nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

Online Grocery

Hi.. Pernah tak korang shopping grocery secara online? Sambil2 tengok2 TV, layan anak-anak & sambil bergosip pun bleh shopping. Gosip baru pun dapat dengar..barang2 dapur pun dapat beli. Huh.. memang berbaloi.

Dalam banyak2 survey yang aku buat, aku berminat untuk cube salah satu online grocery yang ade kat Malaysia ni, iaitu virgrocery.com. Ade special promotion, belanje RM30 dapat free delivery (valid sampai December 2010). Tapi kalau habis promotion pun, delivery charges dia masih pada kadar berpatutan seperti berikut:

Pembelian RM100 ke atas - FREE DELIVERY

Pembelian RM30 - RM99 - RM4.00

Pembelian di bawah RM30 - RM10.00

Pembayaran secara COD atau PayPal. Waktu penghantaran pulak seawal 10pagi. Harge ade yang lebih murah dari hypermarket. So, banyak yang dapat di jimatkan. Yang best, kalau ape yang korang nak takde dalam catalog, dorang ade tawarkan khidmat “Buy-On-Your-Behalf” dari hypermarket Carefour atau Cold Storage tanpe mark up sesen pun dari harge sebenar. Syaratnye cume kena beli barang dalam catalog dorang, minimum RM30. Best kan..

Kalau nak info lanjut sila pergi SINI.

Korang jugak boleh cuba tengok harge di web page ni; doorstep.com.my

Harge barang2 dia pun boleh tahan jugak.

Kepada ibu2 & bapak2 yang suka suruh anak-anak kecik & anak dara dorang pergi kedai sendirian dekat kedai yang nun jauh di sana, bolehlah gunekan kaedah ini. Keselamatan mungkin lebih terjamin dengan kehendak-Nya.

Kepada sesiapa yang rajin menulis list sebelum pergi hypermarket, pun boleh gune kaedah ni. Sebab aku pun rajin tulis list (cukup syarat utk tunjuk kat husband yang aku dah buat list & bersedia nak pergi shopping), tapi bile sampai..mesti terlebih dari list yang nak beli. Ermm,tu yang selalu lebih budget.

Ape-ape pun, ni pandangan aku je. Nanti kalau aku dah cube pakai service ni, akan ku updatekan pandangan aku yang sterusnye mengenai online grocery ni.

Sekian.

Test

cikgu suka main bola.. hari-hari cikgu main bola..

Friday, October 8, 2010

Selamat Hari Raya..

Hi, Dengan kesempatan ini (walaupun hari ni dah last raye), saye ingin memohon maaf zahir batin kepada semua. Selamat sudah hari raya.. hehe, dah lama tak update blog. Insyaallah, akanku update blog ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah blog saye ini.

Saturday, July 3, 2010

Dapat award…

 

Hari ni aku memang khas untuk bayar hutang tag & ambik award dari kawan2… kepada sesiapa yang aku terlepas pandang,& tak jawab2 tag dan ambik award anda, maap di pinta. Sangat-sangat busy dengan rumah baru. Hehe..

image

Award ni aku terima dari e_ja. Terima kasih bebanyak, kerana sudi bagi award ni..

1. Anda mestilah memuji si pemberi award.

Baik, cantik, blog pun cantik…

2. Bagi award ni pada 10 blog yang lain.

alice, iz, anis, dura, jojet, abg dila, almiraz, misdalila, nurul, whitey mommy

3. Beritahu mereka yg mendapat award.

melalui chat box dan perbualan telepon.

4. Bagaimana anda digelar blog yg best dan great?

ermmm..no komen. (ingat artis je ke boleh jawab macam ni)

Sekian…

20 perkara tentangku..

 

Hari ni nak jawab tag dari Whitey Mommy. Rasenye dah lama aku simpan tag ni, tak habis buat… Baru hari ni ade mase nak sambung buat. Sorilah ye..

Picnik collage 20 perkara tentang aku…

Tag pasal giveaway yang dia suh joint, aku tag sempat buat. Dah tamat tarikh contest pun rupenye. Maap di pinta ye. Baru lepas berjaya mengemas rumah..

Nanti on d way buat blogwalking, patik tag orang kat shout box ye… Terima kasih.

