari, atau mungkin selain dari aktiviti menjelajah & melawat rumah-rumah adik-beradik aku yang juga suri rumah sepenuh masa.. Seperti Alice, Giema & Santulus.

Pernah jugak aku berangan nak buat biz secara online seperti INI.

Ini adalah aktiviti suri rumah yang mempunyai anak-anak yang masih kecik dah tidak bersekolah..

Basuh kain:

Kain & pakaian untuk solat harus di asingkan dari pakaian yang lain. Hah.. yang ni nenek aku belah bapak aku yang ajar. I love u nenek! Muahhhh……

Baju kerja, baju baby, seluar & baju harus di asingkan. Contohnya, kalau basuh seluar ..seluar je. Baju..baju je. Senang kata..pakaian atas & bawah badan mesti di asingkan. Untuk kebersihan yang maksimum. Pernah jugak, sekali tu aku malas, campurkan je seluar keje husband aku dengan baju2 yang di pakai kat umah.. lepas tu tersa macam ade kegatalan di badan. Haha..tak tahulah sama ada atas faktor kebersihan atau psikologi aku semata-mata… tapi sampai sekarang aku masih amalkan cara ini.

Sebelum membasuh kain, aku akan pastikan anak2 aku mandi terlebih dahulu. Sebab baju yang malam tadi dorang pakai tu aku bleh terus basuh.. Pagi jelah. Time petang xdelah aku membasuh jugak. Tersangat lah rajin & membazir api dan air namanye tu.

Basuh pinggan:

Sinki umah aku ade dua. Satu sinki untuk basuh cawan-cawan + botol susu budak-budak. Satu lagi untuk pinggan mangkuk & periuk belanga. (macam ade je belanga kat umah aku). Selalunye aku akan mule dengan basuh pinggan mangkuk & clearkan bahagian dapur masak. Sebab part ni paling kotor dan berminyak aku rase. Kemudian baru aku basuh tangan bersih2 dengan dettol dan seterusnya bersihkan bahagian cawan-cawan & botol-botol susu budak2. Sebab lepas tu tangan aku takdelah minyak sangat dan tak perlu basuh tangan lagi.

Secara kebiasaannya, aku sambil masak dan akan terus basuh pinggan & peralatan masak yang aku telah gunakan. Senang.. Sinki bersih..masak pun siap..

Memasak:

Aku suka kupas bawang merah & bawang putih siap2. Pastu masuk kan dalam bekas tertutup sebelum di masukkan dalam fridge. Kalau tak berbaulah fridge aku jawabnye.. Aku tak suke blend terus bawang2 tersebut. Rasenye macam kurang same. So aku biarkan bawang2 tu seketul2 kat dalam bekas. Seterusnye sebelum aku menyiapkan bahan untuk di masak, aku pastikan nasi di masak terlebih dahulu. Just nice je, bile lauk dah siap masak..nasi pun siap masak jugak. Boleh terus sental…

Mengemas rumah:

Harus pandai membahagikan masa antara tugas2 yang nak di buat. Ni pun aku belajar dari nenek aku mase duduk kat kampung dulu. Darjah 6 pun dah pandai buat kerja-kerja rumah tau. Cube bace SINI. Contoh..sekiranya dalam mase yang sama, hari tu kebetulan nak basuh kain + basuh pinggan & kemas umah Selalunye aku akan asingkan baju , kemudian masukkan dalam washing macine. Settle! In between nak tunggu kain habis basuh, aku akan basuh pinggan & kemas rumah. Selalunye lepas aku kemas2 rumah, kain yang aku basuh tadi dah siap untuk  di sidai… Kadang kalau lambat pun, sempat jugak aku main internet. Hahaha…

Aku akan kemas rumah dahulu, kemudian barulah aku vacuum atau menyapu & mengemop lantai. Selalunye ini adelah part yang terakhir dalam aktiviti seharian aku di rumah.

Lipat Kain:

Seeloknye selepas angkat kain tu, terus di lipat. Jangan di kumpul sehinga trip yang seterudnye, Kerana anda telah mengumpul tahap kemalasan anda bersama. Aku selalu jadi macam ni. Kadang2 penuh satu bakul.. lepas tu akan jadi berbakul-bakul… Huh, time ni lah memang terasa malas gile nak melipat kain. Yang seksanya bile time nak cari baju. Mulelah memaki-maki… I hate this job!

Bile semua dah settle:

Bile semua dah siap..barulah aku ade mase nak update blog ke.. Tengok FB aku ke.. Check email.. & IM dengan husband dan kawan… bergosip secara maya namanye..

Kerja-kerja dalam turutan teratur.

Bangun tidur > Kemas tempat tidur > Lepak-lepak jap > Mandikan budak-budak > Basuh Kain (rumah masih bersepah ye masa ni) > Masak + basuh pinggan > Kemas rumah > Sidai kain > Suap budak-budak makan > Vacuum atau sapu > Mop lantai (ni bile budak-budak dah tido) > Rest & Relax > Internet time..!

Sekian saja coretan untuk hari ini.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Abnaz & Zaiton

Testing..testing..ehemm..ehemm. Sakit tekak & suara xde sejak Jumaat lepas. Maka sebab itulah dah lama tak update blog (padahal menaip pakai jari je…). Dengan kuih tart & air milo panas di depan PC ni, ku gagahkan jugak diri mengupdate blog yang lame bersarang.

