nuffnang ads

Friday, April 30, 2010

Geng Busybody

Ni kira sambungan entry yang aku post sebelum ni. Di sebalik kelewatan Subway Sandwich yang di order. Patutlah lame..So, nak di jadikan cerita, mase tengah2 makan tu, husband aku tanye…

Mr Aizat: Awak nak tahu tak pasal ape b lambat?
Nyum..nyumm: Ermm..kenape?
( tak berape heran sangat dengan explaination dia, sbb syok layan sandwich tu)
Mr Aizat: Awak lepas ni jage2 lah n tengok2 sikit kat dinding dapur tu.
(dinding dapur tu memang design dia lubang2)
Nyum..nyumm: Hah…? Kenapa?
(otak ni mulelah terpikir bende yang mengarut2..kebetulan semalam malam Jumaat)
 

Hehe..bukan yang ini
 
Yang ini..dinding lubang2.
Mr Aizat: Tak tadi, kat blok depan tu…
Nyum..nyumm: Ade ape?
Mr Aizat: Jap lah, b tak habis cerita lagi..huh
Nyum..nyumm: Ok2 sori..
(hehe..menggelabah)
Mr Aizat: Dekat blok depan tu, dapur dia masuk lebah siap buat sarang lagi..
Nyum..nyumm: “Ohh…lebah ke, ingat ape tadi”-dalam hati
Mr Aizat: Jadi awak hati2 sikit, tengok2 kalau2 ade lebah nak buat sarang ke..
Nyum..nyumm: Mane awak tahu..? macam mane awak bleh sampai situ plak?
Mr Aizat: Awak tak nampak ade JPA punye van kat bawah tu siap lampu2.
Nyum..nyumm: Err..hah ade2..nampak2
(padahal xnampak pun..sibuk layan internet)
Mr Aizat: tadi b pergi tengok2 je dari bawah, tak berani nak naik atas..Pastu ade sorang ni, nama dia Jason, baru balik keje jugak,tengah galas beg laptop..Dia datang kat b

Mr Aizat n Jason di tempat kejadian…
Jason: Jom..kite pegi sibuk2 ..tengok apa pasat..
(sambil menepuk2 belakang husband aku)
Mr Aizat; Err..
Jason: Marilahh…
So seperti yang di ceritakan oleh Mr Aizat, mereka berdua pun naik ke blok tersebut. Mem’busy body kan diri.. Setelah mendapatkan semua maklumat dan mungkin sudah berpuas hati, baru dia balik. Jason masih lagi di tempat kejadian.

Yang bestnye, husband aku macam hairan. Sebab ade jugak orang yang lagi dasyat busy body dari dia. Ape ingat, dia sorang je boleh busy body.

Aktiviti Melawat....

Hari ni rase free sket, disebabkan kes tido lambat semalam. Keje2 rumah dah banyak beres. Name pun suri rumah, hari2 buat keje yang same je. Takpelah, sementara anak2 kecik2 lagi ni, biarlah aku jaga dulu. Tunggu dorang ni dah pandai mengadu atau beritahu ape2 yng terjadi kat dorang, baru rase lega sket nak keje semula.

Pagi2 lagi dah siap masak, mandikan bdk2 n bg makan.  Satu je belum, lipat kain..keje paling xbest sekali nak buat. Satu bakul penuh dah tak berlipat, hahaha..campur yang semalam-semalam punye kain baju. Ade sesiapa nak volunteer buat keje ni?

Melihat keadaan rumah yang agak tenang (Abd Rahman tido balik lepas makan, Hani main barbie dolls) dan selesa, aku pun meng’on kan pc. Ting..! Dekat depan komputer sudah…..

Setelah dok lame lepak n ulang alik kat blog kawan2, tibe2 terasa cam nak buat lawatan sambil belajar kat blog2 orang lain. Wahhh…banyak nye cerita menarik, Seharian jugaklah aku dok bz buat lawatan, sambil cuci2 mata…komen2..gelak2 jap..sob sob jap..

Sampailah aku terjoin nak ikut satu aktiviti 1SUPERKIDS FAMILY DAY pada 9Mei ini(2pm-6pm), sempena Mother’s day. Macam seronok je. So nanti dah pergi, will update to you all.

Banyak jugak blog aku singgah lepak, hingga sampai satu blog ni, Great Teacher Onizuka (bukanTakashi Sorimachi yang berlakon cite G.T.O tu, dia die hard fan pelakon ni)cerita pasal Subway Sandwich..terliur nye tgk gambar sandwich tu. Lantas mandail no phone Mr Aizat (dengan gaya penuh dramatis)mintak tolong belikan satu. Sebenarnye, hari ni aku puase ganti, so tadi berbukak dgn minum air je, sebab nak tunggu sandwich punye pasal. So dalam 9.30pm baru dapat (ade cerita di sebalik kelewatan ini, tunggu lain post, takut korang tertido bace panjang2).

RM30 untuk satu Big Foot Foot Long Subway Melt. Tak tahulah ape yang husband aku tambah, sampai hargenye jadi begitu HEBAT.! Ermm..bukan makan sorang2 ye. Dulu bleh..sekarang kena limit kan, takut sedar2 badan macam tong drum je. Erk..Alhamdulillah,sedapnye. Berbaloi-baloi tunggu lame2 untuk makan sndwich ini. Jemput makan….

Thursday, April 29, 2010

Waa..tak boleh tido.