FYMSO GIVEAWAY..!

 

image FYMSO ade buat Giveaway? Ye betul..!

Farah ni lah yang buat blog badge yang cute tu untuk aku tu. Jadi kepada sesiapa yang tertanya-tanya mengenain blog badge aku hari tu, bolehlah masuk giveaway ni. Kot2 lah menang…

Blog badge akan di berikan kepada “Lucky Reader”.. Dan pemenang berpeluang memilih tema warana, size, bentuk & bebas memilih ape sahaja karakter yang di inginkan.

Untuk keterengan lanjut, anda boleh click sini.

      

MOMMY IN D HOUSE            Baby & Me

Ini antara blog yang dia dah buat…

 

Tarikh tutup adalah pada 15th July 2010 (MONDAY).

Selamat mencuba…

Friday, June 25, 2010

Watermark Baru..

 

Tengah-tengah bz packing2 barang pun masih sempat cuci-cuci mate tengok watermark kat Eyya punye blog… tengok punye tengok, sekali terbeli satu daa. Watermark dia sume cantik-cantik, cute & hargenye pun sangat-sangat berpatutan.

Watermark ni penting tau untuk para bloggers yang rajin mengupload gambar2 yang banyak & sangat berguna untuk melindungi gambar2 anda dari di copy paste dengan percume. Teruatamanye untuk para peniaga cupcake, kek, beg & baju-baju yang di jahit sendiri.

Kawan aku, Anis.. sudah terkena. Kawan aku IZ, telah mengN3kan cerita ini. Kalau nak tahu lebih lanjut sila ke SINI.

 

watermark Watermark baru….

watermark lama Watermark lama…

Jom testing tepek kat gambar….

Ni namenye badan nak meletop! (mase ni aku pregnantkan Hani)

Ade sorang kawan seblogger aku..  Nama dia Farah. Hehe, dialah yang buat badge yang kat sidebar aku tu. Cute kan? Aku bagi cadangan kat dia supaya, buat biz dengan bakat dia yang kreatif membuat badge tu. Uits..mesti laku punye. Sekarang macam-macam orang jual online. Aku harap2 dia dapat pertimbangkan cadangan ku ini. Heheh….

Sekian..

Tuesday, June 22, 2010

Snow White VS Cinderella

 

Semalam daddy Hani beli dvd kartun baru untuk Hani. It’s Cinderella.. Hani terus mintak pasang cerite tu. Aku pun dok syok tengok kartun ni. Lame tak tengok.

Tengok punye tengok..sekali aku teringat cerita feveret Hani dulu, Snow White.. 24jam tengok cerita ni. Sampai aku ngan Hani pun dah hafal dah lirik lagu-lagu dalam cerita kartun ni.

 

Im Wishing/ One Song …

 

Heigh- Ho…

Tengah-tengah tengok Cinderella, tetibe aku rase yang Snow White lagi cantik dari Cinderella.

imageSnow White

image Cinderella

Aku dok tekun bandingkan sape lagi cantik. Bile tengok lagi, macam Cinderella lagi cantik.. Peninglah kepala pikir sape clagi cantik.

“B, awak rase sape lagi cantik?” “Sayang rase Snow White cantik lagi..” “Eh, macam Cinderella lagi cantik…”

“Ish..ni kartun jelah!”.. Eleh,orang tanye pendapat. Jawab jelah..

Tapi, aku yang aku confirmed, baju Cinderella paling cantik.

Korang rase sape lagi cantik? Snow White ke Cinderella..?

Monday, June 21, 2010

Rumah Baru…Perabot Baru…

 

Sabtu lepas, pergi Ikea. Ermm..cari perabot baru. Tengok je. Haha…tak beli pun. Dok survey dulu. Puas jugak pujuk Mr Aizat pegi sini. Sebab bukan feveret dia kalau buat “Window Shopping” ni. Tapi aku suka…tak dapat beli, tengok dulu pun takpe. Penyakit!