Nak di pendekkan cerita, hari Ahad yang lepas (5hb Jun 2010), sepupu sebelah ayah aku, Cik Zaiton atau lebih di kenali sebagai Along Jai telah selamat di ijabkabulkan di rumahnya.

050620101275Majlis Akad Nikah Abnaz & Zaiton…

 

Majlis persandingan pada 6hb Jun 2010 Di Kota Tinggi, Johor..

Persandingan pihak lelaki akan di adakan pada 12hn Jun ni d Gombak plak.. kalau aku pergi bleh ar upload gambar lagi. Hahaha…

32129_1304844108558_1454181042_30704086_2281630_n

Family sebelah ayah aku..+ cucu & cicit… Haha, ni baru separuh je.

p/s:perenggan ini telah di edit>>>Hehe..ampun tuan punye gambar..gambar ni aku ambik dari fb pakcik aku, Cik Am. Waaa..luoe nak meng kreditkan name dia. Dah amek buat dek plak ek. hehe…

040620101270 040620101271 040620101273 Malam rewang…

Kiteorang hari Jumaat petang dah sampai Kota Tinggi. Haha..konon2 nak gerak pagi-pagi lepas Subuh, kemas ini itu..Abdul Rahman boleh plak bantai muntah kat dalam kereta, nak taknak kena patah balik rumah mandi & salin-salin baju. Lepas kerja-kerja pembersihan diri & kereta selesai di jalankan, dalam kul 8.30am baru gerak..

Berhenti makan kat Pagoh, tak boleh tahan..lapar sangat. Niat kitreorang nak makan kat umah Mak Andak je. Macam terbau asam pedas. Huuhu..memang betul ade asam pedas. Erk sedapnye…

Siang tu Hani sibuk rewang telur masin dengan makcik-makcik kat taman perumahan Mak Andak.. Kira penghibur team telur petang tu. Daddy Hani jakun naik lori hujan-hujan… Abdul Rahman buat huru hara kat team Wajik & Bunga Telur… Aku buat dek! Haha..takdelah lepas berjaya menidurkan Abdul Rahman, aku tolonglah sikit-sikit..

Malam tu. kiteorang beramai-ramai tidur di rumah Mak Andak. Tapi keesokan harinye, disebabkan orang ramai.. Hani pun dah buat ragam. Kiteorang tidur hotel.. Bilik free punye. Thanksss…

060620101276 060620101277 Katil yang telah berjaya di transformkan menjadi Super-super King!

 

 060620101299 i am not a chef with Suraya..

Aku, Alice & Abishek, Santulus & My Father!

Aku & Suraya ( adik bongsu aku)

My Family

Me & Abdul Rahman..

060620101287  Hani Marissa…d Kumbangan!

Petang sampai ke malam Mr Aizat rewang.. aku xdelah rewang sangat. Tolong tengok je. Konon2 nak gerak malam, tapi sebab dah kepenatan, dalam kul 3am esoknye baru bertolak. Sedang orang lain sedang nyenyak tidur… Kalau tak hari Isnin tu Aizat cuti, tapi  di sebabkan cutinye di tolak.. te rpaksa jugak gerak pagi2 buta.

Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Zaiton & Abnaz.. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amin…

Selamat Tinggal Kota Tinggi! Semoga ketemu lagi…

Baby Amirul…

Gile lame aku janji nak cite pasal baby ni. Haha…Amirul, ni Cik Yus dah buat entry khas untuk awak…

Rasenye 2 minggu yang lepas kot, gi tengok Amirul yang cute & montel ini. Huhu..bertambah lagi anak sedara aku..

 amirul 1amirul2 Amirul..!

baby1 Abishek & Amirul nak dekat sama saiz.. Beza dalam 2 bulan.

amirul & ayahSame tak muke Amirul dengan Ayah dia…

santulus santulus2 Style ka..?

Haha..mase aku , Alice & Kakak aku Uji ni gi gerai kuih kat area umah mak aku ni, kakak yang meniaga kuih tu tanye dia.. “Yang dua orang tadi tu kakak ke..?”

Dia punye suka hati…tak terhingga. Tu yang tak sabar-sabar suh aku buat entry pasal ni. Yelah pergi beli kuih vogue gile dengan make up..aku sekeh lehee je. Nasib baik dia ingat kakak je..bukan bibik… Lagi sadis!

Lepas tu Abang aku, ayah kepada Amirul ni ajak beli laksa. Sedap gile ye PLUS pekat and pedas… rugi beli kat kakak yang cakap aku kakak kepada Santulus tadi. Cair.. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi kat Ukay Perdana lah.. Memang sedap!

bdkbdk2Aktiviti tambahan anak-anak..Bongkar dan menang!

  bdk3bdk4Abdul Rahman & Dameer cari port best untuk main + makan…

  bdk5“Hani..What r u doing here..?”

bdk6Hani konon-konon tak nak tangkap gambar..tapi lepas tu, “Tengok gambar Hani ma..”

 bdk7 Hani bersama Irfan & Akmal (abang2 Amirul)

Ok setel.. Balik tu Hani & Abdul Rahman tidur awal. Keletihan… ZzzZzzzz……………..

nuffnang ads