Asal mata ni takleh nak tido. Dok guling2 kat katil dekat satu jam pun masih xleh lelap. Last2 aku gi basuh kain. Pakai tangan? Ooohh…tidak. Washing machine tolong basuhkan. Kebetulan aircond compressor kat atas balkoni umah. So, bile aku sidai baju, dalam 2-3 jam dah bleh angkat. Macam ade dry cleaning washing machine..Umah ni kalau pasang aircond kat ruang tamu, kena tutup sliding door, kalau tak rase mcm kat dalam  sauna..sedar2 berpeluh je.
Sambil2 tunggu kain basuh, aku kemas2 rumah n basuh pinggan. Sebab semalam, pagi2 aku dah gi rumah kakak aku. Aku tinggal je umah bersepah..nak kemas umah pun kena ade mood. Ingat nak lari dari kemas umah, sampai umah kakak aku, Santani Luji..Hani dah start buat sepah. Mule2 satu bakul mainan tu dia tuang kat ruang tamu..(dalam hati takpe..mainlah dulu,nanti kemas) Nasib baik kakak aku ni dah biase…
Lepas tu tengah lepak2 kat bilik, terasa keadaan kat luar sunyi dan diam sekali. Mesti ade bende si Hani ni dok syok buat. Ye betul..sedang riang menyapukan losyen kat sume toys yang dia sepahkan tadi. Patutlah diam..Habis losyen Dameer dia habiskan. Tap..kan dah kena jentik.
Mama ngamuk: Nape main losyen?
Hani: Sori mama….
Mama ngamuk: Promise xnak buat?
Hani: Ok..promise.
Aku n Hani pun mengemas permainan bersama2. Lepas tu sambil membebel..aku bersihkan losyen kat toys Dameer tu. Tengah2 lap toys tu, kakak aku lalu.
Mama nye Dameer: Basuh je..xyah lap.
Mama nye Hani: A..ah ek. Ape susah2 dok lap mainan ni.
Boleh tak teringat nak gi cuci je. Mainan tu plastik dan ringan untuk di angkat ke bilik air..napelah tak terpikir. Dekat setengah jam dok lap kat celah2 mainan tu. Dengan tidak sampai 5 minit, aku berjaya bersihkan losyen tu.
Tak lame lepas tu, tengah dok tidurkan Abdul Rahman dengar satu projek pembangunan sedang rancak di jalankan di hall rumah. Ermm..ape plak dia buat kali ni. Masya Allah..rumah Uji sudah jadi Snow House! Habis penuh bedak kat depan.. Itu hangin sudah naiklah.. Adakah aku kecik2 senoty ini?
Tak pasal2 aku kena menyapu dan mengemop..Padahal motif ke sini malas nak mengemas rumah. Erm..Hani..Hani…
Besok ni, dengan sekelip mata je Hani bleh sepahkan umah. Bukan sorang..dia bawak geng daa. itu askar kecik jugak, Abdul Rahman.
Oklah, rase mengantuk. Hapee.. pukul 3am..!! Kena tido ni..

Wednesday, April 28, 2010

Sungai di dalam Laut…

Hape..? Dalam laut ada sungai. Untuk pengetahuan korang, semalam abang ipar aku, Mr Khairi Abdullah a.k.a Gary Ranjit Singh, daddynye Dameer… tanye pasal sungai kat dalam laut. Macam pernah dengar..tapi tak pernah pulak nak ambik tahu lebih lanjut. Tapi bile dengar dia cerita, hati aku tergerak nak gi search kat internet.

 
1
          Subhannallah..Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta.

2
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (QS Al Furqan 53).


1
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing" (QS Ar-Rahman 19-20).
 5    Sungai di dalam Lautan di Cenote Angelita, Mexico

Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dgn pohon dan daun-daunan.
    Seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis, Mr.Jacques Yves Costeau, sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Dia di percayai orang pertama yang menjumpai sungai di dalam lautan ini.        
     
    Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan dan keajaiban pemandangan yang dilihatnya di lautan yang dalam. Di sebabkan tidak mendapat jawapan yang memuaskan akan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan, akhirnya pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. 
         
    Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan iaitu surat Ar-Rahman, ayat 19-20 dan surat Al Furqan, ayat 53 di atas.        
     
    Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.    
         
    Terlintas di fikirannya, Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Nabi Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.      
     
      jacvue Mr.Jacques Yves Costeau: Menjadi Mualaf atau tidak…Wallahu a’lam



*Foto2 diatas diambil oleh seorang penyelam bernama Anatoly Beloshchin


SUMBER2:

  • Buku elektronik (ebook): Bukti Kebenaran Quran, oleh Abdullah M. Al-Rehaili, Tajidu Press, Yogyakarta, 2003. Judul Asli: This is The Truth, Newly Discovered Scientific Focts Revealed in the Quran & Authentic Hadeeth (Wolrd Supreme Council for Mosques Affairs Commission on Scientific Sign of Qur’an and Sunnah at Muslim World League Makkah al­Mukarramah and Alharamain Islamic Poundation, Third Edition, Riyadh, 1999)
  • http://www.cenoteangelita.com/cenote_info.htm
  • http://ivandrio.wordpress.com/2010/03/07/subhanallah-ada-sungai-dalam-laut/#more-865
  • Youtube:http://www.youtube.com/watch?v=RIyvz8th7dU&feature=related.










    1. Tuesday, April 27, 2010

      Bakal2 Pemimpin.

      Hah…ni dia antara bakal2 pemimpin mase depan.  I present to you……

      21042010941Hani Marissa…Bakal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat..

      23042010946

      Abdul Rahman with his cousin, Mr Dameer Farhat..Bakal Menteri Pertahanan

      26042010949              Abhishek Alwan Nambiar…..Bakal Perdana Menteri.

       

      Oppss..Mama n Daddy. Yang ni pulak bakal dipimpin di hari tua. Tal larat nak jalan dah..

      Sebenar-benarnye..tengah takde idea, tapi nak jugak publish something. Haha..jgn marah aa…

      Monday, April 26, 2010

      Mahu cube?

      Tadi aku terbaca satu entry kat wall makcik aizat (busu), dia komen pasal berpukong ni, iaitu salah satu adat tradisi orang Banjar, di mana  bayi di tidurkan  di dalam keadaan duduk di dalam buaian. Agak pelik..sangat berbeza dari cari biasa. Berpukong dipercayai amat sesuai untuk bayi yang susah untuk di tidurkan dan bagi bayi yang menhidap selesema.


