nuffnang ads

Saturday, December 24, 2011

Assalamualaikum…

 

Kebiasaannya, orang yang ala-ala Pro..akan cakap ‘Eh, rumah ko ni PANASLAH… aku rase semacam.’ Mane tak panas..ko masuk rumah pun tak bagi salam. Macam Mat Saleh. Yo yo…! Hello! Anybody Home?. Pastu ketuk rumah orang sampai nak pecah, macam orang mintak hutang.

Kalau korang nak tahu, bagi salam tu bagus.. Assalamualaikum tu maknanye ‘Sejahteralah ke atas mu’. Semekom? ‘Semekom..Semekom.. Cik Senah ade?’ Kalau orang bagi salam macam tu, korang jawab ‘Semekom to u too..’ Hahahahahaha…  Semekom tu maknenye, Celakalah kamu…

Kalau korang nak tahu, atas tiang pintu masuk rumah kita, Setan Dasim menetap kat atas tu. Keje dia memang tunggu orang masuk tak bagi salam, sebab dia boleh join sekali masuk umah. Pastu hasut semua orang2 kat dalam rumah tu. Lepas sorang..sorang dok marah2,tengking2, jerit2.

Contohnya, husband bila balik keje, masuk-masuk rumah je terus mintak air.

Bapak: Sayang..abang dah balik. Buatkan air. Ape ni rumah bersepah. Panas!

Mak: Haih..balik-balik mintak air. Bukannya nak bagi salam ke ape.

Masa wife tengah marah2 buat air, datang plak anak dia nak mintak susu.

Abang: Mak, buatkan saya susu.

Mak: Ahh..ko ni. Asal aku kat dapur je ko nak susu, asal ko nak susu je mesti aku kat dapur. Mintak bapak ko sana.

Anak tu pun berlari masuk ke bilik sambil menangis. Dalam bilik, adik dia mintak tolong pasangkan tv.

Adik: Abang..tolong on kan TV.

Abang: Ahh..ko buatlah sendiri. (sambil menolak adiknya)

Adiknya menangis ke depan sambil menyepak kucing kesayangan dia. So, macam tulah contohnya..bende tu berpusing, sehingga membuatkan suasana dalam rumah tu menjadi tegang. Eceh..macam ustazah tak?

Walwahualam…

Wednesday, November 16, 2011

Kid’s World

 

Hi.. Jumpe lagi. Terasa cukup berbangga sebab dapat meng’update lagi blog aku yang lame bersawang ni. Ni kes sebab aku tak dapat nak lelapkan mata, disebabkan terlalu sakit kaki. Dia punye denyut satu macam.. nak mintak orang picit semua dah tidur.

Semalam, konon2 nak pergi lepak umah kakak aku kat Taman Desa. Sampai-sampai je sana, tengok dia anak beranak tengah siap-siap kat luar rumah nak pergi Kids World @ The Gardens Mall. Alamak..! Takkan aku nak patah balik Puchong. Dahlah hujan lebat, ingatkan dapatlah layan milo panas ke ape.. Kepala sudah bingunglah, for sure adik aku  Alice pun ikut ni. Nak tak nak aku pun terpaksa ikutlah.

So, dari selekeh lehehh, terus transform jadi Sexy lehehh. Hehe..xdelah. Bertukar seperti seharusnyelah untuk berjalan-jalan :) Sebenarnye aku & Alice mase tu seperti 2 orang bibik tanpa izin yang menemani dan menjaga anak-anak majikannye (Pn. Santulus). Sob..sob.. sebab dia je yang make up :(

151120111775 Di Kaunter Pendaftaran

151120111764 151120111768 151120111770151120111769  Aksi-aksi sebelum masuk Kids World

Aksi Abdul Rahman tadak dapat di rakam, di sebabkan dia dok terjentat-jentat ke sana kesini… Ntah ape2 je yang di buat. Dah macam kelibat dah gaye dia. Mase makan kat foodcourt pun macam tu. Pastu nak duduk meja lain, konon2 datang single lah tu. Ceh.. Paling tak tahan, dia dok sibuk nak beramah mesra dgn org yang makan kat situ dari meja ke meja, macam wakil rakyat melawat kawasan. Hrmm…

151120111779 151120111780  151120111788   Seronoknye…

151120111798151120111800  151120111799151120111794

Gambar-gambar bibik tidak dapat di rakam, oleh kerana terlalu bibik penampilannye. Walaupun di dalam hati terkinja-kinja ingin gambarnye di ambil.

