nuffnang ads

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Abnaz & Zaiton

Testing..testing..ehemm..ehemm. Sakit tekak & suara xde sejak Jumaat lepas. Maka sebab itulah dah lama tak update blog (padahal menaip pakai jari je…). Dengan kuih tart & air milo panas di depan PC ni, ku gagahkan jugak diri mengupdate blog yang lame bersarang.

Nak di pendekkan cerita, hari Ahad yang lepas (5hb Jun 2010), sepupu sebelah ayah aku, Cik Zaiton atau lebih di kenali sebagai Along Jai telah selamat di ijabkabulkan di rumahnya.

050620101275Majlis Akad Nikah Abnaz & Zaiton…

 

Majlis persandingan pada 6hb Jun 2010 Di Kota Tinggi, Johor..

Persandingan pihak lelaki akan di adakan pada 12hn Jun ni d Gombak plak.. kalau aku pergi bleh ar upload gambar lagi. Hahaha…

32129_1304844108558_1454181042_30704086_2281630_n

Family sebelah ayah aku..+ cucu & cicit… Haha, ni baru separuh je.

p/s:perenggan ini telah di edit>>>Hehe..ampun tuan punye gambar..gambar ni aku ambik dari fb pakcik aku, Cik Am. Waaa..luoe nak meng kreditkan name dia. Dah amek buat dek plak ek. hehe…

040620101270 040620101271 040620101273 Malam rewang…

Kiteorang hari Jumaat petang dah sampai Kota Tinggi. Haha..konon2 nak gerak pagi-pagi lepas Subuh, kemas ini itu..Abdul Rahman boleh plak bantai muntah kat dalam kereta, nak taknak kena patah balik rumah mandi & salin-salin baju. Lepas kerja-kerja pembersihan diri & kereta selesai di jalankan, dalam kul 8.30am baru gerak..

Berhenti makan kat Pagoh, tak boleh tahan..lapar sangat. Niat kitreorang nak makan kat umah Mak Andak je. Macam terbau asam pedas. Huuhu..memang betul ade asam pedas. Erk sedapnye…

Siang tu Hani sibuk rewang telur masin dengan makcik-makcik kat taman perumahan Mak Andak.. Kira penghibur team telur petang tu. Daddy Hani jakun naik lori hujan-hujan… Abdul Rahman buat huru hara kat team Wajik & Bunga Telur… Aku buat dek! Haha..takdelah lepas berjaya menidurkan Abdul Rahman, aku tolonglah sikit-sikit..

Malam tu. kiteorang beramai-ramai tidur di rumah Mak Andak. Tapi keesokan harinye, disebabkan orang ramai.. Hani pun dah buat ragam. Kiteorang tidur hotel.. Bilik free punye. Thanksss…

060620101276 060620101277 Katil yang telah berjaya di transformkan menjadi Super-super King!

 

 060620101299 i am not a chef with Suraya..

Aku, Alice & Abishek, Santulus & My Father!

Aku & Suraya ( adik bongsu aku)

My Family

Me & Abdul Rahman..

060620101287  Hani Marissa…d Kumbangan!

Petang sampai ke malam Mr Aizat rewang.. aku xdelah rewang sangat. Tolong tengok je. Konon2 nak gerak malam, tapi sebab dah kepenatan, dalam kul 3am esoknye baru bertolak. Sedang orang lain sedang nyenyak tidur… Kalau tak hari Isnin tu Aizat cuti, tapi  di sebabkan cutinye di tolak.. te rpaksa jugak gerak pagi2 buta.

Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Zaiton & Abnaz.. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amin…

Selamat Tinggal Kota Tinggi! Semoga ketemu lagi…

19 comments:

Anonymous said...

eh...guna gambar kita tak bagi credit pun...

lina said...

yus gambar family tu atas katil ke?

giema said...

oits

El-Zaffril said...

Wah... besarnye family sebelah ayah kau... isk...

giema said...

selamat pengantin baru jai..

.::WaNiE::. said...

pelamin dia cantik & simple lah heheh

penat kn kalau ada majlis gini tp fun

I'm not a chef said...

apsal ko tak upload gambar alice kat belakang nenek tu??

Nia said...

kalau polis, memang kena pakai uniform masa bersanding ya?

Mommyyus said...

@Anonymous alamak! maap ye..keampuanan ku mohon, edit telah hamba lakukan.TQ

Mommyyus said...

@lina haha..yelah..kat atas katil hotel..

Mommyyus said...

@El-Zaffril besarkan? tapi tu cukup korum lagi..kalau tak lagi ramai

Mommyyus said...

@.::WaNiE::. cantik kan pelamin dia..konfem xde sape leh duduk belakang kerusi time amek gambar

Mommyyus said...

@I'm not a chef gambar tu tak clear lah..

Mommyyus said...

@Nia Nia, dia bukan polis..army lah.. Memang kena kot, adat istiadat dorang.

Iz Yahya said...

wak radzib punya posing tu yang aku tak tahan. haha..

sila rujuk kat gambar first.. makcik tu tengah garu bontot ke? hahahahaha

Mommyyus said...

@Iz Yahya posing atas katil..keje yang mencabar tau. Oits..bukan garuk bontot lah..tgh betulkan kain..kedudukan bontot agak kebawah sedikit ye cik isma....kazen aku tu..

papabear said...

oh saya sangat suka transform bilik hotel macam kat atas tu sebab my son mesti mau tido in between my wife and I... :)

Suraya said...

mentang2 aya cakapko cantek yg gambar ngan aya tu,dan2 je letak gambar tu kan...

Cikwa said...

ayoo..manyak shantik laa ini amoii..kembang tul rambut dia...heheh

nuffnang ads