      Hehe..gambar ni dapat kat internet.


      Sesiapa yang ade bayi di rumah, bolehlah mencuba kaedah tersebut, belum cube belum tau..Tapi aku lebis selesa n senang suruh anak2 aku tidur sendiri kat tilam. Senang sket..Takut kalau2 silap ikat kain kat leher tu, boleh tercekik woi. So pastikan pengawasan yang rapi oleh pakar2 yang biasa mengamalkannye. Kalau Hani punye style tido lagi senang, kat atas kerusi ke, tengah tgk tv ke, tengah makan ke..dia boleh tido je...takde hal punye. Abdul Rahman pun dah belajar style tido ni dari kakak dia.

      Aku rase kalau aku try kat Abdul Rahman, elok2 Abdul Rahman nak tido, kang datang kakak dia , Hani Marissa..tolak2 pastu gerenti gelak2 punye dia dua orang ni. Last2 tak jadi tidur..ermm, tak ke hangin tu. Kesudahnye nanti takut jadi alat permainan plak. Huh...satu keje plak.


      Korang cubelah.......

      Sunday, April 25, 2010

      Rantai Hani Di Ragut..!

      Petang tadi aku dan family pergi ke pasar malam kat Taman Tun..Entah macam mane tetibe Hani punye rantai kena ragut. Kurang hajaq punye pencuri..Orang pegi pasar nak cari makanan, ko datang nak mencuri.

      Sebelum tu aku ngan Abdul Rahman sempat beli laksa n popiah basah kat kedai Che pah. Aizat beli belon n jagung ngan Hani.

      Lepas tu baru kiteorang jumpe balik kat kedai yong tau fu. Aizat tengah pimpin hani sambil memilih yong tau fu dia. Aku tengok  Abdul Rahman kat dalam stroller. Jalan xdelah sesak sangat, sebab baru lepas hujan. Orang tak ramai lagi. Cume kereta je dok lalu lalang kat tengah2 pasar tu. Dasar pemalas..turunlah kete woi...pegi parking. Korang ingat Mcdonald ape, ade drive thru..main order2 kat tingkap. Benci aku orang macam ni, tak fikir orang lain yang jalan kaki kat situ. Tibe2 je aku hot.

      So, aku tengok Aizat macam susah je nak pilih makanan dia, aku pun cakap ngan Aizat, biar aku bawak Hani n Abdul Rahman kat tengah divider tu. Luas sket.. Takde kereta lalu lalang, senang sket nak tengok orang. Baru beberape langkah selepas aku gerak dari Aizat, Hani menangis macam kena belasah, kiteorang ingat dia nangis sebab nak stay ngan Aizat. Rupenye dia sakit kena ragut. Siut betul...Dorang ni kenape ek? Tangan tu panjang sangat sampai tak terkawal. Memang dasar pencuri..perompak..penyamun..penjahat! Cubelah cari duit n rezeki yang halal sket. Buatnye lepas mencuri tu mati kena langgar, hah..tak ke azab lepas tu.

      Tengok dia nangis dasyat sangat, aku try pujuk dia.
      MAMA: Nape ni Hani ?Daddy bayar dululah..
      HANI: Aunty ma..ambik rantai hani. Hani sakit....
      MAMA: Hape..? (sambil mate aku melirik kat leher dia, Ya Allah..Baru aku perasan rantai dia takde, leher dia merah2, badan aku terus mengigil)
      HANI: Aunty amek dah....(dengan muke kesian)
      MAMA: Mane aunty tu?(bajet bleh jumpelah pencuri tu, dah pasti dia skrg kat kedai pajak, pastu enjoy kat One utama)

      Kesian Hani, nasib baik dia takde ape2. Tak jatuh ke..berdarah ke. Cume melecet dan merah sket kat leher. betul2 kesian tengok muke dia. Tapi...makan tetap makan. Lepas aku pujuk2 dia, Hani mintak jagung yang Aizat beli tadi. habis jugak satu batang. Tak lama tu, Aizat sampai..Aizat ade perasan dua orang pompuan Indon kat bank mase dia kuar duit. Tak tahulah kalau dorang ni  terlibat dalam cerita di atas.

      Aku , Hani n Abdul rahman masuk dalam kete. Aizat pulak cube tengok2 kalau-kalau ade pompuan Indon tu.

      HANI: Daddy pegi mane mama?
      MAMA: Daddy pergi cari rantai Hani.
      HANI: Oo..Aunty amek lah ma.
      (Tak lama tu Aizat masuk kete)
      HANI: Mane rantai Hani?
      DADDY: Takde dah..
      HANI: Biarlah aunty tu...(ayat macam redho je rantai dia hilang)
      MAMA: Nanti daddy beli rantai baru k
      HANI: Ok.

      Dalam kereta, Hani diam je. Duduk sambil terkebil-kebil mata. Macam sedih je. Selalu susah Hani ni nak duduk diam tak cakap dan buat ape-ape. Kecuali dia tengok cd kat dalam kereta. Bile tanye cakap pelan je, macam orang tak larat. Nak cakap dia mengantuk, dia baru je bangun tidur sebelum pergi pasar tadi. Aku rase dia terbayang-bayang makcik bengong tadi kot. Bile tanye, dia cakap " Hani nak sleep lah..hani tired mama..". Aku cakaplah " Ok..." Tak lame lepas tu, dia betul tertido..Sian anak mama. Sorry mama careless tadi..

      Harap2 aunty yang curi rantai Hani tu, terima balasannye..

      *Hani masih tidur

      Pizza Satu....

      Hi..Selamat pagi . Sekejap je dah hari Ahad. Pagi ni, aku awal dah bangun. Pagi2 hani & abdul rahman dah order minuman kegemaran masing2. Nenenn...nenennn..Kopi satu ma. Hape..kopi? Kalau orang dengar ingat aku bagi anak aku minum kopi. Hahaha...kopi berperisa coklat. Bukanlah, hani ingat susu coklat dia tu air kopi, sebab dia pernah terminum air kopi aku.

