nuffnang ads

Friday, May 6, 2011

Annyeong Haseyo!

 


An nyeong ha siut seum ni ka?  Orenmanida…

Waa… tetibe plak kan. Haha, ni gara-gara tengok “Love You Thousand Time”. Drama Korea yang tengah di tayangkan sekarang dekat One TV Asia @ Astro. Aku pun tak tahu macam mane bleh terjebak. Mungkin sejak dah tak keje ni, rajinlah mengadap TV. Hangukmal hal jul ani?

LovingYouAThousandTimes


Aku ingat dulu, kalau time pegi umah mentua aku, adik2 ipar aku dok rajin tengok cerita Korea. Puaslah dalam hati dok cakap, apelah yang dorang minat sangat tengok channel ni. Gelak-gelak lagi.. Kelakar ke? Huh..xde maselah nak tgk ni sume…

Satu hari,lepas aku dah tak bekerja & dah banyak mase kat umah, aku pun cube2 lah nak tengok ape yang dorang dok gelakkan. Sebab dah boring tengok drama Indonesia, asyik2 hilang anak je… Drama Melayu plak tak habis2 pasal rebut harta.. Secara tak sengaja aku tertengok drama korea ni. Best jugak… last2 terlekat. Sampailah sekarang. So, insyaallah… lepas ni aku fasih berbahasa Korea.

Waktu tayangan dia, pukul 5.15pm setiap hari Isnin hingga Jumaat. Siaran ulangan pukul 11.40 mlm… atau kalau tak sempat nak tengok malam tu, pagi besok pukul 10.50am macam tu boleh tengok. Cheogeo jeseyo!  Dan pastikan korang ade astro Beyond… (macamlah astro bagi komisen plak ek, promote suh tukar astro beyond)

Kalau nak gelak2 sampai kuar2 air mate. Korang tengok variety show “Running Man”.. Cubelah,memang kelakar.

1432d4134cff6b372cf337

Dulu time belajar, teringat aku ngan kengkawan rajin tgk cite Jepun. Sampai sanggup ponteng kelas. Selalunye time kelas petang.. Timing tu macam sesuai je untuk beristirehat  (nasib baik tak extend semester…alhamdulillah). Kalau nak pergi toilet ke..buat maggi ke, boleh plak pause kejap… Padahal boleh je kalau nak gi kelas pun. Konon2 takut termissed episod. Alasan yang lebih best, kalau pergi jugak kelas, takut tak boleh nak tumpukan perhatian. So conclusionnye, lebih baik tak pergi. Nak habiskan episod yang berpuluh tu, sanggup tidur 3am. Cerita ape ek Cik Iz? Aku tak ingatlah…

Oklah, Annyeonghi gyeseyo…

nuffnang ads