Ingat nak pergi makan kat cafe dia, tapi orang punya ramai…macam pasar malam daa… Huh, makanan dia sedap2 & murah jugak. Memang berbaloi.. Sebab cafe@Ikea ni mengamalkan konsep ‘angkat pinggan selepas makan’. Jadi kos tampung gaji pekerja dapat di kurangkan, sekaligus dapatlah kite harge murah jugak. Tapi ramai yang jenis buat dek jugak. Makan & tinggal…. Ish ish.. Tak sportinglah rakyat Malaysia ni.

hani3“Tangkap gambar Hani Daddy…” 

 

hani1“Tangkap gambar Hani Daddy…” 

 

Setelah puas cuci-cuci mata kat sini.. kiteorang pergi The Curve plak cari tempat makan. Haha… yang penting aku tahu nak beli perabot yang mana. Simple & murah. Tengoklah bulan depan kalau aku berjaya beli. Alangkah seronoknye kalau duit nuff aku cukup untuk beli perabot2 yang aku nampak tu terus. Huh….

Ape-ape pun, aku tak sabar nak pindah rumah baru. Bestnye… Kak Mas, Santulus, Kak Ju & Alice…. We will join d club.

Nak continue packing barang… See u all real soon..!

 

Hey hey.. It’s Saturday!

 

Waa.. seawal pukul 5am aku dah bangun Sabtu lepas. Hey hey… it’s not Saturday today! Monday daa… Back to date ni. Haha..takpelah. aku nak cite jugak. Sabtu tu aku bangun awal sebab Mr Aizat punye kentut pagi tu agak berbau. Pergh..loya tekak aku ni. Terus takleh sambung tidur. Kebetulan perut ni macam tak berapa selesa. Terus bangun buat ape2 yang patut.

Pukul 7am macam tu, aku dah kejut husband aku & d kidz bangun. Sebab dah plan hari ni nak jumpe doktor O&G aku.. untuk buat Paps Smear pukul 9am. Dalam pukul 8.30am kiteorang sume dah sampai depan klinik. Agak awal… klinik pun belum bukak lagi. So we decided to go for breakfast dulu dekat The Chawan.

dchawandchawan1Kakak Hani tidur mase ni.. sebab kena paksa bangun & mandi pagi-pagi.  

Makanan kat sini macam tak berapa sedap.. bolehlah. Nak sedap masak sendirilah. Syok..sebab orang tak ramai lagi time ni. Bajet kalau sarapan kejap masih awal lagi sampai klinik. Ngam2 pukul 9am, kiteorang sampai balik kat klinik tadi. Sekali orang sudah ramai daa.. Aku adalah orang yang kelima. Pukul berapa agaknye orang2 ni sampai?

Agak lama jugaklah aku tunggu..dalam satu jam lebih. Sebab Dr. Kamaljit ni rajin & suka berborak dengan patient dia. Very friendly doctor..

Bile dia check2 record aku dulu… dia tengok Abdul Rahman. Then tetiba menjerit..terkejut aku. “Hey.. dialah yang i scan dulu kan?'” “Unbelievable..so cute of u!'” “Look at u..dah besar.” See..dia punya cakap & soalan sampai kiteorang pun tak sempat jawab. Lama juga kiteorang berborak. Kalau layan lagi.. sure patient kat luar tu, besok baru boleh jumpe.

Kalau u all kaum-kaum wanita & ibu-ibu di luar nak buat pemeriksaan kesihatan, bolahlah cube buat kat sini. Doktor ni pasti check korang sume betul-betul. Takde main tanye-tanye nye.. Dia mesti akan buat pemeriksaan yang teliti sebelum bagi ubat. Nama klinik dia, Women’s Specialist Centre dekat bangsar. Klinik husband dia kat sebelah je.. tapi dia general physician.

Cubelah…

Sunday, June 20, 2010

My Gorgeous Badge from Farah

 

Petang tadi terima reply email dari Ms Farah, kawan seblogger. Sangat terharu tengok badge aku yang sangat cantik. Jangan jelez ya.

 

badge_1-1Badge 1, nice huh..?

badge_2Bagde 2, look same…bezanya pada kedudukan nama blog aku. Gorgeous kan?

Setelah menebalkan muke tanye pasal badge ni kat Farah, akhirnye dapat jugak. Tu pun konon2 malu2 nak mintak.

Mungkin sepanjang malam dia tak tido  buat badge ni. When u get back we should meet up. I belanja u makan ok. Terima kasih banyak2 untuk badge yang cantik ni ye.