      HANI: Ermm..(sedaplah tu).Ape ni mama?
      MAMA NYE HANI:  Air kopi mama lah..
      HANI: Ooo..Air kopi mama ke? Nak lagi?
      MAMA NYE HANI : Eh, takde2...
      HANI: Oh..pickle. (Dia tiru higglytown heroes punye dialog, Ish..aku tahulah, sebab selalu teman dorang tgk kartun pagi2)

       Yang baju pink tu suka cakap, "oh, pickle.." Idea dia selalu mengarut-ngarut..

      So, satu hari, entah macam mane atau ape yang daddy Hani dah buat ntah..tetibe dia geli n taknak minum susu dalam botol susu dia. Pening jugak kepale..sebab kesianlah baru 2 tahun dah benti minum susu. Kami berdua pun cube macam2 cara utk suruh dia minum susu. Tak berjaya..Lame jugak dia tak minum susu. Dekat seminggu. Last2 mase bersuti bercuti kat cameron highland try susu Sustagen perisa coklat. Mase tulah try pujuk dia minum, "Ni air kopi mama lah, cube rase dulu..." Hani, " Air kopi mama ke?".  Bukan dalam botol susu, sebab dia dah taknak. Kiteorang letak dalam drinking cup. Tu yang terciptanye sejarah kopi Hani.

      Huh..selalu lari dari tajuk asal kan? Pagi tadi, hani mintak pizza.

      HANI: Daddy pizza satu...( hish..ngoder je kejenye..Ingat Daddy ngan mama dia ni Dibo the gift dragon ke)


      Dibo the gift dragon

      Here's the lyrics to the song:

      Hello hello my name's dibo
      here is something you should know
      when you want a gift say this
      di.di. bo ding di bo di bo ding!!

      I'm a gift dragon
      and a giftky wagon
      to grant your every wish
      and take things through the air..wooooooooo
      Hello hello my name's dibo
      here is something you should know
      when you want a gift say this
      di.di. bo ding di bo di bo ding!!

      sambungan...........

      DADDY NYE HANI: Pizza..mane ade? Suh mama kol. (tengok..kol pun xnak, main pass keje je)
      MAMA NYE HANI: Awak kol lah..Hani, mama masak ayam jelah..
      HANI: Hani nak pizzalah..kol lah mama...
      DADDY NYE HANI: Kol lah..
      MAMA NYE HANI: Yelah..
      DOMINO'S PIZZA: "Our operating hours start 11am-11pm...bla...blaa.."

      Haha..jam baru pukul 8am daa..Seronoknye kalau hidup main order2 je.
      Oklah, nak pi masak jap, Jap gi nak kuar jalan2. See you real soon..

      Saturday, April 24, 2010

      Jalan-jalan Tengah Malam

      Malam semalam tetiba aku dan adik2 aku plan nak gi uptown @ Danau Kota. Last2 kiteorg pergi uptown kat Shah Alam, Sec. 18 & Uptown kat Kota Damansara.
       
      On d way nak gi Shah Alam tu (10.50 p.m) jalan agak jem kat federal highway. Sampai je uptown Shah Alam, hujan rintik2. Takde ape yang best pun.  Banyak kedai bundle je. Dahlah hujan, sesak plak tu. Last2 beli belon Mickey Mouse Hani je kat situ. Siap ade lampu woi..dalam belon tu. Canggih-canggih..
       
      Pastu, kiteorang bercadang pergi ke Kota Damansara plak. Sampai sana dalam pukul 12.15am. Sebelum sampai tu kiteorang sesat kejap. Sebab kedua-dua tempat yang kiteorg pergi tu, main redah je pergi. Tak pernah datang pun. So, bile instinct masing2 dah macam tak betul, seorang kawan si Suraya ni,(nama di rahsiakan, aku takut kena saman malu) pergi tanye abang beger tepi jalan, macam mane nak pergi situ.
       
      Abang beger: Oo..nak pergi Uptown ke?
      Kawan Suraya: Haah...
      Abang beger: Ok, depan ni Uturn, pastu traffic light kedua belok kanan, pastu traffic light pertama belok kanan..pastu....bla..blaa.....
      Kawan Suraya: Oo..ok. depan ni kena Uturn.pastu...(dia ulang balik diretion yg diberi oleh abang tadi)
      Abang beger:Ni dari mane ni?
      Kawan Suraya: Dari rumah pakcik..
      Abang beger: %*n#@**
      *siut betul, mesti pakcik ni menyesal bagitahu jalan panjang lebar, dia tanye dari mane, selambe je cakap dari rumah. Pakcik ni mungkin berharap dia ni akan jawab, dari KL ke..Puchong ke..Hampeh punye budak.
      Tetibe aku teringat satu scene dari cite Ujang ni. Jom tengok jap..
       
             
      Haha..dah tah makcik tu mcm tu, pergi tanye buat pe?
       
      Akhirnye sampai jugak kiteorg kat tempat tu. Kat sini, luas sket n tak sesak macam kat Shah Alam tu. Tak beli ape2 pun. Takde ape yang menarik hati. Aku beli Upin dan Ipin punye sticker unutk Hani je. Pastu balik, sebab Mr Aizat kol tanye bile nak balik. Adik aku, Suraya nak ajak pergi danau kota plak. Haha..lain kali, lewat sudah. Kalau time bujang takde masalah. Thank you, Mr Aizat.
       
      Selamat beristirihat di hujung minggu.ZzzzZzzz.......

      Friday, April 23, 2010

      A Mother's Promise

      I dedicate this post  to all my children. Haha macam ramai je anak. Dua orang je buat mase ini dan ketika ini, iaitu Nur Hani Marissa (21/2 years) dan Abdul Rahman (1 year).. Mama nak ikutlah korang gi mane2 nanti bile besar. Nanti bile dah besar, xyah sambung belajar sampai kat overseas, buat kat Malaysia je. Kalau korang insist jugak nak belajar kat luar negara, mama nak ikutlah. Senang sket mama nak tengok ape korang buat kat sana. Bukan xpercaya, kurang yakin je nak lepaskan korang pergi sendiri2.
       
