nuffnang ads

Sunday, April 18, 2010

Online shopping.Good or Not?

Sejak dua tiga menjak ni, aku telah menceburkan diri secara aktif dalam pembelian secara maya..Maya? Hah,apa tu? Hahaha..sangat ketagih bile dah sekali terjebak. Mula-mula setakat suka-suka,kemudian nak tengok-tengok yg lain,tetibe terminat,pastu mulalah siang malam termimpi-mimpi. Besoknye,tak boleh tahan. Pagi-pagi dah online,tup..tup..duit dah ter transfer duit saving account ke akaun pihak ketiga. tak ke best tu..

Kebaikannya ialah tak perlu penat-penat nak siapkan anak-anak untuk ke shopping mall. Sambil masak di dapur pun beli shopping macam-macam tau. Sedar-sedar sampai je. Jimat duit petrol,duit tol, masa dan tenaga. Badan pun tak penat. Tekak pun tak sakit. Yelah, cuba bayangkan tengah dok syok pilih barang,tetibe anak-anak buat hal. Boleh bantai main kejar-kejar di tengah-tengah kesesakan orang kat shopping complex tu. Tak ke terautomatik terjerit suruh jangan berlari-lari. Itu belum aksi kejar mengejar. Pergh..tak payah cerita. Macam-macam boleh jadi. Nama pun kanak-kanak. Kalau keadaan tenang pun apabile anak-anak kite sedang lena dibuai mimpi di dalam stroller. Tapi jangan bermimpi mereka ini akan tidur sehingga shopping complex tutup. In Your Dream!

Tak perlu tunggu hujung minggu untuk shopping.  Ini paling best. Hari-hari boleh shopping. Tak ke seronok.

Tapi..ye ade tapi. Kite haruslah pandai membandingkan harga dahulu. Ade setengah seller bg free postage sekali & ade jugak yang kedekut nak bagi percuma penghantaran. Dah lah tu, jual lagi mahal dari harge seller yg boleh bg harga yg murah+free postage tu. Untuk pengetahuan anda, design dan warna barang tersebut adalahh sama ye. Tak ke rugi kalau kena bayar harge yang lebih untuk barang yang sama. Hahah..Lu pikirlah sendiri.

Kadang-kadang terpikir jugak,kalaulah barang-barang groceries pun boleh beli jugak. Lagi seronok. Huh..tu yang tetiba tak sedar, berat badan makin bertambah. Sebab tak berjalan. Masalah jugak..Erm,janganlah diamalkan selalu. Kalau setakat sayur ke,ikan ke..ringankan lah kaki berjalan sket. Takut jadi orang gile pula, lama sangat duduk rumah. 

Dan perlu di ingati,ini adalah sejenis penyakit berjangkit! Boleh dijangkiti oleh sesiapa saje yang berkawan dan berhubung rapat dengan pembeli2 secara online ini. Saya telah di jangkiti penyakit ini oleh salah seorang sahabat baik saya bernama Iz  dan di dorong oleh suami sendiri, yang sememangnye gemar membeli belah secara online untuk alat-alat gadgetnye. 

 ini adalah Iz, dia bersama haiwan peiharaannya..Ladygaga!

Baru-baru ini, saya menjadi pengikut setia bagi salah seorang kenalan di Facebook iaitu Norayuni Anis Ahmad dan Nurulhuda Yaakob, niece n aunt. Pandai korang buat bisnes. Ini antara sebilangan baju-baju yang telah berjaya dibeli.


Keburukan shopping secara online? Ermm..taknak bincangkanlah. Pasti semua orang arif mengenainye. Kalau rasa tak selamat dan tak berape percaya atau takut di tipu, lebih baik beli secara terang-terangan. Kata orang, dah terang lagi bersuluh. Ade kena mengena ke? Hahaha...

Selamat membeli belah..

5 comments:

Iz said...

wahhh.. ade label untuk aku? kah kah kah..

eh ade la online shopping for groceries. cuba la kau google.. aku penah nampak.

Iz said...

sejak bila aku ada binatang peliharaan nama Ladygaga? hahahah

Mommyyus said...

ade ke iz groceries? kalu camtu senanglah. aku suruh aizat transfer duit kat akaun aku,pastu aku bajet2 belanje...balance aku kebas buat online shopping..baju.

firstephotography said...

Best...best...ada entry utk kitaorg.TQ

Iz said...

hahahahahaha kau memang bijak la Yus..

nuffnang ads