Badge ni, telah selamat di tempek di sebelah kiri sidebar aku ni. Awesome kan?

Thanks again, Farah.

Wednesday, June 16, 2010

Entah ape-ape je..

 

Entah ape- ape je.. ini pun nak update. Ni kalau abang ipar aku bace, sure dia geleng2 kepale. Haha… jelezlah tu.

Anak aku Hani & Abdul Rahman demam lagi.. Dari hari Sabtu lepas, dok sihat kejap & datang lagi demam tu. Mungkin sebab selesema & batuk yang tak berkurangan yang menyebabkan dorang ni tak baik-baik. Kalau sampai semiggu macam ni, kena jumpe doctor lagi jawabnye.

hanihani Sabtu lepas, mase jumpe Dr Din..  main tetap di hati.

  abdrahman Abdul Rahman.. demam, tapi masih aktif bermain

Sehingga akhir bulan ni, mungkin aku bz dengan anak-anak yang dok demam ni. Padahal anak dua je. Tapi sebab dorang ni dok pas-pas demam anatara satu sama lain tu yang tak larat.

Akhir bulan ni. kiteorang akan ke rumah baru. Yahoo..! Dekat dengan umah adik beradik aku. Satu kawasan perumahan, cuma berlainan blok je. Sekarang tengah sibuk packing barang2 masuk dalam kotak. Volunteer di alu-alukan…

Kepada para pengunjung2 yang setia dan di hormati, harap maap ye.. atas entri2 aku yang bakal tak di update selama beberape minggu. Harap maklum jugak kepada pelawat2 blog ini, kerana tidak dapat menjejaki anda semula dalam beberapa minggu ini. Kalau dah boring dok bace entri ni berhari-hari… silalah semak & baca arhive ku yang lama2.

Terima kasih.

Sunday, June 13, 2010

Apa itu Suri Rumah?

 

Bile aku dah tak kerja ni, aktiviti seharian hanyalah di rumah. Makanya hari-hari pun buat bende yang sama. Selain aku keluar pergi berjalan-jalan atau bershopping dengan adik beradik aku di siang hari, atau mungkin selain dari aktiviti menjelajah & melawat rumah-rumah adik-beradik aku yang juga suri rumah sepenuh masa.. Seperti Alice, Giema & Santulus.

Pernah jugak aku berangan nak buat biz secara online seperti INI.

Ini adalah aktiviti suri rumah yang mempunyai anak-anak yang masih kecik dah tidak bersekolah..

Basuh kain:

Kain & pakaian untuk solat harus di asingkan dari pakaian yang lain. Hah.. yang ni nenek aku belah bapak aku yang ajar. I love u nenek! Muahhhh……

Baju kerja, baju baby, seluar & baju harus di asingkan. Contohnya, kalau basuh seluar ..seluar je. Baju..baju je. Senang kata..pakaian atas & bawah badan mesti di asingkan. Untuk kebersihan yang maksimum. Pernah jugak, sekali tu aku malas, campurkan je seluar keje husband aku dengan baju2 yang di pakai kat umah.. lepas tu tersa macam ade kegatalan di badan. Haha..tak tahulah sama ada atas faktor kebersihan atau psikologi aku semata-mata… tapi sampai sekarang aku masih amalkan cara ini.

Sebelum membasuh kain, aku akan pastikan anak2 aku mandi terlebih dahulu. Sebab baju yang malam tadi dorang pakai tu aku bleh terus basuh.. Pagi jelah. Time petang xdelah aku membasuh jugak. Tersangat lah rajin & membazir api dan air namanye tu.

Basuh pinggan:

Sinki umah aku ade dua. Satu sinki untuk basuh cawan-cawan + botol susu budak-budak. Satu lagi untuk pinggan mangkuk & periuk belanga. (macam ade je belanga kat umah aku). Selalunye aku akan mule dengan basuh pinggan mangkuk & clearkan bahagian dapur masak. Sebab part ni paling kotor dan berminyak aku rase. Kemudian baru aku basuh tangan bersih2 dengan dettol dan seterusnya bersihkan bahagian cawan-cawan & botol-botol susu budak2. Sebab lepas tu tangan aku takdelah minyak sangat dan tak perlu basuh tangan lagi.

