nuffnang ads

Sunday, June 13, 2010

Apa itu Suri Rumah?

 

Bile aku dah tak kerja ni, aktiviti seharian hanyalah di rumah. Makanya hari-hari pun buat bende yang sama. Selain aku keluar pergi berjalan-jalan atau bershopping dengan adik beradik aku di siang hari, atau mungkin selain dari aktiviti menjelajah & melawat rumah-rumah adik-beradik aku yang juga suri rumah sepenuh masa.. Seperti Alice, Giema & Santulus.

Pernah jugak aku berangan nak buat biz secara online seperti INI.

Ini adalah aktiviti suri rumah yang mempunyai anak-anak yang masih kecik dah tidak bersekolah..

Basuh kain:

Kain & pakaian untuk solat harus di asingkan dari pakaian yang lain. Hah.. yang ni nenek aku belah bapak aku yang ajar. I love u nenek! Muahhhh……

Baju kerja, baju baby, seluar & baju harus di asingkan. Contohnya, kalau basuh seluar ..seluar je. Baju..baju je. Senang kata..pakaian atas & bawah badan mesti di asingkan. Untuk kebersihan yang maksimum. Pernah jugak, sekali tu aku malas, campurkan je seluar keje husband aku dengan baju2 yang di pakai kat umah.. lepas tu tersa macam ade kegatalan di badan. Haha..tak tahulah sama ada atas faktor kebersihan atau psikologi aku semata-mata… tapi sampai sekarang aku masih amalkan cara ini.

Sebelum membasuh kain, aku akan pastikan anak2 aku mandi terlebih dahulu. Sebab baju yang malam tadi dorang pakai tu aku bleh terus basuh.. Pagi jelah. Time petang xdelah aku membasuh jugak. Tersangat lah rajin & membazir api dan air namanye tu.

Basuh pinggan:

Sinki umah aku ade dua. Satu sinki untuk basuh cawan-cawan + botol susu budak-budak. Satu lagi untuk pinggan mangkuk & periuk belanga. (macam ade je belanga kat umah aku). Selalunye aku akan mule dengan basuh pinggan mangkuk & clearkan bahagian dapur masak. Sebab part ni paling kotor dan berminyak aku rase. Kemudian baru aku basuh tangan bersih2 dengan dettol dan seterusnya bersihkan bahagian cawan-cawan & botol-botol susu budak2. Sebab lepas tu tangan aku takdelah minyak sangat dan tak perlu basuh tangan lagi.

Secara kebiasaannya, aku sambil masak dan akan terus basuh pinggan & peralatan masak yang aku telah gunakan. Senang.. Sinki bersih..masak pun siap..

Memasak:

Aku suka kupas bawang merah & bawang putih siap2. Pastu masuk kan dalam bekas tertutup sebelum di masukkan dalam fridge. Kalau tak berbaulah fridge aku jawabnye.. Aku tak suke blend terus bawang2 tersebut. Rasenye macam kurang same. So aku biarkan bawang2 tu seketul2 kat dalam bekas. Seterusnye sebelum aku menyiapkan bahan untuk di masak, aku pastikan nasi di masak terlebih dahulu. Just nice je, bile lauk dah siap masak..nasi pun siap masak jugak. Boleh terus sental…

Mengemas rumah:

Harus pandai membahagikan masa antara tugas2 yang nak di buat. Ni pun aku belajar dari nenek aku mase duduk kat kampung dulu. Darjah 6 pun dah pandai buat kerja-kerja rumah tau. Cube bace SINI. Contoh..sekiranya dalam mase yang sama, hari tu kebetulan nak basuh kain + basuh pinggan & kemas umah Selalunye aku akan asingkan baju , kemudian masukkan dalam washing macine. Settle! In between nak tunggu kain habis basuh, aku akan basuh pinggan & kemas rumah. Selalunye lepas aku kemas2 rumah, kain yang aku basuh tadi dah siap untuk  di sidai… Kadang kalau lambat pun, sempat jugak aku main internet. Hahaha…

Aku akan kemas rumah dahulu, kemudian barulah aku vacuum atau menyapu & mengemop lantai. Selalunye ini adelah part yang terakhir dalam aktiviti seharian aku di rumah.

Lipat Kain:

Seeloknye selepas angkat kain tu, terus di lipat. Jangan di kumpul sehinga trip yang seterudnye, Kerana anda telah mengumpul tahap kemalasan anda bersama. Aku selalu jadi macam ni. Kadang2 penuh satu bakul.. lepas tu akan jadi berbakul-bakul… Huh, time ni lah memang terasa malas gile nak melipat kain. Yang seksanya bile time nak cari baju. Mulelah memaki-maki… I hate this job!

Bile semua dah settle:

Bile semua dah siap..barulah aku ade mase nak update blog ke.. Tengok FB aku ke.. Check email.. & IM dengan husband dan kawan… bergosip secara maya namanye..

Kerja-kerja dalam turutan teratur.

Bangun tidur > Kemas tempat tidur > Lepak-lepak jap > Mandikan budak-budak > Basuh Kain (rumah masih bersepah ye masa ni) > Masak + basuh pinggan > Kemas rumah > Sidai kain > Suap budak-budak makan > Vacuum atau sapu > Mop lantai (ni bile budak-budak dah tido) > Rest & Relax > Internet time..!

Sekian saja coretan untuk hari ini.

14 comments:

Mommyyus said...

Testing...

epulafea said...

hai mommyyus..
saya pon suke kupas bawang banyak2 pastu isi dalam bekas & tinggalkan dalam peti sejuk.. senang mak nak masak..
ikan bilis pon sy suke kupas banyak2.. hai bila dah kije ni mak selalu kate takde orang nak kupaskan ikan bilis mak.. *anak soleh x?? *perasan
saya pon suke lipat sume baju tapi asingkan & saje bising2 kat adik-beradik soh bawak baju yg dilipat masuk almari masing2.. *cam xikhlos ja

baek x saya?? wakaka..

Nia said...

waaa...template baru lagi! canggih..canggih

seronok jadi surirumah, mesti rumah teratur. umah i, mcm tongkang pecah. huhu..

aya said...

try kat dapur santulus tgk...

Suraya said...

camane nak rate cool kat sini??

Iz said...

rajinnya kau yus.. bila nak masak asam pedas power kau tu?

miss ice said...

oOowh..keje suri rumah sblh malam pulak ? hehe.

Mommyyus said...

@epulafea baguslah...nanti leh datang umah..tlg kupas kan ikan bilis..senang nak bual sambal tumis...oh anak mak rupenye..

Mommyyus said...

@Nia rumah kite pun kenkadang tongkang pecah, bile xde mood nak ngemas...masak pun malas..order je.ni kire kes malas tahap gaban

Mommyyus said...

@aya santulus memang expert...

Mommyyus said...

@Suraya x boleh aya..template ni x support kot. banyak kali dah yus try..x muncul2 jugak..bile orang nak dia xkuar..bila org dok delete xpadam2 plak..penyakitlah blog yus ni

Mommyyus said...

@Iz hahaha..rajin kate ko.asam pedas tu tunggu ko datang umah aku dulu

nadnye said...

bagus la mommyyus... rajin gitu, asingkan baju ngan seluar.. nak cuba yang kita biasanya semuanya campur jea, cuma asingkan warna jea :P

pss: buku tu beli kat galeriilmu.com (atai google jea cari galeri ilmu)

SemuaTentangKita said...

boleh dipraktikkan 1 2 benda ni. thanks for sharing :)

nuffnang ads