151120111801  Abdul Faris sampai tertido keletihan

151120111815  “Zara..bangun. Sayang ni kalau tido lame-lame, jom main lagi”

 151120111806  151120111809 151120111814  Senyum sampai nampak gusi daaa…

Balik rumah, ingatkan dah penat, tapi masih ade banyak lagi tenaga dorang ni, Sambung main toys plak sampai tengah malam. Huh….

Oh ye, for more info mengenai Kids Worlds sila click SINI

p/s: Full sponsored by Santulus. Hehe.. kalau pinjam, aku rase dalam RM100 lebih jugak aku kena bayar balik ni. Thanks ye. Muaahh…

Baik Baik Sayang…

 

Haha… Abdul Rahman oh Abdul Rahman. Aku selalu ejek dia Sudin,sebab dia suka buat orang gelak. Sekarang (2.00AM) aku tengah update blog pun dia masih sibuk main.. Semua dah surrender kepenatan, main sakan dekat Kids World @The Gardens Mall.

Selalu kalau aku drive dengan bdk2 ni, dialah yang jadi radio. Sebab kebetulan memang radio kereta rosak. Macam2 lagulah keluar,dari nursery rhymes songs, R&B, lagu ABC pun jadi..

Ni lagu feveret dia selain lagu Justin Bieber (Baby), Waliband (Cari Jodoh), & lagu2 hasil dari pengaruh Kakak Hani dia seperti I’m Wishing (Snow White), Katty Perry (Hot N Cool), Aqua (Barbie Girl)….

Lagu Tamil pun dia layan tau… lagu dari filem Chandramukhi (Raa Raa..). Pergh, hampir hafal lirik lagu tu.

Cube korang layan lagu ni. Hehehe…

Tuesday, November 15, 2011

Abdul Faris: My New Hairstyle..

 

Yo..yo.. Jumpe lagi. Jumaat lepas bawak Abdul Faris pegi gunting rambut dekat Salon. Kena RM12.00, untuk trim sket je bagi kemas. On d way balik umah tu, rase macam tak kemas plak dorang buat.

Last-last bawak pergi barber je, RM10.00 kasik gunting pendek terus. Peace!

Sebelum..

 051120111686 051120111688

Selepas..

081120111756 081120111751 081120111739 081120111732

     081120111745 081120111746081120111722

Monday, November 14, 2011

Sunday, October 16, 2011

Suri Rumah Sepenuh Masa Sekali Lagi…

 

Haha… tak sampai 3 bulan keje, sekali lagi aku meng‘Apply’kan diri untuk mengisi jawatan kosong sebagai suri rumah sepenuh masa.

 

wish u all the best of luck in the future.

 

Alasannya ialah kekerapan anak2 aku demam. Setiap bulan wajib demam. Bulan ni paling hebat, sekali tiga orang demam serentak. Last month Abdul Faris sampai kena masuk hospital seminggu. Demam panas seminggu tak turun2.

 240920111384 240920111380 230920111375240920111377  180920111354230920111368 

 

Bermula minggu depan, aku kena report dekat big boss Mr. Aizat. Ermm.. Nak masak ape ni?

250920111404250920111407  250920111401 250920111400 250920111399

Ok.. anak-anak, jom mandi.

Wednesday, July 27, 2011

Otak Anugerah Terhebat Dari Tuhan.

