Wah..wah.. misi apakah yang berjaya tu. Misi aku untuk membotol susu’kan Abdul Faris akhirnya berjaya, setelah berbagai cara aku buat. Hasil selidik,rujukan dari beberapa pihak, kesabaran dan ketabahan akhirnya membuahkan hasil. Fuhh..leganya.
Sejak beberapa bulan lepas aku dok terpikir macam mana nak start bagi Abdul Faris susu botol. Sebabnye dia mengamuk sakan setiap kali aku bagi dia susu botol. Penat dok flashback macam mane aku start bagi botol dekat Hani & Abdul Rahman. Tapi tak juga ingat2..
First day,hari paling sedih..penat.. & huru hara. Sebabnya,dari pagi sampai petang, Abdul Faris nangis tak nak minum dalam botol susu. Dalam pkl 6 petang dia tertido, 6.30 ptg dia bangun, terus minum susu botol sampai habis (4oz). Haus & Lapar betul. Kesian dia.. Ikutkan hati,mase dia ngamuk2 & nangis2 tu,nak je bagi susu aku (tak sampai hati kot,sob..sob..). Lepas tu dia bantai 15 Oz sampai malam. Terus tidur
Tapi bile pikir2 balik,kalau aku give up..nanti kena start lagi sekali, dan ini boleh membuatkan dia mengamuk untuk setiap bulan. So biarlah dia ngamuk untuk hari ni je. Sebab ni kira dah cubaan yang ketiga (kiranya ni kali ketiga dia mengamuk, sbb misi2 sebelum ni gagal). Penat.. sebab kena dukung dia untuk sehari suntuk. Dahlah..badan dia tidak kurang gagahnya & semangat sekali. Huru hara.. disebabkan kakak dan abang Abdul Faris yang tak reti duduk diam & seronok membuat hingar bingar di dalam rumah. Perghhh.. rase macam kecik besar je dorang ni mase tu.
Second day, Abdul Faris sudah mule selesa minum susu dalam botol. Kelegaan terpancar sudah.. Tapi kali ni, Hani & Abdul Rahman pulak macam test2 aku. Kali ni macam dah kecik sangat dah aku nampak dorang ni. Abuuukit.. sekali aku bagi kat tangan Hani, sebab berak bersepah. (sekali je ye..bukannye niat nak dera pung..) Abdul Rahman dok bongkarkan cd-cd & album-album gambar (ni memang feveret aktiviti dia). Tu xpe..kemas sekjap je.
Third day, keadaan kembali terkawal dan kembali seperti biasa. Alhamdullilah..
Next, aku nak try bagi susu formula plak, sebab dia dah boleh menerima botol susu seadanya. Tengah mencari susu formula yang ok dengan Abdul Faris. Enfapro, S26, Nan HA sume dah.. Tapi sume tak sesuai. S26 paling teruk alergik dia sampai merah satu badan.
Misi seterusnya…
2 comments:
huhu... saya pun nak cuba zara susu botol.. tapi tak sanggup nak dengar dia amukan..
tahniah yus! Abdul rahman duduk dalam laci kabines? memang kena bawak bersabar banyak-banyak yer yus hahaha
Post a Comment