      My little hero, Abdul Rahman......


      Hani sayang mama & daddy...

      Selalu cakap bende ni kat daddy dorang. Jawapannye ialah:- "Toksahlah mimpi, macam dorang nak je awak ikut ...'

      Aku kadang2 pelik tau kalau ade orang tak menghargai dan bersyukur atas anugerah hebat yang Allah bagi kat dorang ni. Sanggup buang anak, atau lebih dasyat lagi bunuh anak yang dorang lahirkan kat dunia ni. Kalau dah xnak anak, xyah buat. Kalau betul pun terlanjur dan xnak anak tu, Please...silekan ye, hantar mereka ke tempat-tempat yang selamat untuk ditinggalkan, sebelum anda mengambil langkah seribu.

      Ada jugak mak bapak yang tidak heran dengan anak2 mereka. Pergi dan tinggalkan ikut suka hati dorang je. Bile dah besar tahu pulak mengharapkan sesuatu dari anak2 dorang. Terus lupa ape yang dorang buat dulu2.
       
      Siap boleh ungkit lagi bende2 yang dia dah buat atau korbankan untuk anak2 dorang  tetapi anda harus ingat, sekiranye berlaku pada anda, redhokanlah. bak kata nenek aku, "Biarlah yus, kite ni redho je, ade hikmah atas ape yang tuhan bagi atau uji kita..."..lagi, "Benda yang baik kite ikut, yang buruk..ye jangann".Ape2 pun kawan2 syurga tu bawah kaki ibu. Tapi aku ni dah kawen, ikut cakap laki plak. Ermmmm...

      Pernah anda berlari kejar bas yang  dinaiki ibu korang? Tulah..aku pun xpernah. Tengok je..tak nangis pun.
      Pernah korang adik beradik nangis teresak-esak, rindukan mak korang mase kecik2 dulu?
      Pernahkah anda dan adik beradik anda di pisahkan? Ermm kesian kan kalau bende 2 ni jadi kat anak2 kita. Aku selalu berdoa supaya Allah s.w.t rahmati dan berkati ahli keluarga ku, Semoga anak2 aku menjadi orang yang berguna di dunia kelak. Amin

      Dengan ini mama promise, selagi mama hidup akan cube membantu, membimbing, mendidik dan sentiasa ada di saat anak2 mama memerlukan mama. I Promise you, I Will....

      Depeche Mode : I Promise You I Will

      if you need a friend
      don't look to a stranger
      you know in the end
      i'll always be there

      and when you're in doubt
      and when you're in danger
      take a look all around
      and i'll be there

      im sorry, but im just thinking of the right words to say
      (i promise you)
      i know they don't sound the way i planned them to be
      (i promise you)
      but if u wait around the world, i'll make you fall for me
      (i promise you)
      i promise you, i promise you i will

      when your day is through
      and so is your temper
      you know that to do
      i'll always be there

      sometimes if i shout
      it's not quite intended
      these words just come out
      with no cross to bear
       
      I promise you I will. I will. I will.
       
       
       
       Daddy's little gurl.

       
       
      I will try to be not only the best mother, but the best friend i can possibly, but most of all, i promise that i will always love them without fail and without question. i will love them with all my heart.

      Boleh ke diet?

      Cite-cite nak kurus, tapi merealisasikan bende yang kite impikan tu kadang2 rase susah nak buat. Cakap je nak diet.Tapi nak start tu..Aku ingat lagi, azam konon nak diet dari tahun lepas lagi, dok postpone je. Last2 awal bln ni baru aku start.

      Bukan ape,pantang nampak makanan. Selalu je ade selera..Ade sesetengah orang, dia makan banyak mane pun  xkan naik punye badan. Contohnye kakak aku, uji a.k.a Santulus dan kawan aku, izketambola. Dorang ni makan banyak mane pun, confirm2 xkan gemuknye. Tak tahu dorang ni sorok kat mane bahan makanan yang dorang dah kunyah tu

      Cara-cara diet aku adalah sepertio seperti berikut:
      -Pagi - mesti breakfast, sama ada Milo panas dengan roti atau Quaker oat sahaja.
      Tengahari- makan buah buahan, sup-sup sayur atau sup tulang (Haha..konon2 kalau makan sup tulang boleh kurus arr..)
      Petang - Minum air...minum lagi...Lapar? Aku tetap minum air.
      Malam - Zzzzz..tak makan langsung.
      Hahaha..boleh caye ke aku follow sume ni? Hanya bertahan utk 2 hari sahaja..lepas tu, dah tak sanggup. Last2 aku makan je..tapi dalam kuantiti yang betul2 sket. Asal dapat makan je. So xde lah terliur sangat sume bende takleh makan. Tapi malam aku cube tak makan, kadang2 termakan jugak. Xde displin lah nak diet.

      Tapi, kira menjadi jugaklah idet tu.Aku start dekat2 akhir bulan March..Dulu aku punye berat dalam 58kg, tinggi aku dalam..Ermm..berape ek?Iz berape tinggi aku ni? Dalam 160cm kot. Pendek dan gemuk? Kesian kan..Sekarang aku punye berat adalah...52kg. Muahahahhaa.

      Boringg......

      Wednesday, April 21, 2010

      Tersebutlah Kisah......

      Hari ni rase macam nak masak asam pedas ikan parang. Asam pedas ni aku belajar mase duduk ngan nenek aku kat Johor. Asam pedas paling sedap aku pernah rase. Meh nak kongsi bahan-bahan dia. Dulu kan time arwah atuk aku hidup, dia suke makan asam pedas ikan parang, pastu goreng ikan kapak masin, buat sambal belacan (hah..ambik. Dah asam pedas lagi ade sambal belacan) pastu ulam kacang botol kat belakang rumah. Sume main petik-petik je kat belakang rumah. Nak ape? Kelapa,bunga kantan, cili api, limau kasturi, limau purut, serai, kunyit..Macam-macam ada.
       