Secara kebiasaannya, aku sambil masak dan akan terus basuh pinggan & peralatan masak yang aku telah gunakan. Senang.. Sinki bersih..masak pun siap..

Memasak:

Aku suka kupas bawang merah & bawang putih siap2. Pastu masuk kan dalam bekas tertutup sebelum di masukkan dalam fridge. Kalau tak berbaulah fridge aku jawabnye.. Aku tak suke blend terus bawang2 tersebut. Rasenye macam kurang same. So aku biarkan bawang2 tu seketul2 kat dalam bekas. Seterusnye sebelum aku menyiapkan bahan untuk di masak, aku pastikan nasi di masak terlebih dahulu. Just nice je, bile lauk dah siap masak..nasi pun siap masak jugak. Boleh terus sental…

Mengemas rumah:

Harus pandai membahagikan masa antara tugas2 yang nak di buat. Ni pun aku belajar dari nenek aku mase duduk kat kampung dulu. Darjah 6 pun dah pandai buat kerja-kerja rumah tau. Cube bace SINI. Contoh..sekiranya dalam mase yang sama, hari tu kebetulan nak basuh kain + basuh pinggan & kemas umah Selalunye aku akan asingkan baju , kemudian masukkan dalam washing macine. Settle! In between nak tunggu kain habis basuh, aku akan basuh pinggan & kemas rumah. Selalunye lepas aku kemas2 rumah, kain yang aku basuh tadi dah siap untuk  di sidai… Kadang kalau lambat pun, sempat jugak aku main internet. Hahaha…

Aku akan kemas rumah dahulu, kemudian barulah aku vacuum atau menyapu & mengemop lantai. Selalunye ini adelah part yang terakhir dalam aktiviti seharian aku di rumah.

Lipat Kain:

Seeloknye selepas angkat kain tu, terus di lipat. Jangan di kumpul sehinga trip yang seterudnye, Kerana anda telah mengumpul tahap kemalasan anda bersama. Aku selalu jadi macam ni. Kadang2 penuh satu bakul.. lepas tu akan jadi berbakul-bakul… Huh, time ni lah memang terasa malas gile nak melipat kain. Yang seksanya bile time nak cari baju. Mulelah memaki-maki… I hate this job!

Bile semua dah settle:

Bile semua dah siap..barulah aku ade mase nak update blog ke.. Tengok FB aku ke.. Check email.. & IM dengan husband dan kawan… bergosip secara maya namanye..

Kerja-kerja dalam turutan teratur.

Bangun tidur > Kemas tempat tidur > Lepak-lepak jap > Mandikan budak-budak > Basuh Kain (rumah masih bersepah ye masa ni) > Masak + basuh pinggan > Kemas rumah > Sidai kain > Suap budak-budak makan > Vacuum atau sapu > Mop lantai (ni bile budak-budak dah tido) > Rest & Relax > Internet time..!

Sekian saja coretan untuk hari ini.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Abnaz & Zaiton

Testing..testing..ehemm..ehemm. Sakit tekak & suara xde sejak Jumaat lepas. Maka sebab itulah dah lama tak update blog (padahal menaip pakai jari je…). Dengan kuih tart & air milo panas di depan PC ni, ku gagahkan jugak diri mengupdate blog yang lame bersarang.

Nak di pendekkan cerita, hari Ahad yang lepas (5hb Jun 2010), sepupu sebelah ayah aku, Cik Zaiton atau lebih di kenali sebagai Along Jai telah selamat di ijabkabulkan di rumahnya.

050620101275Majlis Akad Nikah Abnaz & Zaiton…

 

Majlis persandingan pada 6hb Jun 2010 Di Kota Tinggi, Johor..

Persandingan pihak lelaki akan di adakan pada 12hn Jun ni d Gombak plak.. kalau aku pergi bleh ar upload gambar lagi. Hahaha…

32129_1304844108558_1454181042_30704086_2281630_n

Family sebelah ayah aku..+ cucu & cicit… Haha, ni baru separuh je.

p/s:perenggan ini telah di edit>>>Hehe..ampun tuan punye gambar..gambar ni aku ambik dari fb pakcik aku, Cik Am. Waaa..luoe nak meng kreditkan name dia. Dah amek buat dek plak ek. hehe…

040620101270 040620101271 040620101273 Malam rewang…

Kiteorang hari Jumaat petang dah sampai Kota Tinggi. Haha..konon2 nak gerak pagi-pagi lepas Subuh, kemas ini itu..Abdul Rahman boleh plak bantai muntah kat dalam kereta, nak taknak kena patah balik rumah mandi & salin-salin baju. Lepas kerja-kerja pembersihan diri & kereta selesai di jalankan, dalam kul 8.30am baru gerak..

