Bukan yang macam ni….
Eh, ni cupcake…Tak boleh nanti AMF marah aku. Sebab potong line dia. Lagi pun takut aku buat lagi shantekk. Waa..boleh ke?
Alamak..ice cream yang aku nak buat biz tu dah takde dalam freeze akulah, macam nak tunjuk. Ni sume keje Hani, Danish pahat kayu, Bavani a.k.a Alice, Mira duk duk, dan juga turut terlibat Mr Dinesh Alwan, daddynye Abhishek. Korang habiskan semua..camne nak buat biz macam ni? Belum ape2 dah licin. Ini dia orang2 tersebut..
Hani Marissa..Juara ! Paling banyak makan..
Yang ini Mr Dinesh Alwan N Bavani a.k.a Alice, di mase2 kemasyuran dorang..
Syarifah Amirah a.k.a Mira du duk..Muke senang hati. Ko dah habis kan ice cream aku!
Muhammad Danish Farhat. Muke tension..sebab suruh petik strawberry kat belakang umah. Nak buat ice cream yang dia dah habiskan..
Yang heran tu sanggup drive jauh2, semate-mate nak amek ice cream kat freezer aku. Pergilah singgah Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke..kalau tak cukup duit time2 hujung bln ni..beli ice cream paddle pop ke….
Aishh……Ingat nak datang melawat, rupenye nak amek ice cream je. Free huhh…..? Drive jauh2 pun xde hal.
Makanya, aku ingat nak buat ice cream macam ni..
Tadaa…………..
Handmade..free postage. Order within Klang Valley only. Ermm..tak boleh. Takut cair, buatnye uncle postmen hantar 2 atau 3 hari lepas tu, basi pulak. Ok, macam ni.. Aku ingat nak buat utk jiran2 sebelah umah aku lah. Tapi yang pasti customer aku mesti bdk2 je.
Pergh..name pun bdk2. Ikut dan je nanti nak ketuk umah aku, iaitu pada waktu2 yang tak sesuai seperti:
Pertama:
Aku baru je tidurkan Abdul Rahman yang seharian dok buat perangai. Tetibe..Ting tong..Bukan dua tiga kali. Berkali-kali. Ting..tong…ting..tong.tonggggg..Sampailah aku bukak pintu baru dorang ni puas ati. Mase tu bukan aku sorang je bukak pintu, tapi di temani oleh Abdul Rahman. Ermm…..
Kedua:
Time aku ngan anak2 tgh tido…Tido lagi. Sebab selalu aku lewat tido, so dalam kul 2pm tu aku kadang2 join bdk2 ni tido sekali. Oleh kerana, kami tutup pintu bilik, kemungkinan tak berapa dengar door bell plus mengantuk sangat. So bdk2 sekarang bijak2, dorang pergi kat tingkap bilik aku sambil jerit “Makcik..makcik..(Hape..? Makcik? Dahlah korang kacau aku tido, korang panggil aku makcik pulak!)Makcik oo makcik…Makcik……..Makcik tak dengar ke ? (huh..pulak?) Tak ke termasuk dalam mimpi tu..
Ketiga:
Tengah2 malam..Ah, sudahhh…
Keempat:
“Makcik masuk buku lima2 ye..” Kalau mcmni bile nak untung. Takkan nak gi ketuk umah dorang mintak hutang. “Encik..anak encik hutang saya 20sen”. Buat malu je. Lainlah kalau mcm ni, '”Encik, anak encik hutang ice cream saya 2,000hinggit, saya datang nak buat collection”. Sedap skit bunyi..
Kelima:
“Makcik..bagi saya ice cream special satu, saya nak topping choc chip satu, cream lebih… , susu lebih…”. Haha..lebih ar ni. Kang sedar2 benjol je kepala anak orang aku debik sekali. Dah jadi kes polis. Mcm mane dgn mase depan anak2 aku?
Keenam:Makanye, aku cadang tak jadilah nak buat biz ni. Aku kena pikir yang lainlah. Orang kalau dah malas, seribu alasan pun bleh bagi. Muahaaahaaa…
Kalau nak bagi alasan memang banyak ye..
8 comments:
Hehe Mira nk ais cream sirap bandung lima dgn milo lima..hntr post laju eh..
HEHEHEHEHE :DD
last last gua pon tak dapat..huhuhuhu..ade mcm2 color
MIRA: Dah dapat ke? cik yus dah hantar mlm td kat kupu2 malam. dia ade singgah balkoni umah adik tak?
AIZAT MY HUSBAND: awak bwli kat baskin robin je lah..saye choc ccookies dough.
Eee jahat yus. Kate nak bisnes eskem tp ko suh aizat beli kat baskin. Haha.
Ko x sempat jual kat org, aku rasa budak2 yg tersenarai kat dlm entry ko tu mampu habiskan semua hehe
IZ: aku offer kat aizat hari tu, dia jual mahal, sendiri rugilah..
memang aku xbleh buat bis makan2 ni. rugi..customer aku confirm muke yang same je..patu nak makan free. ko pun sempat makan aiskrim aku kan?.
Bongok ar yus...Budak2 tu ade mcm budak2 beli aiskrim kat rmh wak Jaapar x??haha!!
budak2 yang beli aiskrim kat wak jaapar tu cute n hamis sket..agak2 bini wak jaapar tu jual lagi ke?
Post a Comment