      Buah pun macam-macam jenis. Buah durian, manggis, duku, rambutan, tebu, jambu, durian belanda, mangga, epal..Hah,epal? Hehe..tu xdelah. Seronok woi..duduk kampung. Mule-mule tinggal kat kampung rase cam sedih je. Tapi lame-lame jadi seronok. Macam-macam boleh buat.
       
      Mase tu aku, Alice (adik aku), Boboy (abang aku), Giema (kakak aku) tinggal kat kampung dengan bapak aku a.k.a Wak Jajak, bersama-sama dengan tuan rumah tersebut iaitu arwah atuk aku, nenek dan pak yan(pak su  aku). dalam keadaan yang kami pun tak tahu apa masalahnye. Mase tu budak-budak lagi. Sedih sekejap je, selebihnye main lah..
       
      So, hari-hari kami ade satu jadual atau perkara rutin yang mesti di buat. Mesti...pukul 6.30 bgn Solat subuh(lkalau tak solat arwah atuk aku marah dan bising. Dia selalu kate kalau x solat jgn makan, duduk bawah pokok pisang je! Sebab monyet tak solat. So nak jd mcm tu ke. Org dulu-dulu byk kiasan nye.), buat sarapan pagi, basuh kain, kemas rumah, sidai kain, tgh masak utk lunch,lunch (Zohor dulu, kalau tak xleh makan) ptg mase utk bermain, pastu buat makan ptg, sapu-sapu halamn rumah, siap2 nak maghrib, mengaji, tgk tv, pukul 9pm masuk tido. Sangat displin ye..Besoknye ulang lagi, kecuali waktu sekolah.
       
      Time Asar n Isyak selalu skip solat. Sebabnye, arwah atuk aku kurang monitor time ni. Sebab kiteorg bile tak tanye, tak buatlah..Ish..ishh..ape nak jadi. Pastu kakak aku Giema ni, selalu main ngelat. Dia amek keje- keje yang senang je. Kalau dia masak kite orang kemas meja n basuh pinggan. padahal bukan dia yang masak pun. Dah tentu-tentu, nenak yang masak. Dia basuh kain aku ngan Alice sidai kain n lipat kain. Tipu lagi...padahal bukan bukan basuh pakai tangan pun. Mesin basuh tau..Rumah nenek aku serba moden dan canggih ye.Siap ada aircond lagi. Tapi time tengah malam jelah, tu pun xde switch off on, original punye. Pastu kalau time suruh solat, bendera merah je memanjang..mentang-mentanglah kite org kecik lagi. Betul-betul kakak aku berkuasa time ni. Aku baru terpikir, ape dia selalu buat time kiteorg buat sume keje-keje ni.
       
      Jadi, hari-hari kami masih sempat bermain, walaupun ade jadual displin ni. Asal ade mase terluang, main je memanjang. Tak kira pagi ke tgh ke atau petang. Ade satu hari ni, time tu waktu maghrib. Kiteorg (aku, Alice, Boboy), lari-lari kat atas umah, padahal nak tutup tingkap je. Budak-budak..kalau tak lari tak sah. Berebut-rebut nak tutup tingkap lah kononnye. Hah..tengok, nak tutup tingkap pun berebut. Bile sume tingkap dah tertutup, sebab tadi dah alang-alng berlari, kiteorg pun terus sambung berlari-lari. Kali ni main kejar-kejar plak. Boleh plak bantai main kejar-kejar time-time maghrib ni.
       
       
      Ni kakak aku , Giema. Yang suke mengelat tu. Sekarang active bela burung.
       
      Boboy dah kawen sekarang, dah 4 orang anak pun..sebelah tu wife dia, Siti Raudhah.
       
       
      Paling kanan sekali, adik aku yang bongsu, Suraya (Single), Alice (dah ade anak satu) and Mira duk duk (masih bersekolah..BDK BDK)
       
      Tengah-tengah syok main kejar-kejar, aku terdengar bunyi kerengkot kayu rumah papan arwah atuk aku ni.Bunyi ni memang familiar..aku tahu sape dtg. So, aku tengah lari-lari tu, terus duduk bukak majalah pakcik aku yang ade kat bawah meja. Si Alice dgn Boboy masih lagi berlari-lari, siap gelak-gelak lg..Seronok betul mereka.Tiba-tiba..Zaaaasssssss. Auuuuuu.....Aduhhhh.. Hahaha..atuk aku sampai daa..bwk rotan panjang, terus kasik satu kali kat dorang dua orang ni. Aku terselamat, sebab mase tu arwah atuk aku dah jeling aku tgh bace buku, dan ingat aku tak terlibat sama. Hahaha...kesian dorang.
       
      Terus terduduk, diam terus...Haha..aku tak bleh lupe kejadian ni. Dorang siap marah kat aku, sebab tak bgtahu, arwah atuk aku menuju kat arah mereka. Hishh..mane bleh bgtahu, kang tetibe dia sampai tgk kiteorg sume diam, kantoilah. Sape plak yg buat bising tadi..Huh..xpasal-pasal aku pun kena jugak. Betul tak?
       
      Arwah atuk aku ni tegas n garang orangnye. Tapi dia baik. Aku tahu dia sayang kat kiteorang sume walaupun selalu marah-marah. Kalau tak , tak jadi oranglah aku sekrang ni.Aku dah khatam dua kali tau..kalau aku duduk KL, agaknye tak khatam2. Sebab selalu melencong kat tempat lain.
       
      Tadi sebenarnye, nak kongsi resepi asam pedas nenek aku kan? Haha..dah tersasar jauh dah cite aku ni. Lain kali jelah aku cite pasal masak-masak ni.
       
      Kesempatan ni, aku doakan semoga roh atuk aku di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org-org yang soleh, Amin. Al-fatihah........
       