Berhenti makan kat Pagoh, tak boleh tahan..lapar sangat. Niat kitreorang nak makan kat umah Mak Andak je. Macam terbau asam pedas. Huuhu..memang betul ade asam pedas. Erk sedapnye…

Siang tu Hani sibuk rewang telur masin dengan makcik-makcik kat taman perumahan Mak Andak.. Kira penghibur team telur petang tu. Daddy Hani jakun naik lori hujan-hujan… Abdul Rahman buat huru hara kat team Wajik & Bunga Telur… Aku buat dek! Haha..takdelah lepas berjaya menidurkan Abdul Rahman, aku tolonglah sikit-sikit..

Malam tu. kiteorang beramai-ramai tidur di rumah Mak Andak. Tapi keesokan harinye, disebabkan orang ramai.. Hani pun dah buat ragam. Kiteorang tidur hotel.. Bilik free punye. Thanksss…

060620101276 060620101277 Katil yang telah berjaya di transformkan menjadi Super-super King!

 

 060620101299 i am not a chef with Suraya..

Aku, Alice & Abishek, Santulus & My Father!

Aku & Suraya ( adik bongsu aku)

My Family

Me & Abdul Rahman..

060620101287  Hani Marissa…d Kumbangan!

Petang sampai ke malam Mr Aizat rewang.. aku xdelah rewang sangat. Tolong tengok je. Konon2 nak gerak malam, tapi sebab dah kepenatan, dalam kul 3am esoknye baru bertolak. Sedang orang lain sedang nyenyak tidur… Kalau tak hari Isnin tu Aizat cuti, tapi  di sebabkan cutinye di tolak.. te rpaksa jugak gerak pagi2 buta.

Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Zaiton & Abnaz.. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amin…

Selamat Tinggal Kota Tinggi! Semoga ketemu lagi…

Baby Amirul…

Gile lame aku janji nak cite pasal baby ni. Haha…Amirul, ni Cik Yus dah buat entry khas untuk awak…

Rasenye 2 minggu yang lepas kot, gi tengok Amirul yang cute & montel ini. Huhu..bertambah lagi anak sedara aku..

 amirul 1amirul2 Amirul..!

baby1 Abishek & Amirul nak dekat sama saiz.. Beza dalam 2 bulan.

amirul & ayahSame tak muke Amirul dengan Ayah dia…

santulus santulus2 Style ka..?

Haha..mase aku , Alice & Kakak aku Uji ni gi gerai kuih kat area umah mak aku ni, kakak yang meniaga kuih tu tanye dia.. “Yang dua orang tadi tu kakak ke..?”

Dia punye suka hati…tak terhingga. Tu yang tak sabar-sabar suh aku buat entry pasal ni. Yelah pergi beli kuih vogue gile dengan make up..aku sekeh lehee je. Nasib baik dia ingat kakak je..bukan bibik… Lagi sadis!

Lepas tu Abang aku, ayah kepada Amirul ni ajak beli laksa. Sedap gile ye PLUS pekat and pedas… rugi beli kat kakak yang cakap aku kakak kepada Santulus tadi. Cair.. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi kat Ukay Perdana lah.. Memang sedap!

bdkbdk2Aktiviti tambahan anak-anak..Bongkar dan menang!

  bdk3bdk4Abdul Rahman & Dameer cari port best untuk main + makan…

  bdk5“Hani..What r u doing here..?”

bdk6Hani konon-konon tak nak tangkap gambar..tapi lepas tu, “Tengok gambar Hani ma..”

 bdk7 Hani bersama Irfan & Akmal (abang2 Amirul)

Ok setel.. Balik tu Hani & Abdul Rahman tidur awal. Keletihan… ZzzZzzzz……………..