 

Sedang aku dok runsing pikir pasal susu ape yang terbaik aku nak bagi dekat Faris, sampai jammed otak aku ni macam nak pitam (over kan?). Tetibe dapat idea yang bernas lagi geliga (dalam serabut2 kepala otak,masih mampu berfikir secara rasional). Alhamdulillah…

Kenapalah dok serabutkan bende2 yang sepatutnye tak perlu di pening2kan pun. Susu aku ade,bukannye xde. Masalahnye cume tak berape nak banyak untuk di simpan sebagai stok mase Abdul Faris kat taska nanti. Daripada aku dok beli susu macam2 brand nak sesuaikan dengan Faris, lebih baik aku beli susu aku & makanan2 yang boleh banyakkan susu aku sendiri. Dahlah susu bayi bukan murah2 beb, satu tin kecik pun RM50-RM60 paling murah. Kalau dia minum,xdelah terasa sangat. Ni dia muntahkan balik,pastu naik ruam,pastu amukan…last2 aku yang penat.

Petang tadi sementara aku tunggu Aizat balik, kononnye nak bawak Faris pergi paed mintak nasihatlah. Dok aku berkira-kira antara nak jumpe doktor atau terus je beli susu lain, tetibe dapat ilham. Macam ni lah lebih kurang dialog yang bermain dalam otak aku ni:

“Consultation Fee je dah RM300, buatnye dia nampak ruam kat leher Faris, nak bayar untuk ubat cream lagi, pastu nanti dia syorkan susu… nak beli susu lagi. Buatnye susu yang dia syorkan tu pun tak ok. Arghhhh… Kesian Faris, dah macam bahan uji kaji plak“

“Ehh..kenape aku tak search kat internet macam mane nak produce banyak susu. Aku dok cari susu formula je.. pasal soya lah. Haishh..”

Banyak info dan petua aku dapat dari sini, http://syamilamohd.com/2010/08/petua-banyakkan-susu-ibu & http://honeysour00.blogspot.com/2010/05/petua-tambah-susu-badan.html

Kite kena prepare dari segi rohani, psykologi, pemakanan, cara minum, supplement, urutan, kerap menyusu bayi &  kalau pam biar sampai kosong. Sebab dalam pemahaman aku, dia  mcam machine yang dah siap setting (aku download setting ni lepas bersalin dulu). Bila susu habis,setting dia,kena tambah… habis tambah… gitulah

Makanya, hati aku terasa lega sedikit. Berpandukan info yang aku dapat, aku cube buat pemerahan, walaupun macam xde ape pun. First aku minum susu panas, legakan fikiran..fikir yang elok2, tgk gambar Faris. Kemudian mula… Betul! Menjadi! Mule2 memang tak keluar ape. Lepas dalam 5minit macam tu, banyak sekali, mencurah2. Penuhlah satu botol 5oz (tadi xde langsung ye)

Semangat nak mengepam susu tengah berkobar-kobar. Kalau misi ini berjaya, plan seterusnya nak beli electronic breast pumplah bile dapat gaji pertama nanti. Lagipun sekarang Faris dah 5 bulan, 15hb August depan dia dah 6 bulan. Dah boleh sulam2 dengan nestum & makanan. So tak banyak sangat minum susu pun lepas tu. Sempatlah nak mengumpulkan susu sebanyak mungkin. Kalau dia dah setahun, barulah aku fikirkan nak tukar susu plak.

Secara rasminya, saya membatalkan misi yang sebelum ini. Tak perlu susu formula mu. Moooooo….

Misi Gagal…

 

Misi aku untuk bagi Abdul Faris susu formula gagal teruk! Waahh… tension. Dia seolah-olah boleh bau badan lembu dalam susu formula tu. Baru nak sumbat puting botol kat dalam mulut dia, terus dia menangis sakan. Aku tukar susu perahan..ok je,minum sampai habis. Ye.. anda sangat bijak Muhammad Abdul Faris.

Pening kepala aku ni. Bulan depan dah nak mula keje. Kalau nak perah susu, memang tak cukup. Setakat perah cukup2 utk hari tu je oklah, kalau nak simpan buat stok untuk esok-esoknye memang tak dapat. Lagi2 bulan puasa nanti. Hermm…..

Terlintas juga nak bagi susu soya. Tapi bila aku dengar banyak keburukannya dari kebaikan terus tak jadi nak bagi. Contohnye, kulit baby sangat sensitif, berat bayi mendadak naik dan paling tak best ialah boleh menyebabkan risiko kanser dan melemahkan otot serta tulang. Berhari-hari aku buat research pasal soya ni.