      Arwah atuk bersama nenek tercinta

      Tuesday, April 20, 2010

      How to Wash Dishes by Hand

      Instructions:-



      1. Step 1
        Stack dirty dishes into neat organized piles on the counter. Example: plate pile, bowl pile, cups with utensils in them, and pots with pans.



      2. Step 2
        Fill one side of the sink with hot water and dish washing liquid. The hotter the better. Fill each cup containing eating utensils and each pot and pan with hot water to soak on the counter and put one of the piles of dishes in the sink while it's filling. I recommend starting with plates, then bowls, then cups, and save the pots for last. The harder the dish is to clean, the longer it will need to soak.



      3. Step 3
        Once the sink has filled (not to overflowing), begin washing each dish and place it in the sink side with no water. Be sure to scrub the entire dish and not just the part used. Long scrub brushes can be used for cups and containers that are too small for your hand to fit in. If the dish has difficult particles on it, put it back in the hot water for more soaking and go back to it later.



      4. Step 4
        Once the first load is done the next pile to the hot water, then proceed to rinsing each dish. Make sure all the soap is gone and that the dish is clean. If the dish is still dirty, put it back in the hot water and wash again with the next load. Place the rinsed dish in a dish strainer, on the counter with a towel on it to absorb moisture, or in the dishwasher to dry.


      5. Step 5
        Continue washing and rinsing each pile until all the dishes have been cleaned. If you run out of space for drying, stop washing and dry each clean dish with a wash towel and put away to make room for the rest of the dishes.



      6. Step 6
        Once all the dishes have been cleaned, be sure to put them all away so that the next time you have to wash dishes, it's a fresh start. Drain the dirty water, clean the sink, and wipe down all the counters.

        Ermmm....nak basuh pinggan pun ade manual tau. Untuk sesiape yang x pandai basuh pinggan, no excuses. Kalau nak senang ikut step Special Agent OSO..3 special steps, that's all you need, 3 special steps, you will succeed....



        Feveret kartun Hani

        Tapi agak melampau kalau basuh pinggan pun nak ajar. Kalau dah malas tahap gaban, beli je dishwasher..tak pun beli pinggan mangkuk pakai buang. Senang..


      Dia buat apa tu Ma?


      HI..hari ni mendung je. Gelap macam nak hujan. Ni yang rase nak tido je. Pagi-pagi lepas breakfast, teman hani n abd rahman tengok Mickey Mouse, feveret kartun dorang.

      Abdul Rahman tengah kusyuk tgk Mickey Mouse

      M.IC.K.E.Y  M.O.U.S.E

      Tak lama lepas tu, Abdul Rahaman tertido..Hani pulak dok tanye soalan yang sama berulang kali:-
      Hani: Goofy buat ape tu Ma?
      Me: Dia hiccup...
      Hani:OOO.....
               Dia buat ape Ma?
      Me: Hiccup..
      Hani:OOO.....
               Dia buat ape Ma?
      Me: Hiccup..HIC...CUPPP (dengan sedikit nada yg mule nak meninggi)
      Hani:OOO.....
               Dia buat ape Ma?
       Me: Dia hiccup lah hani..(aku kadang2 xpaham, bdk2 ni saje-saje nak test marah kite ke..atau memang dia tak paham atau tak ingat ape yang kite bagitahu tadi)
      Hani:OOO.....
               Dia buat ape Ma?
      Me: Hanii..!!!!
      Hani:Dia hiccup ke Mama?

      Haa..tahu pun. Budak-budak ni saje nak tengok tahap kemarahan mak bapak dorang. Nak buat rating, sape punye level marah lagi tinggi. Daddy ke mama...

      Hishh..malas nak teman hani tengok TV, aku terus kemas rumah sementara Big Bos tengah tido, Mr Abdul Rahman.

      Sunday, April 18, 2010

      Percutian yang tidak di rancang.

      Terbayang percutian idaman? Luar negara atau dalam negara. Selalunye kalau nak merancang sesuatu percutian,sebulan atau setahun (APE..Setahun..!!)sebelum tu dah buat preparation. Simpan duit, pergi shopping baju-baju sejuk(kalau nak ke negara yang sejuklah), booking tiket flight dan booking hotel. Siang malam termimpi-mimpi main salji. Paling best siap canang satu kampung bagitahu nak pergi holiday dekat overseas. Tup..tup..tak jadi. Alamak...! Mesti terus demam seminggu. Malunye kat orang-orang kampung, orang setaman rumah ata mungkin teman-teman setadika. Kesiannn...
       
      So, selalunye aku amalkan percutian yang tak di rancang dan kalau rancang pun seawal dua atau 3 hari, atau seawal beberape jam. Hah..barulah mencabar.
       
      Sabtu lepas, Mr Aizat (husband saya) tetiba je ajak pergi Port Dickson. Masa tu pukul 12.35minit tengahari. Waa..aku pun ape lagi, segera mengemaskan baju-baju dan barang-barang budak-budak. Hanya dalam beberapa minit, dua buah beg telah siap berada di depan pintu. Efficient tak kerja aku? Dan beberapa minit selepas itu, semua dah berada di dalam kereta. Sangat pantas ye.. Lebih kurang pukul 1.30pm kami semua bergerak dari rumah menuju ke Port Dickson.
       
       
      Hani with Cik Ain...
       
                                       Hani                                       


      Abdul Rahman dan nenek
       
      Sampai-sampai je pergi check in dulu, pastu terus pergi pasar malam. Padahal masa on the way nak datang sini, dah plan nak pergi mandi pantai dulu, alih-alih singgah pasar malam. Beli ini..beli itu..tengok-tengok dah gelap. Ceh..tak menjadi jugak ape yang dirancang. Last-last tangkap gambar je.
       
      Besoknye, baru dapat mandi laut. Sangat seronok, hani siap ikut teman naik banana boat. Kadang-kadang percutian yang tak di rancang ni seronok jugak.
       