Wednesday, June 9, 2010

AWARD SANDWICH SELIPAR JEPUN!

Hehe..dapat award sandwich selipar jepun. Macam-macam… Ibu Aqil, selipar jepun ni dah pakai pergi jamban belum? Ada bau sikit ni…
sandwich selipar Haha..ni lah award dia. ( Aku kasik large sikit picture ni..kasik clear)

Terima kasih banyak2 ye Ibu Aqil
Award ni akan ku berikan kepada penggemar2 selipar jepun… Sesiapun yang nak ambik, silakan…

Special Entry for Mohd Aidil Azwan

Haha..ni aku nak buat entry pasal mandikan budak-budak… Khas utuk Abang Wan! Ceritanye begini, beberapa minggu yang lepas semasa acara memandikan Hani & Abdul Rahman di rumah mak mentua aku, Pn Azian..yakni mak kepada Mr Aizat & Mr Mohd Aidil Azwan ni. Tetiba abang ipar aku ni berkata-kata…

Abang Wan: Yus..taknak buat tangkap gambar, upload kat blog. Haha…(perli akulah tu…)

Saya: Melampau ar..kalau mandi pun nak publishkan.

Abang Wan: Manalah tahu…. Haha.. ( seronok eh gelakkan aku…takpe..takpe…)

020620101266 020620101269 020620101268 020620101264 Abdul Rahman & Dameer

Haha…mesti kali ni, dia gelak tak habis tengok aku upload gambar ni. Yang sebenarnye ade banyak cerita nak stori. tapi tak cukup mase nak buat editing. Sorilah..dah lame tak update blog.. Terutamanye kepada IZ, siap jerit kat shout box aku suh update. Mentang-mentanglah dia dah update banyak cerita kat blog dia.

Friday, June 4, 2010

Nama2 Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

 

image

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku nak berkongsi nama2 syaitan yang terdapat dalam surah al-fatihah. Info ni aku dapat dari blog Mijie Semasa berjalan2 kat blog dia..aku ternampak pasal entry ni


Semoga dapat di manfaatkan informasi ini bersama agar dapat perbaiki lagi bacaan kite mengikut tajwid yang betul. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut-nyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! Subhanallah…
7 SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ........ Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian:-
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 m'perbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah
pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah... tapi utk membaca alQuran seluruhnya.
wassalam.

Monday, May 31, 2010

Konvokesyen Nory Suraya

Haha,,adik aku akhirnye konvo jugak. Nanti kalau amek degree buat kat oversea lah..sejuk sikit. Panas cuaca kat Shah Alam hari tu. Nak masuk dewan, tak boleh plak..kena ade pass la bagai. Kalau tahu, agak2 ko nak habis upacara konvo tu baru datang. Penat tunggu kat luar..

 

Macam biasa, walau pun penat semalam, pergi Digi party pun tak habis..sentiasa girang & seronok kalau dapat jalan2. Mata dah lebam ye..

 

Bile dah penat berdiri, cari port untuk duduk..tepi longkang pun jadilah..

 

Port kedua..lonkang tadi macam ade bau.

DSC_0250 DSC_0254

“Kopi hani satu ma…’.

DSC_0247 DSC_0242

Hani dah mula fed up menungu..'”Nak umah Hani ma..”. Abdul Rahman plak cube bace signboard macam mane nak balik umah dia…

DSC_0267 DSC_0268

Seronok Daddy & Abdul Rahman main panas… Ni mesti kes kecik2 tak puas main panas.

  

Setelas berbalas-balas sms dengan si penerima scroll ini, akhirnye dia akur untuk keluar dewan. Nak tunggu sampai habis tak laratlah..Panas giler kat luar dewan ni… kat belakang kitaorang ni, Pak Guard tengah tengok2.

Time aku dulu, lepas je amek scroll..terus balik. Penatlah nak tunggu sampai habis. Ruginye ialah tak dapat tangkap gambar ngan kawan2lah.

 

Ko main tipulah Aya..pakai heel tinggi sgt! Dahlah Yus pendek..makin pendek plak tengok. Ape2 pun, tahniah di ucapkan. Semoga mndapat perkejaan yang best lepas ni. Boleh belanja Hani & Abdul Rahman beli toys.

nuffnang ads