nuffnang ads

Saturday, June 18, 2011

Best Ke?

 

Mase aku dgn Aizat balik dari wedding Iz, terserempak dengan pemandu Kelisa ni bawak kete dia macam ni. Seat dia betul2 rapat ke depan. Best ke bawak kete macam ni? Agak berbahaya tau..

04062011378

Cube korang bayangkan kalau dia nak buat U-turn, kan susah tu…

Mengikut fakta dari Mr. Aizat,pergelangan tangan mesti betul2 atas stering kete bile kite luruskan tangan, untuk pemanduan yang lebih selesa & selamat.

*Sumber gambar dari Mr. Aizat,yang terkenal dengan semangat reporternya.

Friday, June 17, 2011

Kuantan + Beserah + Balok = Jalan-Jalan

 

Mengambil kesempatan selepas wedding Iz, kiteorang buat agenda jalan2 cari makan.

 

04062011385Warung Calong yang pertama

Agenda pertama ialah mencari mee calong dekat area Beserah. Padahal baru je balik kenduri, perut masih lapar lagi. Lokasi pertama gerai mee calong telah di perkenalkan oleh kawan kakak aku. Lokasi: Beserah,tepi jalan sebelah petronas.

Malam, aktiviti bebas… semua dengan aktiviti masing2. Kakak aku, Uji kebetulan ade reunion sekolah dia malam tu, Mak aku keluar pergi East Cost Mall bawak Danish (Anak Kakak aku, Uji) & Hani. Jadi, ingatkan malam tu nak berehat-rehat di dalam bilik je, tetibe ade plak yg dtg ketuk pintu ajak keluar. Lupe plak ade lagi satu group tak keluar mane2 lagi. Kakak aku yang sulong, Kak Mas ajak keluar jalan2 pergi Teluk Cempedak. Ermm..

05062011399

05062011394 Warong Calong Kedua

Keesokannya sebelum balik KL, agenda memakan mee calong di teruskan lagi, di sebabkan gerai semalam tak berape nak sedap sangat. Ketua rombongan kami iaitu Cik Siti Norihan (Kak Mas), ingin membawa kami kat tempat feveret dia dolu-dolu… Ermm, lokasi agak terpencil di dalam perkampungan Beserah.  Makanan and minuman disediakan ala-ala kampung gitu. Suasana pun agak tenang.. Oklah, mee calong dia lagi best dari yang sebelum ni.

Eh, nak bagitahu… kiteorang jumpe kuih bingka bakar sedap dekat Pasaraya Jalan Kubang Buaya, depan restoran Satay Zul. Perghh..maveles!

05062011395Hani & Abdul Rahman tak berapa nak suka mee calong. Layan aiskrem lagi best!

Beli belah di kedai ikan masin & keropok

Lepas makan, sume pakat nak beli belah dekat kedai ikan  masin. Hrmm..aku beli ikan bilis je. Sebab selalu kalau beli ikan masin ke..keropok ke…, tak masak pun. Hehehe…

Next agenda, ke Pantai Balok. Sebab nak balik KL terus, rase macam awal lagi.

    05062011419

05062011413                Ingat nak duduk lepak ambik angin & bagi bdk2 main pasir je…

0506201144305062011424Ermm..mandi jugak akhirnye.

Dah penat-penat layan budak2 mandi, sebelum balik… kiteorg singgah makan keropok lekor & kopi ais... Lepas tu singgah lagi kat Kuantan beli bihun plak. Dalam pukul 5 camtu baru keluar highway.

Jalan pergh..jam giler! Dari Lancang sampai Tol Gombak woi.. Sampai KL, mandi terus tidur. Takde mase nak bual2 lagi…

Baru betul Jalan-jalan cari pasal….

Thursday, June 16, 2011

My Best Friend’s Wedding.

 

Jun 2011, Aku dan keluarga telah pergi ke Kuantan untuk majlis pernikahan Iz Yahya & Syaiful di Masjid Besar Kuantan, Pahang. Iz ni dah macam sebahagian dari family aku, family dia pun dah aku anggap macam family aku sendiri jugak.

Time same2 belajar dengan Iz, Jojet,& dura dulu, kiteorang ade buat betting sape yang kawen dulu. Betting pertama memang mengenalah, sebab memang aku yang kawen dulu. Yang kedua, seingat aku..kiteorg bet si Jojet yang akan kawen.. Rupenye Iz dulu yang menyusul. So sekarang tinggal Jojet & Dura je. Siapa dulu ek?

 5 Jun 2011,Majlis Persandingan Iz Yahya & Syaiful

 Kawan-kawan lain yang turut hadir. Jojet, Dura & Anis (Sumber: Album FB Anis)

253549_207256365978420_100000821752089_498169_2760078_n Kakak-kakak ku pun pegi jugak…

 Mak saye jugak….

Ape2 pun,tahniah Puan Iz & Encik Syaiful. Semoga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin….

nuffnang ads