      Oklah,nak siap-siap balik rumah. Opss..belum lagi. Next destination is..Pantai Bagan Lalang, Sepang.
       
      Esok Mr Aizat cuti!
       
      Bye..

      Online shopping.Good or Not?

      Sejak dua tiga menjak ni, aku telah menceburkan diri secara aktif dalam pembelian secara maya..Maya? Hah,apa tu? Hahaha..sangat ketagih bile dah sekali terjebak. Mula-mula setakat suka-suka,kemudian nak tengok-tengok yg lain,tetibe terminat,pastu mulalah siang malam termimpi-mimpi. Besoknye,tak boleh tahan. Pagi-pagi dah online,tup..tup..duit dah ter transfer duit saving account ke akaun pihak ketiga. tak ke best tu..

      Kebaikannya ialah tak perlu penat-penat nak siapkan anak-anak untuk ke shopping mall. Sambil masak di dapur pun beli shopping macam-macam tau. Sedar-sedar sampai je. Jimat duit petrol,duit tol, masa dan tenaga. Badan pun tak penat. Tekak pun tak sakit. Yelah, cuba bayangkan tengah dok syok pilih barang,tetibe anak-anak buat hal. Boleh bantai main kejar-kejar di tengah-tengah kesesakan orang kat shopping complex tu. Tak ke terautomatik terjerit suruh jangan berlari-lari. Itu belum aksi kejar mengejar. Pergh..tak payah cerita. Macam-macam boleh jadi. Nama pun kanak-kanak. Kalau keadaan tenang pun apabile anak-anak kite sedang lena dibuai mimpi di dalam stroller. Tapi jangan bermimpi mereka ini akan tidur sehingga shopping complex tutup. In Your Dream!

      Tak perlu tunggu hujung minggu untuk shopping.  Ini paling best. Hari-hari boleh shopping. Tak ke seronok.

      Tapi..ye ade tapi. Kite haruslah pandai membandingkan harga dahulu. Ade setengah seller bg free postage sekali & ade jugak yang kedekut nak bagi percuma penghantaran. Dah lah tu, jual lagi mahal dari harge seller yg boleh bg harga yg murah+free postage tu. Untuk pengetahuan anda, design dan warna barang tersebut adalahh sama ye. Tak ke rugi kalau kena bayar harge yang lebih untuk barang yang sama. Hahah..Lu pikirlah sendiri.

      Kadang-kadang terpikir jugak,kalaulah barang-barang groceries pun boleh beli jugak. Lagi seronok. Huh..tu yang tetiba tak sedar, berat badan makin bertambah. Sebab tak berjalan. Masalah jugak..Erm,janganlah diamalkan selalu. Kalau setakat sayur ke,ikan ke..ringankan lah kaki berjalan sket. Takut jadi orang gile pula, lama sangat duduk rumah. 

      Dan perlu di ingati,ini adalah sejenis penyakit berjangkit! Boleh dijangkiti oleh sesiapa saje yang berkawan dan berhubung rapat dengan pembeli2 secara online ini. Saya telah di jangkiti penyakit ini oleh salah seorang sahabat baik saya bernama Iz  dan di dorong oleh suami sendiri, yang sememangnye gemar membeli belah secara online untuk alat-alat gadgetnye. 

       ini adalah Iz, dia bersama haiwan peiharaannya..Ladygaga!

      Baru-baru ini, saya menjadi pengikut setia bagi salah seorang kenalan di Facebook iaitu Norayuni Anis Ahmad dan Nurulhuda Yaakob, niece n aunt. Pandai korang buat bisnes. Ini antara sebilangan baju-baju yang telah berjaya dibeli.


      Keburukan shopping secara online? Ermm..taknak bincangkanlah. Pasti semua orang arif mengenainye. Kalau rasa tak selamat dan tak berape percaya atau takut di tipu, lebih baik beli secara terang-terangan. Kata orang, dah terang lagi bersuluh. Ade kena mengena ke? Hahaha...

      Selamat membeli belah..

      Saturday, April 17, 2010

      Jalan-jalan @ Ikea

      Testing..testing....hahahhehhah..Eh,assalamualaikum. Lupe plak nak bagi salam. Semalam tetibe terase cam boring je dok layan facebook. Dah macam tak menarik. Jadi,tetibe rase nak menjenguk blog yang iz telah buatkan utk aku. Setelah sekian lame, aku cube meng'editkan blog aku. Tapi masih nampak memboringkan. Lalu aku membuat keputusan untuk menghubungi pakar IT sedunia..Cik Iz. Pap..Pup..pup..tadaa..jadilah mcm ni.

      Tengah-tengah dok syok blogging,tetibe adik aku,Alice a.k.a Bavani Ratnam ajak gi Ikea. Erm.."seperti orang mengantuk di sorongkan bantal",(betul ke peribahasa ni?)yang memang tengah sudah lame tidak keluar berjalan, terus bersiap-siap. Last minute punye plan kenkadang best jugak..

      Ini namenye,jalan-jalan cari pasal. Sebab para daddy tidak men'jointkan diri. Agak meletihkan..

      penempatan sementara hani

      Masuk je Ikea, Hani terus meluru masuk playland.

      satu jam selepas itu..

      Huh..tu dia, hani keluar dengan penuh keriangan.

      cube untuk berkongsi pengalaman dengan adiknye, Abdul Rahman


      kakak mira pun ade..

       mama abisyek..

      Mama nye abisyek ni baru je habis 44hari pantang, terus ajak keluar berjalan. Betul-betul balas dendam ni. Mengidam nak makan kat cafe Ikea. Memang best & sedap + Murah..

      Abisyek a.k.a Umar,sayang cik yus ni..

      Lepas makan sempat jugak pergi shopping sket..sangat sikit ye. Sedar-sedar dah pukul 10pm. Sekejap je mase berlalu kalau jalan-jalan kat shopping complex ni.

      Arghh..mau tido sudah,bye. See u real soon.




       

      nuffnang ads