Di bawah ni adalah salah satu artikel menarik yang aku jumpe mase buat research kat internet:-

DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
■Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
■Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
■Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

Tetapi… Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan kerana telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Di fahamkan bahawa soya tak elok dimakan secara fresh atau mentah. Orang2 jawa di luar sana tak perlu risau ye, tempe masih selamat dan sihat di makan.

Masuk hari ni, lebih 5  brand susu aku dah cube. Semua tak ngam dengan dia. Makanya, petang ni, aku nak gi bawak dia jumpe Paed kakak & abang dia. Mungkin boleh membantu aku menjayakan misi yang hampir gagal ni. Amin…

* kalaulah xde cara lain selain bagi breast milk, terpaksalah aku duduk di rumah & jual ice cream seposen cum full Time Bibik..

Saturday, July 23, 2011

Misi Pertama Berjaya!

 

Wah..wah.. misi apakah yang berjaya tu. Misi aku untuk membotol susu’kan Abdul Faris akhirnya berjaya, setelah berbagai cara aku buat. Hasil selidik,rujukan dari beberapa pihak, kesabaran dan ketabahan akhirnya membuahkan hasil. Fuhh..leganya.

Sejak beberapa bulan lepas aku dok terpikir macam mana nak start bagi Abdul Faris susu botol. Sebabnye dia mengamuk sakan setiap kali aku bagi dia susu botol. Penat dok flashback macam mane aku start bagi botol dekat Hani & Abdul Rahman. Tapi tak juga ingat2..

First day,hari paling sedih..penat.. & huru hara. Sebabnya,dari pagi sampai petang, Abdul Faris nangis tak nak minum dalam botol susu. Dalam pkl 6 petang dia tertido, 6.30 ptg dia bangun, terus minum susu botol sampai habis (4oz). Haus & Lapar betul. Kesian dia.. Ikutkan hati,mase dia ngamuk2 & nangis2 tu,nak je bagi susu aku (tak sampai hati kot,sob..sob..). Lepas tu dia bantai 15 Oz sampai malam. Terus tidur

05052011216Alaa.. muke sedih sangat.

Tapi bile pikir2 balik,kalau aku give up..nanti kena start lagi sekali, dan ini boleh membuatkan dia mengamuk untuk setiap bulan. So biarlah dia ngamuk untuk hari ni je. Sebab ni kira dah cubaan yang ketiga (kiranya ni kali ketiga dia mengamuk, sbb misi2 sebelum ni gagal). Penat.. sebab kena dukung dia untuk sehari suntuk. Dahlah..badan dia tidak kurang gagahnya & semangat sekali. Huru hara.. disebabkan kakak dan abang Abdul Faris yang tak reti duduk diam & seronok membuat hingar bingar di dalam rumah. Perghhh.. rase macam kecik besar je dorang ni mase tu.

Second day, Abdul Faris sudah mule selesa minum susu dalam botol. Kelegaan terpancar sudah.. Tapi kali ni, Hani & Abdul Rahman pulak macam test2 aku. Kali ni macam dah kecik sangat dah aku nampak dorang ni. Abuuukit.. sekali aku bagi kat tangan Hani, sebab berak bersepah. (sekali je ye..bukannye niat nak dera pung..) Abdul Rahman dok bongkarkan cd-cd & album-album gambar (ni memang feveret aktiviti dia). Tu xpe..kemas sekjap je.

10052011261Merajuk.. :(

a41a5b30a77d28b399109fa1f5b7b329Noty boy!

Third day, keadaan kembali terkawal dan kembali seperti biasa. Alhamdullilah..

22052011738 20042011409

Next, aku nak try bagi susu formula plak, sebab dia dah boleh menerima botol susu seadanya. Tengah mencari susu formula yang ok dengan Abdul Faris. Enfapro, S26, Nan HA sume dah.. Tapi sume tak sesuai. S26 paling teruk alergik dia sampai merah satu badan.

Misi seterusnya…

nuffnang ads